Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?




Post dari FB ni aku terima dari seorang rakan dalam whatsapp... seakan akan menjadi viral di laman sosial... 

PERSOALAN 

Adakah benar apa yang diperkatakan oleh ibu ini?


Ramai org awam mempercayai kenyataan tanpa mengkaji secara total tentang hal ini... Bahkan lebih menakutkan, perkara ini tersebar meluas dan menyebabkan orang ramai salah faham tentang susu kultur ini.

ADAKAH KITA FIKIR AKAN KESANNYA PADA MASA AKAN DATANG?

Aku berasa kesal dengan kenyataan seperti ini kerana sepatutnya org siasat dahulu serta bertanya pada org yang lebih mengetahui hal ini sebelum mempercayai kenyataan ibu ni...

Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 yang maksudnya
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita,maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Kalau baca nasihat doctor tu "jangan bagi org kanser minum vitagen, solivite atau minuman susu cultured" dan hakikatnya, nasihat doctor tu betul...

KAJIAN

1. Menurut kajian yang dilakukan oleh mikrobiologist dari Russia, Australia dan Holland lacto basillus yang digunakan dlm pembuatan susu culture memang bahaya pada org yang menghidap kanser, rendah immunisasi, sakit tenat dan orang yang mempunyai allergi pd lacto-basillus yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa pada kematian...

2. Selain itu, minum susu culture dgn kadar terlampau boleh menyebabkan perut kehilangan asid untuk mencerna makanan..

3.  susu culture juga mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh mendorong kencing manis dan obesiti

WALAUBAGAIMANAPUN....


Ibu di atas telah salah tafsir nasihat doctor tersebut dgn menyatakan bahawa minuman susu kultur boleh mengaktifkan sel kanser...

Tanggapan ini tidak benar kerana di Jepun dan Korea, mereka menggunakan susu kultur untuk merawat pesakit gastrik, sembelit n radang usus.. Malahan di negara Eropah seperti UK, Germany, dan Perancis, mereka turut menggunakan rawatan yang sama untuk merawat penyakit yang sama bagi rawatan alternatif selain ubat-ubatan kimia.

Tidak ada lg kajian saintifik  yang sah untuk membuktikan bahawa lacto basillus mengaktifkan sel kanser...

Harap ibu tersebut jgn salah fhm dgn nasihat doctor dan buat kajian terlebih dahulu sebelum berkongsi dgn org lain...

 Lg satu, pada akhir kenyataan ibu tu, dia menyatakan bahawa doctor ada buat ujian air sum2 (mgkn dia maksudkan air tulang belakang) sbb sum2 takde air...ade sel je.. ibu tersebut menyatakan bahawa hasil ujian tersebut menunjukkan penemuan bacteria dari vitagen atau susu kultur tersebut tu... Namun begitu, agak mustahil untuk dipercayai kerana lacto basillus hidup dlm usus dan perut...bukan hidup dlm drh atau sel...

"Sesungguhnya kejujuran itu akan membawa kepada kebaikan; sesugguhnya kebaikan itu akan membawa ke syurga; dan sesungguhnya orang yang selalu berlaku jujur akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada keburukan; sesungguhnya keburukan itu akan mengheret kepada neraka; dan sesungguhnya orang yang sentiasa berdusta akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

USAH BIARKAN DIRI KITA MENJADI PEMFITNAH TANPA KITA SEDARI....

Wallahu a'llam

Sumber dari - "side effect and benefits from live lacto-basillus patogens"

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.