10 cara Memasang lampu hiasan dinding (DIY)

Nak pasang lampu hiasan dinding sendiri ni tak susah... Asal ade siap wiring.. klu  tak de wiring lagi, kena la panggil wireman... Melainkan korang pandai wiring sendiri...
Kat rumah aku dah siap wiring, jadi tak susah untuk aku pasang lampu hiasan dinding ni..

Antara barang penting perlu ade :-


1. Mesin gerudi
2. Tukul besi
3. Skru ikut saiz tapak lampu
4. Tapak skru plastik
5. Skru driver ikut bunga skru
6. Pembaris
7. Pensil tanda
8. Test pen
9. Penyambung wire plastik
10. Pita pelekat hitam

Cara2 :-


1. Ukur jarak yang sesuai untuk ketinggian lampu ( biasanya wiring yang telah dibuat akan berada pada ketinggian yang sesuai)

2. Guna pembaris untuk memastikan lubang gerudi dalam keadaan lurus (kalau tak buat ni memang senget la lampu tu jawabnya dan alamat bising la orang rumah) - tanya orang rumah sendiri untuk elak dia bising :p

3. Dah dapat tempat yang sesuai dan lurus, tanda kawasan lubang gerudi dengan pensil/apa2 la asal bertanda

4. Bila dah tanda, sedia untuk gerudi kawasan yang dah ditanda untuk lubang skru.... gerudi biar cukup 
Tapak Skru
dalam, lebih dalam pun tak pe.. jangan kurang je..

5. Siap gerudi, ketuk tapak skru plastik ke dalam lubang gerudi tadi...



6. Skru tapak lampu tadi tapi jangan ketatkan sampai habis.. Cukup sekadar tapak lampu dapat bergantung..

Penyambung Wayar
7. Guna test pen untuk test wire bagi memastikan wire hidup dari punca utama, jumpa wire hidup dan sambung kepada wire hidup lampu menggunakan penyambung plastik... sambung wire neutral pada yang satu lagi.. wire bumi (hijau/coklat) boleh lilit pada skru tapak lampu atau biarkan sahaja..

8. Selepas wire telah dipasang, kemaskan dengan pita pelekat hitam dan sorok dibelakang tapak lampu...

9. Test lampu menyala atau tidak dengan menghiduplan suis lampu... jika korang pasang wire dengan betul, lampu akan menyala, kita salah, jangan risau, lampu tak kan meletup, tetapi lampu takkan menyala... cuma pastikan wire disambung dengan betul...

10. Kemaskan skru pada tapak lampu...

Oleh yang demikian, lampu dinding siap dipasang....

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?