Posts

Showing posts from May, 2016

Musnahnya Tamadun Manusia - Petanda Kiamat episod 14

Image
1. Dalam menuju kiamat, bumi akan mengalami satu malapetaka yang amat dahsyat, apakah bentuk kemusnahan malapetaka tersebut? Tamadun yang dibina oleh manusia tidak wujud secara spontan. Ia wujud berdasarkan satu proses yang panjang dan mencabar. Apabila Nabi SAW berbicara tentang tanda kiamat, termasuk tanda kecil, baginda turut berbicara tentang manusia yang runtuh akhlaknya, runtuh akidahnya dan ia adalah keruntuhan islam. Hadith riwayat muslim: Sabda Rasulullah SAW 'Ketika dunia menghampiri kiamat, arak merupakan minuman yang popular '- Al Hadith Hadith riwayat imam bukhari: 'Ketika menghampiri kiamat, zina berleluasa' - Al Hadith Hadith riwayat imam bukhari : 'Ketika kita menghampiri kiamat, amanah hancur' - Al Hadith Berbeza dengan zaman khulafa Ar-Rasyidin, dimana pemimpin negara dipilih berdasarkan kebolehannya dan kelayakannya. Umat akhir zaman memilih pemimpin kerana sifat duniawi dan tidak berkelayakan dan itu adalah asas kepada ...

Kematian Menurut Sains

Image
Apabila jantung berhenti mengepam, maka akan berlaku keadaan yang disebut "kematian". ARTERI KORONARI adalah salur darah yang menerima bekalan darah sejurus keluar dari jantung. Terdapat 2 cabang Arteri Koronari iaitu di kanan dan kiri jantung yang menerima darah untuk jantung bekerja supaya jantung dapat mengepam darah ke seluruh badan. Jika Saluran Arteri ini tersumbat, maka, serangan jantung akan berlaku bermula dengan 'Heart Blocked' ARTERI KAROTID mempunyai 3 cabang utama pada jantung yang membawa bekalan darah beroksigen. Cabang 1 - Ke kanan kepala, kanan bahu dan kanan tangan. Cabang 2 - Ke kiri kepala Cabang 3 - Ke kiri bahu dan kiri tangan. Jika arteri ini tersumbang, stroke mungkin akan berlaku. Apabila berlaku masalah kepada Arteri Karotid dan Arteri Koronari, jantung mungkin berhenti dan tanda sebelum berlaku kematian akan berlaku. Selain itu, satu keadaan di mana seseorang rebah secara tiba - tiba dan tidak bernafas akan berlaku jika ...

AD-DUKHAN - PETANDA KIAMAT EPISOD 13

Image
Telah diberitakan tentang kehadiran asap yang akan menyelubungi dunia. Bagaimana rupa asap tersebut? Darimana datangnya asap tersebut? Apakah mudarat asap tersebut? Bagaimana kehidupan manusia ketika itu? Ia merupakan salah satu tanda besar hari kiamat dan ia dinamakan Ad-Dukhan iaitu ASAP. Surah Ad-dukhan ayat 10-11 Ad-Dukhān:10 - Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), Ad-Dukhān:11 - Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan". Daripada Abu Hurairah dan Ibnu Mas'ud RA : Tatkala Nabi SAW ditimpa dengan bermacam - macam seksaan, penentangan yang dahsyat dan menyakiti baginda SAW sehingga Nabi SAW berdoa agar kaum dan umat ini diturunkan pengajaran bagi orang yang menentang Nabi SAW. Allah SWT menguji mereka dengan kemarau yang dahsyat dan asap hitam hingga ket...

Bergolaknya Semenanjung Arab (Petanda Kiamat) Episod 12

Image
Sabda Rasullullah saw : "Akan terjadinya kiamat apabila berlakunya pergolakkan besar di semenanjung arab" - al hadith 1. Apakah benar perkara ini berlaku dan apa kaitannya dengan hadith berkenaan? Pergolakan ini bukan perkara baru dalam semenanjung arab. Perkara seperti pertumpahan darah dan pembunuhan ini telah lama terjadi. Bermakna, kiamat semakin menghampiri. Dalam sabda Rasullullah saw : Riwayat abu muslim "Sesuatu yang mengejut akan berlaku di semenanjung arab" "Mengejut" ini bukan peperangan atau pertumpahan darah, tetapi melibatkan kesuburan. Tanah yang kering kontang kembali mengalir air dan tanah menjadi subur. Sabda Rasullullah saw : Riwayat abu muslim " tidak akan kiamat jika semenanjung arab kembali subur dan menghijau dengan tumbuhan." - al-hadith Namun, dalam masa yang sama Nabi saw turut menyebut tentang permusuhan dan pergolakkan. Sabda baginda SAW : "Suatu hari nanti, kamu akan lihat peperang...