Kebaikan Spirulina

Tahukah Anda?


Spirulina telah wujud selama 3.5 bilion tahun di bumi... ia merupakan antara  hidupan terawal yang wujud dan menjalankan proses fotosintesis untuk hidup...

Di Afrika, terdapat satu etnik iaitu Kanem  yang mengumpul sejenis alga hijau untuk dijadikan kek kering untuk disimpan. Kaum ini mempunyai jangka hayat yang agak panjang iaitu 80 hingga 90 tahun dan sentiasa sihat kerana memakan alga hijau ini... penemuan ini dilakukan oleh seorang mikrobiologist dari Perancis iaitu Dr. Clement pada tahun 60-an... alga tersebut ialah Spirulina...

Spirulina merupakan sejenis tumbuhan laut yang mempunyai jumlah nutrisi 1000 kali ganda dalam sayuran biasa.. 1 gram spirulina bersamaan nutrisi 1kg sayuran. Ia juga mempunyai 60 - 70% kandungan protein iaitu 3 kali dari daging dan 10 kali ganda dari nasi dan bijirin

Spirulina mempunyai nutrisi dan mineral penting untuk tubuh manusia seperti zink, kalsium, kalium, magnesium, fosforus dan iodin.. ia juga mengandungi vitamin B1, B2, B6, B12, E, K dan beta karotene..

Spirulina menjadi makanan tambahan buat atlet di negara seperti Amerika, Jerman, Mexico, Perancis dan Cuba

Faedah Spirulina


1. Menambah prestasi sistem penghadaman.
2. Mengawal kadar gula dalam darah
3. Mengurangkan risiko kanser
4. Mengawal Tekana Darah
5. Mengurangkan risiko serangan jantung
6. Melambatkan tanda penuaan
7. Menjadi tenaga simpanan pada badan
8. Mengelak berlaku kekurangan zat makanan pada kanak2

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih