Petanda Kiamat - Turunnya Nabi Isa As (episod 19)
Surah An Nisa Ayat 157-158
An-Nisā':157 - Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
An-Nisā':158 - Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3 perkara dari ayat ini menerangkan tentang :
1.
Nabi Isa AS
TIDAK DIBUNUH
2.
Nabi Isa AS TIDAK DISALIB
3.
Nabi Isa AS DIANGKAT oleh Allah SWT ke langit
Soalan 1 : Dimanakan Nabi Isa AS berada ketika ini selepas diangkat Allah SWT ke langit?
Nabi Isa AS atau dikenali di
Eropah sebagai Jesus Christ tidak
dibunuh atau disalib oleh bangsa Yahudi walaupun mereka mengakuinya. Bahkan,
Allah SWT telah mengangkat baginda ke sisi-Nya dalam keadaan ditidurkan. Kemudian dikaitkan dengan
Hadith yang berkaitan dengan Israk Dan
Mikraj.
Ketika Nabi Muhammad SAW dibawa
naik ke langit (Bukan langit dalam gambaran fizikal seperti
atmosfera) tetapi langit yang ghaib, iaitu langit di alam sebelahnya.
Langit yang lebih tinggi dimensinya, dan Rasulullah SAW telah bertemu dengan
Nabi Isa AS di Langit tersebut.
Ada Penulis yang mengatakan Nabi
Isa AS berada di Jupiter Iaitu sebuah planet dalam sistem Suria kita. Dikaitkan
juga dengan tafsiran pandangan Nostradamus
iaitu seorang peramal masa dahulu yang berkata Nabi Isa AS juga berada di
Jupiter. Namun, pandangan seperti ini harus di TOLAK kerana ia adalah Sebuah Planet.
Berdekatan dengan kita yang tidak memerlukan suatu kuasa besar untuk ke sana.
Padahal, langit kedua yang berada di dimensi lain (GHAIB) memerlukan suatu
kuasa besar (KUASA ALLAH SWT) untuk menjangkau ke langit tersebut.
Sabda Nabi SAW :
“Ketika Allah mengutuskan Al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih disebelah timur Damsyik dengan mengenakan 2 buah pakaian yang dicelup dengan Waras dan Zaafran, dan kedu tapak tangannya diletakkan di sayap 2 malaikat: bila ia menundukkan kepala, maka turunlah rambutnya dan jika diangkkatnya, kelihatan landau seperti mutiara. Maka tiada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu, sejauh mata memandang” – HR Muslim.
Soalan 2 : Bilakah Nabi Isa AS akan diturunkan dan bagaimanakah caranya? Mengapa Nabi Isa dipilih dan bukan nabi – nabi yang lain sebelumnya?
Ketika Imam Mahadi memimpin umat
islam secara adil, Allah SWT menguji umat islam dengan kehadiran Dajjal Al
Masih yang mengakibatkan pelbagai kehuru-haraan. Umat Islam dan Imam Mahadi
tidak mampu membunuh Dajjal Al Masih, lalu, Allah menurunkan Nabi Isa AS
sebagai bantuan kepada Imam Mahadi dan Umat Islam.
Baginda diturunkan di Menara Putih di Timur
Damsyik iaitu Syria masa kini menurut sebuah riwayat sahih.
Ketika huru – hara berlaku di Syria, ia seolah – olah
memberi satu tanda bahawa era Dajjal, era Nabi Isa AS termasuk era Imam Mahadi
telah dekat. Sebagaimana diriwayatkan dalam Hadith Sahih, Nabi Isa AS akan
turun di menara putih di Timur Damsyik yang ada kaitan dengan Masjid Umawi,
Syria. Baginda turun dengan kedua tangannya diletakkan di atas sayap malaikat.
Satu Riwayat menyatakan baginda berambut
Kerinting, Kulit kemerahan dan ada yang kata kekuningan.
Turunnya baginda adalah untuk membunuh Dajjal Al Masih di
Bandar Lod, Israel. Sebuah pusat ketenteraan. Ketika Dajjal melihat Nabi Isa
AS, Dajjal terus ketakutan seperti garam yang cair di dalam air dan akhirnya
Nabi Isa membunuh Dajjal.
Rahsia atau sebab turunnya Nabi Isa AS adalah untuk menjadi
bukti bahawa kaum Yahudi yang mengaku
telah membunuh Nabi Isa AS dengan berkata “Kami telah membunuh Jesus
Christ” adalah palsu. Baginda
sebenarnya tidak dibunuh mahupun disalib. Makai a membetulkan kesilapan Yahudi.
Sebab kedua adalah membetulkan fahaman orang Nasrani yang
mengaku Nabi Isa AS adalah anak tuhan. Bukan merendahkan agama lain, tetapi ini
adalah KEBENARAN.
Az-Zukhruf:61 - Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.
Soalan 3 : Apakah Tugas lain untuk Nabi Isa As pada Akhir zaman?
Berdasarkan hadith riwayat Imam muslim, Baginda SAW
menerangkan tugas Nabi Isa AS pada ketika itu:
1.
PEMIMPIN DAN PENGUASA YANG ADIL
2.
MEMBUNUH KHINZIR/BABI
3.
MEMATAHKAN SALIB
4.
