Posts

Showing posts from February, 2016

Bedak Talkum Johnson & Johnson penyebab kanser Ovari?

Berdasarkan berita daripada The Straits Times dan Bloomberg Business, Johnson & Johnson (j&j) diarahkan untuk membayar USD 72juta (RM302 juta) kepada sebuah keluarga wanita yang dikatakan maut akibat kanser ovari kerana memggunakan bedak talcum J&J. Semalam (isnin 22hb), juri dimahkamah St. LOUIS memutuskan supaya J&J perlu membayar sebanyak USD 10juta denda kesusahan serta USD 62juta sebagai bayaran Pampasan kepada keluarga Jackie Fox selepas 4jam perbicaraan. Jackie Fox meninggal tahun lalu selepas dilaporkan menggunakan bedak bayi dan produk berasaskan talkum dari syarikat Johnson selama bertahun tahun. Ini merupakan kali pertama J&J diarahkan untuk membayar jumlah kerugian bagi dakwaan yang umum mengetahui beberapa tahun lalu iaitu produk berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser dan J&J tidak mengumumkan kepada pengguna. Terkini, J&J berhadapan 1000 dakwaan undang2 bagi perkara yang sama *Sumber dari The Straits Times dan Bloomberg Business

Cara Mudah Menjimatkan Petrol Kereta Proton Perdana V6

Dalam tempoh beberapa bulan ini, aku telah membuat beberapa eksperimen untuk meningkatkan prestasi kereta bagi penjimatan petrol aku. Dalam masa yang sama, aku mengumpul beberapa maklumat tentang cara enjin beroperasi dan cuba memanipulasi semua pembolehubah supaya aku dapat prestasi paling optimum seterusnya menjimatkan penggunaan petrol kereta. Tips Modifikasi untuk meningkatkan pretasi Enjin Kereta Hasil bacaan aku, dari sumber dalam dan luar negara mendapati kebanyakan alat jimat petrol tidak menunjukkan sebarang penjimatan pada hakikat sebenarnya. Kebanyakkan alat ini hanya dicipta untuk tujuan pasaran sahaja. Sebagai contoh, Air Cooler intake, hanya sebagai terowong udara sahaja walaupun dari sudut sainsnya, udara yang sejuk memasuki bahagian pembakaran enjin akan meningkatkan faktor pembakaran enjin seterusnya meningkatkan prestasi enjin. Namun, lubang udara sedia ada pada kereta anda telah memberikan kecekapan optimum dari sudut Air Cooler Intake. Penggu...

Punca Kebas Tangan dan Jari

Pernah Rasa Kebas atau Jari seperti di cucuk jarum? Sindrom Karpal Tunnel ( Masalah Tulang Karpal), Diabetes, Fibromyalgia merupakan antara penyakit yang boleh menyebabkan rasa kebas pada tangan dan jari. Ia adalah kesan daripada keradangan atau kerosakan sistem saraf pada bahagian yang terlibat yang menghasilkan rasa kekebasan dan rasa jari seperti dicucuk jarum. Sindrom Karpal Tunnel merupakan masalah yang paling kerap berlaku kepada manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tanda-tanda dan gejala Sindrom Carpal Tunnel : Rasa kebas mencucuk menyakitkan waktu malam pada satu atau kedua-dua tangan, kerap menyebabkan gangguan tidur. Rasa kebas pada jari Jari rasa bengkak walaupun bengkak sedikit atau tidak jelas Rasa kebas mencucuk siang hari di tangan, dan susah untuk mengenggam barang seperti pisau, pen atau tetikus. Kehilangan kekuatan pada otot pada pangkal ibu jari Sakit mencucuk-cucuk dari tangan sehingga lengan sejauh bahu Penyebab Sindrom Karpal Tun...

Spring Standard Perdana V6

Utara Perak... Januari 2016 Akibat Bumper kereta kerap pecah, aku terus bercadang hendak menukar spring sport kereta perdana aku kepada spring standard   Tapi menjadi masalah hendak mencari spring standard yang baru bagi perdana v6. Pomen yang biasa aku jumpa untuk baiki kereta aku pun kata susah cari.   Jadi aku pun terus menggunakan sistem atas talian (online) untuk mencari.   Aku terus jumpa blog ni ( azrol proride )    Brother azrol ni dealer terus dengan syarikat proride. Proride ni adalah pengeluar alat ganti automotive mengikut standard OEM bagi suspension yang diterajui oleh Sapura.    Mula - mula aku ragu - ragu juga nak beli sebab takut kena tipu, risau sebab selagi barang tak sampai. tapi ternyata bro azrol boleh dipercayai. Terima kasih bro azrol. Harga yang ditawarkan lebih juga berpatutan. Aku beli spring standard  Perdana v6 depan belakang dengan harga RM250 + postage (RM30) = RM280)   ...