Cara Mudah Menjimatkan Petrol Kereta Proton Perdana V6

Dalam tempoh beberapa bulan ini, aku telah membuat beberapa eksperimen untuk meningkatkan prestasi kereta bagi penjimatan petrol aku.

Dalam masa yang sama, aku mengumpul beberapa maklumat tentang cara enjin beroperasi dan cuba memanipulasi semua pembolehubah supaya aku dapat prestasi paling optimum seterusnya menjimatkan penggunaan petrol kereta.

Tips Modifikasi untuk meningkatkan pretasi Enjin Kereta


Hasil bacaan aku, dari sumber dalam dan luar negara mendapati kebanyakan alat jimat petrol tidak menunjukkan sebarang penjimatan pada hakikat sebenarnya.

Kebanyakkan alat ini hanya dicipta untuk tujuan pasaran sahaja.

Sebagai contoh, Air Cooler intake, hanya sebagai terowong udara sahaja walaupun dari sudut sainsnya, udara yang sejuk memasuki bahagian pembakaran enjin akan meningkatkan faktor pembakaran enjin seterusnya meningkatkan prestasi enjin. Namun, lubang udara sedia ada pada kereta anda telah memberikan kecekapan optimum dari sudut Air Cooler Intake. Penggunaan alatan berprestasi seperti penapis fiber, metal, blade, supercharger air intake tidak memberi sebarang kesan yang ketara kepada prestasi enjin anda.

Alatan lain seperti voltage stabilizer, magnetic fuel stabilizer yang dipasang samada pada suis rokok dalam kereta anda mahupun pada tangki minyak anda juga tidak akan memberikesan kepada prestasi kereta anda. Terdapat juga alat berfungsi sebagai voltage stabilizer, yang berkesan mengurangkan penggunaan minyak namun, kereta anda akan mengalami penurunan kuasa kuda kerana alat tersebut telah diset untuk menetapkan penggunaa kuasa kereta anda seterusnya penjimatan minyak dapat dihasilkan.

Selepas banyak pembacaan dilakukan, aku memutuskan untuk melakukan modifikasi kecil pada kereta aku dan menjalankan kajian sebelum serta selepas modifikasi kereta.

Hasil Kajian Adalah seperti berikut :


Sebelum Modifikasi

Perjalanan dari Taiping – Tanah Merah – Kuala Terengganu – Tanah Merah – Kuala Kangsar – Ipoh.
Jumlah Jarak Perjalanan = 1202 km
Jumlah Isipadu Petrol digunakan  = 133 Liter
Jumlah Penggunaan Petrol = 9.07 km/L

Selepas Servis Biasa (Minyak Enjin,Penapis Udara, Penapis Minyak)

Perjalanan dari Taiping – Tanah Merah – Taiping – Kuala Selangor – Pantai Remis – Kuala Selangor.
Jumlah Jarak Perjalanan =  623km
Jumlah Isipadu Petrol = 58 Liter
Jumlah Penggunaan Petrol = 10.7km/L

Selepas Modifikasi

(Servis Biasa,Ekzos Free Flow dan Straight Flow,Performance Chip)

Perjalanan Dari Taiping – Kuala Selangor
Jumlah Jarak Perjalanan = 288km
Jumlah Isipadu Petrol = 22.85 Liter
Jumlah Penggunaan Petrol = 12.5km /L

Jumlah Kos Ubahsuai
1. Ekzos = RM 150
2. Performance Chip = RM90
JUMLAH = RM240

Pemboleh Ubah Dimalarkan : Jenis Kereta dan Enjin
Pemboleh Ubah  Bergerakbalas : Kelajuan Angin, Jenis Jalan Dilalui
Pemboleh Ubah Dimanipulasi : Ekzos, Minyak Enjin dan Performance Chip.
* Tiada Modifikasi Melibatkan Enjin Dilakukan 

 Jumlah KM mungkin tidak dapat menandingi penjimatan kereta terkini yang lebih jimat bahanapi kerana hasil teknologi terkini, namun, untuk pengguna kereta lama seperti aku, ia dapat menjimatkan penggunaan petrol daripada sebelum ini.

Comments

  1. ubahsuai chip rm90,akan merosakkan barangan standart running procedure pada kereta(akan lebih cpt rosak dr tempoh sepatutnya).sedangkan nk jimat minyak yg sedia standart tanpa ubahsuai pv6 pun dh cukup jimat.voltage stabilizer pun ade perubahan ketara pd fuel save,tp bukan pd semua kenderaan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih