Bedak Talkum Johnson & Johnson penyebab kanser Ovari?

Berdasarkan berita daripada The Straits Times dan Bloomberg Business, Johnson & Johnson (j&j) diarahkan untuk membayar USD 72juta (RM302 juta) kepada sebuah keluarga wanita yang dikatakan maut akibat kanser ovari kerana memggunakan bedak talcum J&J.

Semalam (isnin 22hb), juri dimahkamah St. LOUIS memutuskan supaya J&J perlu membayar sebanyak USD 10juta denda kesusahan serta USD 62juta sebagai bayaran Pampasan kepada keluarga Jackie Fox selepas 4jam perbicaraan.

Jackie Fox meninggal tahun lalu selepas dilaporkan menggunakan bedak bayi dan produk berasaskan talkum dari syarikat Johnson selama bertahun tahun.

Ini merupakan kali pertama J&J diarahkan untuk membayar jumlah kerugian bagi dakwaan yang umum mengetahui beberapa tahun lalu iaitu produk berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser dan J&J tidak mengumumkan kepada pengguna.

Terkini, J&J berhadapan 1000 dakwaan undang2 bagi perkara yang sama

*Sumber dari The Straits Times dan Bloomberg Business

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih