3 GOLONGAN AHLI SYURGA DAN 5 GOLONGAN AHLI NERAKA
Tazkirah Ringkas:
Dari 'Iyadh ibn Himar al-Mujasyi'i, (dia menyebutkan) bahawa RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
قَالَ وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاَثَةٌ
Dia (Allah ta'ala telah) berfirman: Dan Ahli syurga itu ada 3 golongan
:
ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ
Seorang pemilik kekuasaan (pemerintahan) yang adil, dermawan, lagi disepakati (oleh Allah dan masyarakat)
وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ
Dan seorang yang pemurah, lagi lembut hati kepada setiap yang mempunyai hubungan kerabat dan (juga kepada) seseorang muslim
وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ
Dan seorang yang menjaga kehormatan dirinya, (sekaligus
berterusan) berusaha memelihara maruahnya, (dalam keadaan) memiliki
ramai ahli keluarga (untuk diperhatikan)
.
- قَالَ - وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ
Dan Dia bersabda
,
Manakala ahli neraka itu 5 golongannya:
الضَّعِيفُ الَّذِي لاَ زَبْرَ لَهُ الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لاَ يَتْبَعُونَ أَهْلاً وَلاَ مَالاً
1.Orang lemah yang tiada keinginan (daya usaha untuk
mengamalkan agama), di mana mereka ini di kalangan kalian hanya
mengikut, mereka tidak (berusaha) untuk berkeluarga dan mencari harta
.
وَالْخَائِنُ الَّذِي لاَ يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلاَّ خَانَهُ
2. Dan orang yang khianat yang tak tersembunyikan baginya
sifat tamaknya, sehinggakan (tidaklah terlepas) urusan seremeh apapun,
kecuali (pasti) dia akan khianat padanya
.
وَرَجُلٌ لاَ يُصْبِحُ وَلاَ يُمْسِي إِلاَّ وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ.
3. Dan seseorang yang tidaklah dia menghadapi waktu pagi
atau petang, kecuali dia memperdaya engkau akan (kesejahteraan)
keluargamu dan (keselamatan) hartamu.
وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ
4.Dan (salah seorang periwayat menyebutkan,) dia menyebutkan (tentang) kebakhilan atau pembohongan.
وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ
5. Dan orang yang kotor mulutnya dan sangat suka merosakkan (hubungan sesama manusia, dengan mengumpat, mengadu-domba, dll)
[HR Muslim]
Comments
Post a Comment