Musnahnya Tamadun Manusia - Petanda Kiamat episod 14

1. Dalam menuju kiamat, bumi akan mengalami satu malapetaka yang amat dahsyat, apakah bentuk kemusnahan malapetaka tersebut?

Tamadun yang dibina oleh manusia tidak wujud secara spontan. Ia wujud berdasarkan satu proses yang panjang dan mencabar. Apabila Nabi SAW berbicara tentang tanda kiamat, termasuk tanda kecil, baginda turut berbicara tentang manusia yang runtuh akhlaknya, runtuh akidahnya dan ia adalah keruntuhan islam.
Hadith riwayat muslim:
Sabda Rasulullah SAW 'Ketika dunia menghampiri kiamat, arak merupakan minuman yang popular '- Al Hadith
Hadith riwayat imam bukhari:
'Ketika menghampiri kiamat, zina berleluasa' - Al Hadith
Hadith riwayat imam bukhari :
'Ketika kita menghampiri kiamat, amanah hancur' - Al Hadith
Berbeza dengan zaman khulafa Ar-Rasyidin, dimana pemimpin negara dipilih berdasarkan kebolehannya dan kelayakannya. Umat akhir zaman memilih pemimpin kerana sifat duniawi dan tidak berkelayakan dan itu adalah asas kepada keruntuhan tamadun.
Bagaimana tamadun menjadi berkualiti jika pemimpin manusia tidak berkualiti? Dan akhirnya datang bala dari Allah kepada umat manusia. Antara Bala dari Allah ialah Dajjal.

Nabi saw bersabda:
"Ketika Dajjal datang, dia datang membawa syurga"- Al Hadith
Tetapi, maksud syurga dajjal adalah neraka bagi umat islam dan neraka Dajjal adalah syurga umat islam. Berdasar tafsir hadith ini, tidak mungkin Dajjal mampu membawa syurga dan neraka ke bumi kerana dia tidak berkelayakan. Maka, ada unsur simbolik di sini. Ertinya, falsafah hidup Dajjal iaitu kaf fa ro, 'kufur'. Lantas jika baik pada Dajjal maka neraka buat umat islam, buruk pada Dajjal, syurga buat umat islam.
Sebagai contoh, pada akhir zaman ini, zina adalah perkara biasa, tiada kesalahan kerana suka sama suka. Lelaki sesama lelaki berkahwin tiada masalah kerana suka sama suka. Tiada kekacauan berlaku.  Ini adalah dunia Dajjal. Syurga buat Dajjal. Hal ini membawa kepada keruntuhan tamadun.
Hadith riwayat muslim:

Sabda Rasulullah Saw, dari Abu Hurairah RA."Bersegeralah kamu mengerjakan amal soleh kerana akan terjadi suatu bencana bagai malam yang gelap gelita. Ketika seseorang beriman di waktu pagi, menjadi kafir diwaktu petang; dan beriman diwaktu petang menjadi kafir diwaktu pagi. Ia menjual agamanya untuk keuntungan dunia" al hadith
Agama itu hanya ritual semata-mata seperti di masjid, di surau, sambutan maulud nabi, sempena sambutan tahun baru islam. Agama tidak lagi menjadi cara hidup. Agama hanya sampingan pada umat islam.

2. Bagaimana kehidupan manusia ketika runtuhnya tamadun, masihkah ada aktiviti beribadah, masih adakah masjid dan surau, masih berlakukah ibadah haji dan umrah?

Perlu kita lihat kepada kronologi tanda besar hari kiamat. Kita melihat apabila matahari terbit dari barat, pintu taubat tertutup sama sekali. Orang yang telah islam, keislamannya kekal.
Maka ulama mengkaji hal ini, antara sebabnya, selepas matahari terbit, manusia sudah hancur keinginannya untuk kembali kepada Allah. Tidak berminat dengan agama, justeru, Allah tutup pintu taubat.
Cuma, sebelum perkara ini terjadi, ada umat islam, ada Yakjuj dan Makjuj yang mendatangkan kerosakan. Ketika itu juga, Nabi Isa AS masih ada dan mereka masih beribadah dengan baik.
Malah, sebelum itu lagi, ketika zaman Dajjal, fitnah Dajjal paling dahsyat telah wujud sejak nabi Adam wujud. Ketika itu, Imam Mahdi ada dan memimpin sebahagian umat islam yang yakin pada Allah.
Walaupun ketika era Dajjal, era Yakjuj dan Makjuj, dengan tamadun manusia ditekan hebat, umat islam masih lagi beramal, masih lagi melakukan amal ibadah rukun islam. Tetapi, dalan keadaan agama islam yang dagang. Dalam keadaan sembunyi, dalam keadaan takut. Cuma, apabila matahari terbit dari Barat, Allah hanya sampingan sahaja.
Surat Al ankabut ayat 38.

Al-`Ankabūt:38 - Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah).

3. Ketika kemusnahan tamadun berlaku, tiada apa-apa teknologi yang dapat kita gunakan kerana segalanya telah musnah. Kita akan kembali semula ke zaman tamadun awal manusia. Bersediakah kita menghadapi musibah ketika itu, apa yang kita sediakan untuk anak dan cucu kita untuk hadapi kemusnahan tamadun akan datang?

Nabi SAW membina tamadun bermula dengan Al-Quran, kerana ia adalah panduan kita.
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud RA "Di awal islam Mekah, kami berhimpun sebuah rumah sahabat bernama Arqam Ibnu Abi Arqam RA untuk membaca dan memahami 10 ayat daripada baginda SAW" - Al Hadith
Setiap hari dengan 10 ayat Al-Quran, tamadun islam terbina. Selepas hijrah, wahyu terus menerus bersambung dan dikaji. Nabi SAW membina semangat dan roh islam sehingga hari ini berdasarkan Al-Quran.

'The making of humanity' ialah buku yang di tulis oleh Robert Briffault merumuskan bahawa :
"Jika tidak kerana islam dan umat islam zaman dahulu, Barat akan terus menerus berada dalam zaman kegelapan tanpa renaisans"- Robert Briffault
Ini adalah tulisan orang bukan islam yang mengakui kehebatan tamadun islam. Dan ia disokong oleh Philip K. Hitti yang menampakkan kehebatan islam.

Islam itu hebat dan indah, tetapi umatnya tidak hebat. Justeru, pendidikan kita, kementerian kita yang membawa konsep pendidikan seharusnya bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah.
Selain itu, islam perlu diterangkan secara waqi'iyah iaitu relevankan agama dengan suasana hari ini. Anak anak suka kepada hiburan dan kita harus salurkan mereka ke arah hiburan yang baik. Kita harus fleksibel kerana islam itu fleksibel dalam perkara perkara yang harus.
Sebagai tambahan, kita harus memberi kefahaman kepada masyarakat supaya masyarakat boleh menangkis serangan luar seperti orang menghina Nabi SAW.
Kita dapat dapat menangkis serangan seperti ini kerana kefahaman tentang agama akan menjadi perisai kepada serangan tersebut.

4. Seandainya ketika umat islam banyak berpecah seperti sekarang, tidak bersatu atas nama satu agama dan Dajjal keluar menguasai dunia, adakah masyarakat akan murtad dengan begitu mudah, mampukah kita mempertahankan aqidah?


Semakin akhir, semakin mencabar situasinya. Pada masa kini, umat islam banyak berkelahi dengan hal - hal ranting seperti selawat dengan perkataan saidina atau tanpa saidina, terawih 20 +3 atau 8+3. Kemudian datang pula islam liberal yang berfikiran ala barat. Datang pula pluralisme yang menyamakan semua agama. Tiba - tiba datang Dajjal. Pasti akan berlaku kecelaruan.

Justeru, sampai peringkat murtad. Nabi SAW telah mengisyaratkan bahawa itu akan berlaku suatu masa nanti.

Hadith riwayat imam muslim:
Baginda SAW bersabda "Pada waktu pagi, dia seorang mukmin, pada waktu petang dia jatuh kafir." Al hadith

kitab Dalilul Fatihin mentafsirkan hadith ini kepada 2 tafsiran:

1. Jatuh kafir ini bukan murtad, tetapi kufur nikmat seperti tidak solat, tidak berpuasa, meninggalkan perkara wajib.


2. Memang maksudnya murtad.


Jadi, hal murtad ini memang boleh berlaku. Di Malaysia, isu murtad bukan lagi isu tanpa bukti, sememangnya ada bukti.

riwayat imam muslim yang disebut oleh Zainab binti Jahsyi RA, bertanya pada Nabi SAW tentang Yakjuj dan Makjuj, pada hujung Hadith,

"Adakah Allah akan hancurkan kita padahal masih ada orang soleh bersama kita? Nabi menjawab, ya, jika kejahatan terlalu banyak, kemungkaran berleluasa." - Al Hadith

Jadi, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


5. Adakah Al-Quran kini melekat di hati kita, menjadi budaya kita, menjadi amalan kita?


Al-Quran kini semakin jauh terutamanya dari hati anak kita, Al-Quran kian disisihkan. Kita ingin memupuk semangat cintakan Al-Quran, mendidik generasi Al-Quran yang menjadi benteng untuk menempuh tamadun yang kita hadapi ini.

6. Di kalangan kita, ada yang hafiz Al-Quran, tetapi perangai dan sifatnya tidak sebegitu, mohon pandangan.


Allah takdirkan kita menjadi umat terbaik.

Surah Ali Imran ayat 110


'Āli `Imrān:110 - Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Menurut tafsir, ada yang mendefinisikan terbaik ini adalah sahabat, tetapi, kebanyakkannya mentafsirkan umat islam keseluruhannya. Mengapa kita terbaik? Ada 3 ciri utama :

A. Kamu ajak kepada kebaikan
B. Kamu cegah kemungkaran.
C. Tunjang iman kepada Allah

Jika cara hidup kita kembali kepada Al-Quran, sistem kita sistem Al-Quran, kita akan jadi yang terbaik. Tunjang kita akan kukuh.

Bintang ilmuwan Dato Dr. Danial Zainal Abidin
indikator Al-Quran Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

#Halaqahtv9




Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?