Bergolaknya Semenanjung Arab (Petanda Kiamat) Episod 12
Sabda Rasullullah saw :
"Akan terjadinya kiamat apabila berlakunya pergolakkan besar di semenanjung arab" - al hadith
1. Apakah benar perkara ini berlaku dan apa kaitannya dengan hadith berkenaan?
Pergolakan ini bukan perkara baru dalam semenanjung arab. Perkara seperti pertumpahan darah dan pembunuhan ini telah lama terjadi. Bermakna, kiamat semakin menghampiri.
Dalam sabda Rasullullah saw : Riwayat abu muslim
"Sesuatu yang mengejut akan berlaku di semenanjung arab"
"Mengejut" ini bukan peperangan atau pertumpahan darah, tetapi melibatkan kesuburan. Tanah yang kering kontang kembali mengalir air dan tanah menjadi subur.
Sabda Rasullullah saw : Riwayat abu muslim
" tidak akan kiamat jika semenanjung arab kembali subur dan menghijau dengan tumbuhan." - al-hadith
Namun, dalam masa yang sama Nabi saw turut menyebut tentang permusuhan dan pergolakkan.
Sabda baginda SAW :
"Suatu hari nanti, kamu akan lihat peperangan di semenajung arab sesama umat" Al Hadith
Sabda baginda SAW lagi :
"Akan turun musuh musuh islam di Kota Iraq, di selatan Turki termasuklah di Syria, Nabiq dan Kota Alippo." Al hadith
Ini adalah peringatan dari Nabi saw tentang kiamat kepada umatnya.
2. Negara arab hari ini bukan sahaja lemah tetapi mudah diratah terutamanya di dalam politik. Apakah peranan Amerika yang mempunyai hubungan baik dengan Arab Saudi?
Jika diperhati di dalam peta dunia, Arab Saudi adalah lokasi yang sangat penting
Yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tinggi. Disamping itu, ia merupakan kawasan penyatuan ummah manusia terutamanya umat islam. Lokasinya yang berada ditengah membolehkan ia berhubung dengan pelbagai buah negara lain.
Yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tinggi. Disamping itu, ia merupakan kawasan penyatuan ummah manusia terutamanya umat islam. Lokasinya yang berada ditengah membolehkan ia berhubung dengan pelbagai buah negara lain.
" Negara yang akan mendepani ummat adalah Arab Saudi" - Henry Kissinger 1970-an
Menunjukkan telah ada perancangan dati Amerika Syarikat untuk memegang Arab Saudi. Dan hari ini, pemimpin Amerika kerap berkunjung ke Arab Saudi.
Selain itu, Arab Saudi merupakan negara Hijaz iaitu adanya Makkah dan adanya Madinah. Di samping itu, Arab Saudi berdekatan dengan negara Syam ( Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan).
Agenda Amerika dilihat seperti ada udang disebalik batu.
Surah Al- an'am ayat 159
Al-'An`ām:159 - Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
3. Adakah umat islam hari ini masih lagi terbelengu dalam menjadi 'pak turut'?
Kesatuan menjadi masalah kepada umat islam. Terlalu banyak fahaman hingga menyebabkan pelbagai konflik. Penjajahan ke atas negara umat islam menjadikan masing-masing mengikut sifat penjajah.
4. Apa OIC masih boleh kita harapkan?
Kita bercakap dengan moral, dalam sesuatu penyelasaian masalah, kita perlu gabungan. Pertubuhan Negara Islam Sedunia (OIC) pada asasnya ditubuhkan untuk membela negara islam yang tertindas dalam beberapa faktor antaranya :
A. Negara-negara miskin
B. Negara yang dicabul kedaulatannya
B. Negara yang dicabul kedaulatannya
Walaupunbegitu, kepimpinan negara - negara islam ini yang menjadi persoalan kerana mereka seperti diheret umpama lembu yang dicucuk hidung. Ini yang kira perlu fikir kerana OIC adalah hak umat islam.
5. Bagaimana mudahnya negara-negara islam ini mengalami pergolakkan satu demi satu seperti 'arab spring'?
Apabila kita kembali semula pada permulaan liga arab pada tahun 1945 di Kaherah, hanya belasan negara sahaja yang menyertai liga ini hinggalah 20 negara arab bersatu.
Aspek bersifat dalaman 'Wadi Zaid' menyebabkan mereka bersatu untuk tidak bersatu antaranya jenis pemikiran. Sebagai contoh, di Libya, mereka cenderung ke arah berfikiran 'Ishtirakiyah' iaitu Komunis. Di Syria pula, pemikiran di bawah pimpinan Hafez Al-Assad adalah berbentuk aliran syiah 'Nusairiyah'.
Maksudnya, diantara negara liga arab ini ada sesuatu yang tidak kena yang membolehkan mereka lebih banyak berpecah berbanding bersatu atas satu agama.
Selain itu, matlamat negara-negara ini juga tidak jelas dalam membela nasib negara - negara islam. Apabila Israel berkuasa menghancurkan Palestin, mereka tidak membantu untuk menjana kemenangan walaupun liga arab ditubuh pada tahun 1945 iaitu 3 tahun lebih awal dari negara Israel ditubuhkan pada tahun 1948. Oleh itu, banyak negara islam tidak membantu dan hanya mendiamkan diri.
Arab spring pula berlaku sekitar tahun 2010, di Tunisia, ia berlaku pada 15 Disember 2010. Di Mesir, 25 Januari 2011. Di Syria, 15 Mac 2011. Di Libya, 12 Februari 2011. Di Yaman, 27 November 2011. Arab spring ini merupakan kebangkitan umat islam yang ingin memerdekakan negara islam dari belenggu bukan islam.
Surah an-nisa ayat 59
An-Nisā':59 - Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
6. Bagaimana kita merangka sesuatu supaya hal ini tidak berlanjutan dan tidak terkena kepada negara islam yang lain?
Kita perlu terima hakikat bahawa tiada siapa yang mahu pergolakkan ini berlanjutan. Mereka inginkan keamanan. Namun, kerana kezaliman pemimpin, mengatur pentadbiran yang tidak menepati agama, inilah kesannya.
Akhirnya, negara makmur akan hancur. Sesetengah orang bertanya, adakah isu ini isu kita? Ya, isu kita bersama. Ia negara umat islam. Negara yang penuh keberkatan. Bahkan Nabi SAW, menyifatkan Syria negera yang makmur.
Riwayat Anas bin Malik, Nabi bersabda :
'Tidak akan sempurna iman kamu selagi kamu tidak menyayangi orang lain sebagaimana kamu menyayangi saudara kamu sendiri'- Al-Hadith
Rakyat Syria adalah sahabat kita, saudara kita, seagama dan seakidah. Oleh itu, kita bukan sekadar memperkatakan isu tersebut, tetapi apakah sumbangan kita, jihad kita dengan harta, jihad kita dengan doa dan munajat serta kita merasakan masalah mereka masalah kita bersama.
Seterusnya, bukan rakyat menginginkan kerosakan seperti ini, tetapi pemimpin yang melakukan kezaliman terhadap rakyat. Jika disemak semula, mengapa berlakukan pergolakkan di Syria? Ia adalah kerana tulisan kanak - kanak di dinding - "Rakyat hendak runtuhkan kerajaan"
Bukan bermaksud meruntuhkan kerajaan, tetapi membina peradaban baru bagi negara tersebut. Akhirnya, kanak - kanak ini ditangkap, diseksa dan rakyat mula bangkit.
7. Terjadinya kekejaman di Syria, anak - anak muda dari seluruh dunia merancang untuk menyertai, membela dan membantu Syria sebagai tentera gerila. Apakah itu dihalalkan oleh Islam? Apakah itu jalan yang betul?
Apa yang berlaku di Syria merupakan satu tanda betapa kiamat semakin hampir apabila berlaku perkara bergolak begitu, pembunuhan berlaku dan sebagainya.
Apabila berlaku kezaliman dan kejahatan dari tentera Bashar Assad dengan fahaman Syiah Nusairiah, maka, kebangkitan rakyat berlaku. Tentera pembebasan Syria (FSA) datang yang terdiri dari rakyat Syria sendiri iaitu anak - anak muda mereka yang bangun mempertahankan diri mereka.
Selain itu, muncul juga Gerakan Islamic States of Iraq and Syria (ISIS). Kumpulan ini bermasalah.
Oleh itu kita melihat kepada yang berhak untuk berjuang seperti FSA yang berjuang dengan cara yang betul. Mereka ingin membela negara mereka, memerdekakan kedaulatan negara mereka. Kita bersimpati atas nama kebenaran.
Tetapi jika ia bersifat pembunuhan terang seperti ISIS, kita tolak tepi. Tidak wajar ia disokong.
Semangat jihad itu penting, paling tidak jihad untuk munajat buat mereka di Syria yang memperjuangkan kemerdekaan.
Sabda Nabi Saw :
"Payung bagi mukmin di Padang Mashsyar adalah sedekah kita" Al- Hadith
Jadi, sekurang - kurangnya kita dapat bersedekah dengan doa kita. Mengirim sesuatu yang boleh kita kirimkan.
Namun jika kita katakan ISIS ini suatu ruang jihad, masyarakat telah faham bahawa banyak yang tidak betul dalam perjuangan ISIS. Jika FSA, mereka merupakan rakyat yang bangkit mempertahan negara mereka.
Pemimpin Arab seharusnya tidak berpecah belah dan perlu bersatu atas satu nama iaitu agama Islam. Kita datang dari satu Nabi iaitu Nabi Muhammad SAW. Maka kita perlu kembali kepada Allah dan RasulNya.
Ustaz Roslan Jamaluddin
Indikator Ustaz Tirmizi
Indikator Ustaz Tirmizi
#Halaqahtv9
Comments
Post a Comment