MEMBATALKAN HUKUM JIZYAH IAITU MENGHAPUSKAN
CUKAI KE ATAS ORANG KAFIR (dengan cara berperang dan tiada tolak ansur).
Jika dilihat tugas- tugas Nabi Isa As adalah besar dan
berat, namun, persoalan timbul apabila tugasan membunuh babi/khinzir seolah –
olah terlalu mudah dan tiada faedah. Sekitar tahun 1999, Malaysia telah
menjalankan proses pembunuhan Babi/Khinzir secara besar – besaran akibat kesan
penyakit Japanese Ancephelitis (JE)
yang membawa maut kepada manusia. Oleh yang demikian, tidak mustahil ketika
zaman pemerintahan Nabi Isa As, pembunuhan Khinzir/Babi ini boleh dilakukan
kerana kesan penyakit yang memudaratkan manusia.
Menurut pakar Virology, Khinzir/ Babi mempunyai ‘Mixing
Vessel’ yang mampu menakung pelbagai jenis virus, lalu mengubah virus tersebut
kepada virus yang baharu yang lebih bahaya kepada dunia dan membawa kepada
wabak penyakit.
Soalan 4 : Bagaimana Nabi Isa As menangani Yakjuj dan Makjuj?
Saki baki, umat islam yang masih hidup ketika akhir zaman,
Nabi isa akan menyapu wajah mereka dengan doa.
“Kemudian Nabi Isa dating kepada satu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberitahu mereka tentang darjat mereka di Syurga” HR Muslim.
Kemudian, datang Yakjuj dan Makjuj yang membunuh menusia
dimuka bumi. Yakjuj dan Makjuj kemudiannya ingin membunuh makhluk di langit
sambal memanah kea rah langit. Lalu Allah kembalikan panah tersebut dengan
lumuran darah dan mereka menyangka mereka Berjaya membunuh makhluk di langit.
Nabi Isa As, dan umat islam terpaksa bertempur dengan Yakjuj
dan Makjuj yang bilangannya terlalu banyak. Menurut riwayat, bilangan yang
banyak ini tidak mampu dilawan oleh Nabi Isa dan Umat islam ketika itu. Allah
memerintahkan Nabi Isa As untuk memimpin umat islam pergi ke Gunung bagi
menyelamatkan diri. Gunung tersebut iailah Bukit Thur (Thur Sina).
Akhirnya Yakjuj dan Makjuj mati secara khusus dengan kuasa
Allah SWT hasil doa Nabi Isa As.
6 tugas utama Nabi Isa As di akhir zaman :
a)
Membunuh Dajjal
b)
Membantu Imam Mahadi
c)
Menyeru Kristian memeluk islam
d)
Mematahkan salib
e)
Membunuh Babi/Khinzir
f)
Menghapuskan cukai dan Riba’
Soalan 5 : Kenapa ada Nabi Isa selepas Nabi Muhammad SAW yang menjadi utusan terakhir?
Menurut non muslim, Nabi Isa As adalah lebih agung dari Nabi
Muhammad SAW kerana Nabi Isa As akan turun selepas Nabi Muhammad SAW dan scara
langsung menjadi Nabi terakhir. Ini adalah Tanggapan BAHAYA. Apabila berbicara
seperti ini, kita perlu letak prinsip dan aqidah sebagai keutamaan.
Turunnya Nabi isa As adalah Muttawattir (taraf hadith yang
lebih tinggi dari Sahih), namun, ada tokoh islam yang menolak hadith ini dengan
mengatakan ia Qat’i iaitu Sheikh Shalut. Ini tidak berasas.
Jadi, turunnya Nabi Isa As, bukan membawa agama baharu,
tetapi mengikut syariat Nabi Muhammad SAW. Dalilnya :
“Ketika Nabi Isa turun di Menara Putih, umat islam hendak menunaikan solat subuh, Imam Mahadi menjadi Imam dan dia mengenali Nabi Isa As lalu menjemput Nabi Isa menjadi imam Solat subuh. Nabi isa menolak 'Imam kamu dari kalangan kamu'. Lalu Nabi Isa solat mengikut imam dari kalangan pengikut Nabi Muhammad SAW." Al - Hadith
Nabi Isa As turut melakukan ibadah Haji dan Umrah.
Menurut riwayat, Nabi Isa akan tinggal di Bumi selama 7
tahun, ada riwayat menyatakan selama 40 tahun dan para ulama berijtihad dengan
menggabungkan 2 riwayat ini iaitu sebelum Nabi Isa diangkat ke langit, baginda
berusia 33 tahun dan di campur dengan 7 tahun bersama umat akhir zaman
menjadikan umurnya 40 tahun.
Ada riwayat menyatakan, Nabi Isa As akan hidup bersyariatkan
Nabi Muhammad SAW hingga baginda wafat dan umat islam akan solat beramai –
ramai kepada Nabi Isa As. Kemudian, baginda akn dimakamkan di sebelah makam
Nabi Muhammad Saw di Madinah.
Surah An Nisa ayat 159.
An-Nisā':159 - Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
#Halaqahtv9
Bintang Ilmuwan – Dr Danial Zainal Abidin
Indikator Al-Quran -
Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Comments
Post a Comment