Punca Kebas Tangan dan Jari

Pernah Rasa Kebas atau Jari seperti di cucuk jarum?

Sindrom Karpal Tunnel ( Masalah Tulang Karpal), Diabetes, Fibromyalgia merupakan antara penyakit yang boleh menyebabkan rasa kebas pada tangan dan jari. Ia adalah kesan daripada keradangan atau kerosakan sistem saraf pada bahagian yang terlibat yang menghasilkan rasa kekebasan dan rasa jari seperti dicucuk jarum.

Sindrom Karpal Tunnel merupakan masalah yang paling kerap berlaku kepada manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Tanda-tanda dan gejala Sindrom Carpal Tunnel :

  • Rasa kebas mencucuk menyakitkan waktu malam pada satu atau kedua-dua tangan, kerap menyebabkan gangguan tidur.
  • Rasa kebas pada jari
  • Jari rasa bengkak walaupun bengkak sedikit atau tidak jelas
  • Rasa kebas mencucuk siang hari di tangan, dan susah untuk mengenggam barang seperti pisau, pen atau tetikus.
  • Kehilangan kekuatan pada otot pada pangkal ibu jari
  • Sakit mencucuk-cucuk dari tangan sehingga lengan sejauh bahu
Penyebab Sindrom Karpal Tunnel:

Penyebab sindrom ini adalah tekanan pada sistem saraf akibat daripada keradangan yang mengakibatkan penyempitan pada karpal tunnel. 
 
Selain itu penyakit seperti hipotiroidisme, rheumatoid arthritis, dan diabetes juga menjadi faktor penyebab berlakunya sindrom ini.

Tambahan pula, faktor seperti
  • Kehamilan.
  • Peningkatan Usia
  • Obesiti
  • Penggunaan Pergelangan tangan atau tangan dengan gerakan sama berulang kali boleh menambah risiko kesakitan, kekebasan berlaku.
  • kecederaan pada pergelangan tangan
  • Merokok menyebabkan sistem saraf kurang efektif.
(artikel Utusan Malaysia 2011) Menjelaskan lebih lanjut simptom ini Pengarah Kampus Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed berkata, hampir 50 peratus pesakit diabetes di negara ini akan mengalami simptom tersebut kerana kerosakan saraf.

Kesakitan biasanya akan bermula pada bahagian jari kaki atau jari tangan dan melarat ke bahagian betis dan lengan.
"Ketika itu pesakit akan berasa kebas pada bahagian jari kaki dan juga jari tangan selain merasai kebas tidak dapat menahan rasa panas dan sejuk,'' ujarnya lagi.
Menurut Dr. Mafauzy lagi, pesakit juga akan mengalami lemah otot serta tidak dapat menyeimbangkan badan.

Keadaan ini telah meningkat hampir dua kali ganda dalam dekad yang lalu.
Dalam masa yang sama 50 peratus pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam tempoh enam hingga 10 tahun didapati mengalami masalah ini. Rasa mencucuk-cucuk dan pedih pada kaki atau hujung jari jika berlarutan akan menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan Malangnya, kesedaran terhadap penyakit ini amat kurang, menyebabkan pesakit hanya membiarkan saja rasa sakit itu sehingga ia hilang sendiri buat seketika.



Bagi mengatasi masalah ini, individu disarankan untuk :

a) Mengambil Vitamin B - Complex setiap hari
b) Mengambil Magnesium 200mg setiap hari

Kerana Vitamin B - Complex mempunyai gabungan vitamin B yang merupakan agen terapi semulajadi yang membantu memulihkan sistem saraf utama. Oleh itu, badan akan menjadi segar dan tidak letih.

Magnesium pula membantu menguatkan sel otot yang seterusnya memulihkan keradangan pada sekitar otot yang cedera.
 
Sumber rujukan : Faedah Vitamin B, Artikel Kesihatan Utusan Malaysia, Pinprick solution article.


Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih