Posts

Showing posts from August, 2022

Imam Syafie dan Imam Ahmad : Halaqah Pertama – Antara Faham dan Faqih

  Imam Syafie dan Imam Ahmad : Halaqah Pertama – Antara Faham dan Faqih Kali pertama Imam Ahmad bertemu dengan Imam Syafie ialah sekitar tahun 190 H. Imam Ahmad datang ke Makkah menunaikan Umrah dan mengambil kesempatan beberapa tempoh berguru dengan Sufyan bin Uyainah serta Imam Syafie.  Kali pertama masuk ke dalam halaqah ilmu Imam Syafie, Imam Ahmad mendengar penjelasan Imam Syafie berkenaan dengan perbezaan maksud faham (الفهم) dan faqih (الفقه). Kata Imam Syafie : Antara kesalahan terbesar para penuntut ilmu ialah mencampurkan makna faham dan faqih. Sedangkan faham itu ialah mengetahui sesuatu makna perkataan dengan lafaznya sahaja.     Sedangkan faqih ialah satu tahap kefahaman yang lebih khusus dari faham. Faqih adalah mengetahui maksud yang ingin disampaikan oleh orang yang sedang menyampaikan perkataan, iaitu mengerti isi kandungan perkataannya.  Ini yang dimaksudkan di dalam surah an-Nisa ayat 78 : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ و...

✏️Wadi'ah : Simpanan - Bank dan pelanggan.

 ✏️Wadi'ah : Simpanan - Bank dan pelanggan. Baru-baru ini tular berkenaan kehilangan wang simpanan di bank.  Bank menyatakan tiada penggantian dapat dilakukan terhadap kehilangan yang berlaku.  Pihak berkuasa juga tidak menjamin gantian boleh dilakukan. Apa pandangan ulama mazhab Syafie? Imam Abu Syuja' RH menyebut di dalam Matan Abi Syuja' وَلاَ يُضْمَنُ إِلاَّ بِالتَّعَدِّي Dan tidak wajib ditanggung ganti rugi barang yang disimpan oleh orang yang diamanahkan melainkan dengan sebab yang melampaui batas. Merujuk kepada Syarah matan Abi Syuja' oleh Imam Taqiyuddin asy-Syafi'e RH di dalam kitab Kifayatul Akhyar. Beliau menyatakan bahawa penyimpan yang amanah tidak wajib menggantikan benda yang disimpan jika hilang atau rosak. Namun begitu beliau menerangkan sebab melampau itu ada 9 iaitu : 1. Penyimpan memberikan kepada orang lain barang yang disimpan tanpa sebab munasabah dan tanpa izin pemilik simpanan. 2. Bermusafir dengan membawa simpanan tersebut. 3. Meninggalka...

✏️ Golongan yang Gemar Menolak Hadis

✏️ Golongan yang gemar menolak Hadis.  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  Ketika Imam Syafie bertemu dengan gurunya Sufyan bin Uyainah al-Hilali di Mekah, mereka berbicara tentang Mu'tazilah.  Kata Sufyan bin Uyainah, Mu'tazilah memiliki sifat keburukan dalam mengingkari Hadis. Mereka meruntuhkan sistem silang rujuk ahli hadis.  Imam Syafie menyambung kata gurunya, Mu'tazilah mengingkari Hadis dengan 2 cara : 1. Menimbulkan fahaman yang rosak terhadap keadilan para perawi hadis termasuk para sahabat Rasulullah SAW.  2. Mereka mengutamakan akal berbanding syariat Allah SWT.  Sufyan Uyainah menyambung lagi, Mu'tazilah bersikao berlebih-lebihan dalam menolak hadis dengan memegang kata-kata Amr bin Ubaid al-Mu'tazili. Mereka meriwayatkan kalam bahawa "sekiranya aku mendengar sendiri Rasulullah SAW bersabda, aku pasti menolak hadis itu." Imam Syafie melafazkan Taawwuz pada ketika itu.  Sum...

Debat Aqidah Mu’tazilah dan Imam Syafie RH.

✏️Debat Aqidah Mu’tazilah dan Imam Syafie RH. Sekitar zaman Imam Syafie,  seorang pemimpin mu'tazilah Iaitu Thumama ibn Ashras hadir dalam halaqah ilmu Imam Syafie mendengar kalam Imam Syafie. Usai halaqah, dia bertemu dengan Imam Syafie untuk mengajak beliau berhujah. Imam Syafie berkata aku tidak suka berdebat melainkan Untuk mencari  kebenaran. Maka Thumama ibn Ashras bersetuju dan mengajak imam Syafie untuk berhujah di tempatnya. Ditempat Bisyr terdapat ramai pengikut. Kemudian dia memulakan hujah.  1. Thumama ibn Ashras mengatakan bahawa mengada-adakan sesuatu tentang Allah seperti meletakkan sifat Tangan, Melihat, Mendengar terhadap Allah SWT adalah Tasybih (Menyamakan) Allah dengan makhluk. Kerana Allah SWT berfirman dalam surah Syura ayat 11   لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ  “Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia,” 2. Thumama ibn Ashras mengatakan sekira seseorang menganggap al-Quran bukan makhluk, ia adalah perbuatan mendustakan Allah (tidak memp...