AD-DUKHAN - PETANDA KIAMAT EPISOD 13
Telah diberitakan tentang kehadiran asap yang akan menyelubungi dunia. Bagaimana rupa asap tersebut? Darimana datangnya asap tersebut? Apakah mudarat asap tersebut? Bagaimana kehidupan manusia ketika itu?
Ia merupakan salah satu tanda besar hari kiamat dan ia dinamakan Ad-Dukhan iaitu ASAP.
Surah Ad-dukhan ayat 10-11
Ad-Dukhān:10 - Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),Ad-Dukhān:11 - Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
Daripada Abu Hurairah dan Ibnu Mas'ud RA :
Tatkala Nabi SAW ditimpa dengan bermacam - macam seksaan, penentangan yang dahsyat dan menyakiti baginda SAW sehingga Nabi SAW berdoa agar kaum dan umat ini diturunkan pengajaran bagi orang yang menentang Nabi SAW. Allah SWT menguji mereka dengan kemarau yang dahsyat dan asap hitam hingga ketika itu tidak terdapat makanan hatta daging, tulang dari bangkai sahaja yang mampu dimakan. Mereka mengadu kepada Allah dengan mendongak ke langit, asap hitam di atas mereka dan mereka berasa sangat gerun dan takut. Mereka bertemu dengan Nabi SAW untuk memohon doa kepada Allah SWT, lalu Allah menurunkan hujan dan mereka kembali kufur. - Al-Hadith
Ia bukan seperti asap biasa, asap rokok, asap jerebu, tetapi ia adalah malapetaka.
1. Apakah Makna Ad-Dukhan ini?
Ad- Dukhan ini adalah malapetaka yang ditimpakan ke atas orang yang derhaka, dan ia menyelimuti mereka yang menderhaka. Sahabat Abdullah ibnu Mas'ud RA, mengatakan bahawa, . Tafsiran sahabat Rasulullah ini seperti asap itu sudah datang ketika zaman Rasullullah iaitu ketika mereka mengingkari seruan Nabi SAW. Maka Allah datangkan pengajaran buat mereka.Sahabat Ibnu Abbas, Ali bin Abi Talib, disusuli oleh Imam Hasan Al Basri, berdasarkan rujukan tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Al-Azhar oleh HAMKA mengatakan asap ini belum datang. Ia adalah tanda besar dan bakal menimpa. Bagi Ibnu Abbas, ia belum datang lagi, apatah lagi mereka perincikan dalam ungkapan 'Yashannas' iaitu dukhan ini menyelimuti 'annas'. 'Annas' ini agak umum dan global dan bukan sekadar Penduduk Mekah.
Sebab itu Sahabat Abdullah Ibnu Abbas mengatakan ia belum datang dan ia dikaitkan dengan Hadith Sahih.
Riwayat Imam Muslim yang menceritakan 10 Tanda besar kiamat yang pastikan akan datang ketika kiamat menghampiri. Para Ulama mengkaji tanda besar ini dan mereka kaitkan dengan satu lagi Hadis Sahih yang Nabi SAW menegaskan bahawa tanda besar ini akan datang secara bersusulan.
Jika Datang satu, ia akan disusuli dengan yang lain seperti manik - manik ditali. Ketika putus, jatuh satu manik dan disusuli dengan manik yang berdekatan.
Ada tanda ini berlaku di zaman Khulafah Ar-Rasyidin dengan tanda yang lain pula berlaku pada masa sekarang tetapi terpisah oleh tempoh masa yang agak lama. Tanda besar hari kiamat tidak begitu, Sahabat Ibnu Abbas RA justeru mengatakan Ad-Dukhan adalah berkaitan dengan tanda besar.
Tanda besar berkitan dengan era yang hampir sangat dengan hari kiamat. Dalam surah Ad-Dukhan ayat 10 - 11 menceritakan ia bukan asap biasa, tetapi asap yang luar biasa.
Namun ada juga ulama yang cuba ambil kedua - dua pendapat ini dan mengatakan tidak salah jika kita mengatakan ia berkaitan dengan zaman Nabi SAW dan juga yang berlaku pada akhir zaman. Ia pendapat yang tidak salah dan boleh dijadikan sebagai pegangan kita.
2. Kemunculan Ad-Dukhan adalah salah satu tanda kiamat Kubra, tanda - tanda kecil telah pun lengkap dalam kehidupan sekeliling kita. Tetapi asap Ad-Dukhan akan muncul satu masa nanti, dan apabila ia muncul, tanda lain akan turut menyusul satu demi satu. Darimanakah datangnya asap ini?
Terdapat 2 Teori besar berlakunya Ad-Dukhan :
A. Ia merupakan kesan daripada peperangan Nuklear yang bakal terjadi satu masa nanti. Apabila peperangan ini berlaku, manusia akan berada dalam keadaan kelaparan dan kepayahan dengan musim dingin yang berpanjangan, lapisan oZon yang semakin menipis serta berlakunya hujan Karbon yang berwarna hitam. Suhu bumi akan jatuh di bawah paras beku serta salji pembunuh akan turun dengan ratusan ribu nyawa akan mati.
B. Kehadiran Meteor yang akan menghentam bumi pada tahun 2013-2016 merupakan salah satu maklumat yang telah digodam oleh penggodam dunia. Ia mendapati bahawa pihak NASA mengenalpasti bumi telah memasuki ke laluan yang di panggil sebagai 'Meteor River'- Sungai Meteor. Kemungkinan Meteor ini menghentam bumi menjadi lebih tinggi. Pada tanggal 15 Feb 2013, Negara Russia telah di hentam oleh meteor seberat 7 Tan dengan kelajuan 54,000 Km/J. Jika dibandingkan dengan kelajuan kereta F1, meteor ini jatuh dengan kelajuan yang lebih tinggi.
3. Teori yang mana lebih relevan?
Al- Quran, ayatnya jelas, Hadith nabi SAW tentang tanda besar kiamat juga jelas. Cuma perinciannya tidak begitu jelas. Maka, ia melahirkan satu pemikiran dan pandangan atau juga di panggil Ijtihad oleh orang yang berkelayakan (ahlinya).
Ada ulama mengaitkan Ad-Dukhan dengan asap. Jika dilihat melalui perang nuklear, ia munasabah kerana asap nuklear ini membunuh. Jika di lihat pada pandangan kedua, iaitu berkaitan Asteroid, apatah lagi ayat yang dibacakan tadi ada ungkapan "pada hari langit mendatangkan Ad-Dukhan." yang bermaksud ia akan datang dari atas iaitu penjuru langit. Oleh itu, lahir pandangan kemungkinan besar ia adalah Asteroid.
Lebih kurang 55 juta tahun yang lalu, asteroid sebesar 15km padu dari pusatnya telah menghentam bumi di negara yang kita kenali sekarang sebagai Mexico yang telah menyebabkan kepupusan Dinosaur. Haiwan yang besar dan gagah ini telah pupus akibat hentaman asteroid. Jika perkara seperti ini boleh berlaku, tidak mustahil ia akan berulang semula.
Saintis mengatakan bahawa asteroid ini adalah bongkah batu dan logam yang berukuran garis pusat 100m padu lebih. Jumlah asteroid di Sungai Asteroid tada ada lebih 150 Juta. Walaubagaimanapun, para saintis mengatakan kebarangkalian asteroid menyerang bumi adalah rendah.
Apabila dikaji melalui jurnal - jurnal saintis, yag lebih berkebolehan menghancurkan manusia , dalam bentuk menghasilkan asap ialah Komet.
Perbezaan Asteroid dan Komet :
a) Asteroid adalah bongkah batu bercampur logam.
b) Komet adalah bongkah batu bercampur ais dan habuk kosmik.
Komet mempunyai koma dan ekor manakala asteroid tiada. Komet pula terhasil apabila matahari melalui putaran di dalam galaksi dan saintis telah mengkelaskan komet ini sebagai 'Catastrophic Comet' iaitu komet yang menyebabkan kehancuran. Para saintis dilihat lebih gerun dengan Komet berbanding Asteroid. Apapun, ia masih datang dari atas dan bumi telah beberapa kali dihentam asteroid serta komet ini.
Ini adalah pandangan saintis yang mengkaji dan nampak ada perkaitan dengan Al-Quran dan HAdith di mana logiknya masih ada kerana Ad-Dukhan ini asap berbentuk fizikal dan bukan alam ghaib. Akhirnya adalah Allahu 'allam, Allah lebih mengetahui mengenainya.
4. Apakah Tahi Bintang?
Dari sudut bahasa, komet boleh dinamakan sebagai tahi bintang. Di dalam astronomi, apabila asteroid masuk ke atmosfera bumi, ia pecah dan menghasilkan cahaya. Ia alah tahi bintang ataupun 'Shooting Star'.
5. Ad-Dukhan ini bukan asap sembarangan, bukan asap yang boleh terlepas begitu sahaja. Dalam Al-Quran menceritakan kesengsaraan yang amat dahsyat apabila Ad-Dukhan ini datang ke bumi. Seandainya ia menerjah bumi, sejauh manakah kesan yang akan dialami oleh seluruh umat manusia?
Ada sesetengah orang menganggap dan memberi hujah bahawa Ad-Dukhan ini adalah asap jerebu. Jika jerebu berlarutan lebih 40 hari, maka kiamat akan berlaku. Alangkah tidak munasabahnya hujah ini kerana bercanggah dengan semua Nas - nas Al-Quran yang diturunkan Allah SWT. Jerebu tiada kaitan dengan Ad-Dukhan, bahkan ia berkaitan dengan kerosakan akibat tangan manusia.
