Kematian Menurut Sains
Apabila jantung berhenti mengepam, maka akan berlaku keadaan yang disebut "kematian".
ARTERI KORONARI adalah salur darah yang menerima bekalan darah sejurus keluar dari jantung. Terdapat 2 cabang Arteri Koronari iaitu di kanan dan kiri jantung yang menerima darah untuk jantung bekerja supaya jantung dapat mengepam darah ke seluruh badan. Jika Saluran Arteri ini tersumbat, maka, serangan jantung akan berlaku bermula dengan 'Heart Blocked'
ARTERI KAROTID mempunyai 3 cabang utama pada jantung yang membawa bekalan darah beroksigen.
Cabang 1 - Ke kanan kepala, kanan bahu dan kanan tangan.
Cabang 2 - Ke kiri kepala
Cabang 3 - Ke kiri bahu dan kiri tangan.
Jika arteri ini tersumbang, stroke mungkin akan berlaku.
Apabila berlaku masalah kepada Arteri Karotid dan Arteri Koronari, jantung mungkin berhenti dan tanda sebelum berlaku kematian akan berlaku.
Selain itu, satu keadaan di mana seseorang rebah secara tiba - tiba dan tidak bernafas akan berlaku jika ritma (rentak) jantung / lintasan elektrik pada jantung terganggu. Ia di sebut Kardiak Arrest. Apabila lintasa elektrik terhenti, jantung akan berhenti mengepam, maka rentetan kematian pada sel dan tisu akan terjadi satu per satu untuk setiap saaat sehingga bermula proses pereputan 'decomposition'
3 Proses Kematian
A. Rigor MortisB. Livor Mortis
C. Algor Mortis
Mortis bermaksud kematian di dalam bahasa Latin.
Sel di dalam badan tidak terus mati selepas jantung berhenti. Ia berlaku secara susulan, sedikit demi sedikit dan sementara itu, sel dan tisu masih mempunyai tindak balas saraf.
Selepas itu, sel otak akan mula mati termasuk sel saraf yang memberi isyarat untuk tubuh bekerja, selepas itu, semua sel dan tisu tidak lagi menerima isyarat melainkan isyarat yang telah diberi oleh otak sebelum kematian.
Walaupun jantung telah berhenti, kematian telah disahihkan, isyarat saraf yang masih dalam perjalanan ke bahagian tubuh masih berlaku, selagi sel dan tisu belum mati sepenuhnya.
Islam menyuruh kita mempercepatkan pengkebumian agar tubuh tidak mengalami proses 'decomposition' sekaligus memberi penghormatan kepada tubuh.
Livor Mortis
Apabila darah tidak beredar/berhenti, seawal 20 minit darah akan mendah mengikut arah graviti. Maka, pertukaran warna kulit akan berlaku dan tubuh akan berubah menjadi 'blueblack'.
Rigor Mortis
Otot akan menjadi kejang hingga sendi mengeras akibat tiada bekalan darah ke tisu otot dan tangan serta kaki tidak dapat digerakkan. Jika dipaksa, tulang mungkin akan pecah.
Algor Mortis
Penurunan suhu badan akan berlaku pada kadar 1 darjah celcius untuk setiap jam dan proses penurunan suhu akan berlaku sehingga suhu tubuh sama dengan suhu persekitaran.
Selepas itu, tubuh akan melalui proses ' self-digestion' bermula daripada kepala ke bawah. Otot muka, mulut dan leher akan menjadu kaku terlebih dahulu. Organ yang paling awal musnah adalah hati dan organ paling akhir musnah adalah alat kelamin. Dalam proses ini juga, otot dan kulit akan mengecut sehingga menampakkan rambut serta kuku menjadi lebih panjang selepas mati berbanding sebelum mati.
Akhirnya, kumbahan dari perut dan usus akan berlaku. Namun, di dalm islam, sesetengah proses ini tidak dapat di lihat kerana ketika berlaku proses ini, jenazah telah siap dimandi, dikafan dan dikebumikan. Inilah indahnya islam.
Hadith Riwayat Muslim sanad Hassan :
"Dari Ibn Umar, Sabda Rasulullah SAW, jika mati seseorang kamu, segera kamu kebumikan" - Al-Hadith
Sumber - Nota Anatomy dan Fisiology
Comments
Post a Comment