Ad- Dukhan ini bukan seperti pencemaran alam yang biasa. Ia adalah satu serangan dan hentaman ke atas muka bumi yang akan mendatangkan kesengsaraan kepada umat manusia.
Riwayat Imam Muslim :
Dari Abu Hurairah RA -
Bersegeralah kamu beramal soleh kerana akan datang menimpa ke atasmu benca, malapetaka yang bertubi - tubi seperti kepingan - kepingan diwaktu malam. - Al- Hadith
Kita perlu bersegera beramal soleh supaya jika berlaku cabaran seperti Ad-Dukhan ini, ada lanjakan kepada amalan-amalan kita. Di dalam beberapa kitab tafsir, ada yang menyatakan ketika datangnya asap ini, orang islam ditakdirkan mendapat selesema sahja iaitu kesengsaraan dalam bentuk penyakit. Sebaliknya, orang kafir akan mengalami keadaan asap itu masuk ke dalam tubuh mereka melalui saluran hidung, saluran telinga serta saluran lain dalam bentuk yang amat menyakitkan.
Cuma timbul persoalan, adakah asap ini boleh kenal dengan orang islam? Wallahu'alam.
Ibadah ini adalah tanda kita rapat dengan Allah dan mempunyai hikmah tersendiri. Umat islam seharusnya kembali kepada agama supaya sabarnya tinggi dan Allah pelihara dari sebarang musibah.
Surah Ad-Dukhan ayat 43 - 50
Ad-Dukhān:43 - (Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
Ad-Dukhān:44 - (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).Ad-Dukhān:45 - (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, -Ad-Dukhān:46 - Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.Ad-Dukhān:47 - (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka.Ad-Dukhān:48 - "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak".Ad-Dukhān:49 - (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"Ad-Dukhān:50 - (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
Di zaman Rasullulah SAW, seorang lelaki bernama Abu Jahal mengambil buah Kurma dan disapu dengan Minyak Sapi untuk dimakan sambil mengejek "Inilah Buah Zakhum" seolah - olah tidak benar akan amaran dan ingatan Allah ini. Barangkali, pada ketika ini ada diantara kita mengatakan benarkah ada asap hitam ini? benarkah ada Dajjal? dan sebagainya. Ingat Tuan - tuan dan Puan - puan!, inilah peringatan dari Allah dan jangan sekali - kali kita ragu. Jangan sekali - kali kita menafikan ia kerana amat berat ingatan Allah kepada kita.
Ketika meteor menghentam bumi, pasti berlaku asap tebal yang menyelubungi bumi sepanjang tahun. Ketika itu, manusia akan sukar untuk bernafas, sukar untuk melihat, dan cahaya matahari tidak akan sampai ke bumi. Saat itu juga, tanaman tidak akan menjadi menyebabkan manusia akan mengalami krisis makanan. Dan pada waktu inilah, Dajjal hadir menawarkan bantuan. Ramai yang murtad.
6. Barat juga percaya tentang kehancuran bumi, mereka mengumpulkan bijak pandai untuk membina kubu bawah tanah (bunker) bersama bekalan makanan. Apakah penjelasannya?
Barat sememangnya percaya akan kehancuran bumi, cum mereka tidak beriman dengan agama islam. Mereka lebih percaya kepada Sains. Kita pula, sebagai umat islam beriman dengan Al-Quran dan As-sunnah dan Sains menjadi penyokong. Dalam agama, Sains jatuh kebelakang sedikit berbanding iman.
Orang Barat pula, Sains dihadapan dan kerana itu mereka mencipta tempattinggal di bawah tanah. Namun, sehebat manapun ciptaan manusia, Allah Maha berkuasa.
7. Apakah persiapan umat islam menghadapi kiamat?
Ulama menyatakan isyarat pertama tanda - tanda besar dan isyarat lain bakal menyusul. Isyarat pertama adalah Imam Mahdi, kemudian disusuli dengan Dajjal, Di ikuti oleh Nabi Isa A.S di penjuru Damsyik, Syria menurut Ijtima' Ulama untuk membunuh Dajjal. Imam Mahdi akan meninggal selepas 7 tahun pemerintahan yang adil dan Nabi Isa AS akan menggantikan beliau. Kemudian, Yakjuj dan Makjuj muncul dalam jumlah yang besar menyebabkan Nabi Isa AS serta umat islam tidak mampu melawan Yakjuj dan Makjuj ini. Akhirnya Nabi Isa AS membawa umat islam ke gunung ganang untuk berlindung disamping Yakjuj dan Makjuj akan musnah ditelah zaman. Akhirnya Ad-Dukhan muncul disusuli dengan matahri terbit disebelah Barat.
POKOK KATA, SEBELUM MUNCUL TANDA INI, KITA PERLU TERUS BERPANDUKAN AL-QURAN UNTUK MERPERTAHAN IMAN
Bintang Ilmuwan Dato' Dr. Danial Zainal Abidin
Indikator Al-Quran Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
#HALAQAHTV9
Comments
Post a Comment