Posts

Showing posts from December, 2023

Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda.

 Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda. Khawarij adalah sebuah golongan yang muncul selepas peristiwa Tahkim antara Saidina Ali bin Abi Talib RA dan Muawiyyah bin Abu Sufyan. Kumpulan ini telah luput dek zaman, namun, pemikiran, ideologi dan falsafah kumpulan ini kekal berlegar dalam dunia sehingga hari ini. Ciri-ciri khawarij : 1. Mereka membenci Saidina Ali bin Abi Talib RA dan menganggap Saidina Ali RA serta penyokongnya adalah kafir. 2. Mereka sangat yakin bahawa seorang mukmin yang melakukan dosa besar telah menjadi kafir. 3. Mereka menghalalkan pembunuhan orang yang bermusuh dengan mereka walaupun dari kalangan orang Islam. 4. Mereka menganggap Islam hanya boleh ditegakkan melalui jalan peperangan sahaja. 5. Sumber rujukan mereka hanyalah al-Quran semata-mata. Menurut Imam an-Nawawi RH, Khawarij adalah kelompok pelaku bida’ah yang sangat meyakini bahawa orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka. Mereka tidak mahu menghadiri sembahyang jumaat ...

Antara kefahaman atau kedegilan : Golongan Sofisme atau al-Sofisthaiyyah.

  Antara kefahaman atau kedegilan. Dunia ilmu pasti padat dengan perbincangan, kritikan dan pengkajian. Hal ini kerana ilmu memerlukan kefahaman supaya ilmu tersebut benar-benar dapat di hadam lantas menghampiri kebenaran. Kalimah “FIQH” banyak digunakan dalam sesebuah ilmu bagi memberi kefahaman terhadap sesuatu seperti fiqh ibadah, fiqh muamalat, fiqh muqarran, fiqh sultaniyyah dan pelbagai jenis fiqh. Fiqh dari sudut bahasa bermaksud mempunyai ilmu terhadap sesutau dan memahami ilmu tersebut. Kalimah fiqh berasal dari 2 kata dasar Bahasa Arab iaitu : 1.     فَقِهَ , يَفْقَهُ , فِقْهًا , فَقِهٌ 2.     فَقَهَ , يَفْقَهُ , فَقَاهَةٌ , فَهُوَ فَقِيْهٌ Kalimah pertama membawa maksud memahami perkataan orang yang bercakap atau menulis. Kalimah kedua membawa maksud memahami sesuatu secara mendalam seterusnya menjadi lebih faham. Maka orang yang memahami ilmu, memahami percakapan orang, memahami penulisan orang secara mendalam dan betul lalu d...

Merry Christmas

✏️Apa itu Merry Christmas? Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan). Christmas pula bermaksud  “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church”  Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik. Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Christ. Mæsse pula bermaksud sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik. Mæsse juga bermaksud Mass yang merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation.  Ia juga berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia diguna pakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata:  "Ite missa est"  Bermaksud ...

✏️Adab dan Tawadu'

✏️Adab dan Tawadu' Tempoh hari, guru kami menceritakan bagaimana ulamak tua dan ulama muda hidup harmoni walaupun berbeza pandangan.  Sebab utamanya adalah adab. Dikisahkan kepada kami salah satu riwayat adab Imam besar Mazhab iaitu al-Imam Malik dan al-Imam al-Syafie. Ketika Imam Syafie sedang mengajar disebuah masjid (disebut sebagai Masjid Nabawi), Imam Malik datang menyamar sebagai pendengar tanpa disedari oleh Imam Syafie. Usai mendengar, maka Imam Malik ke sebuah dinding di masjid tersebut lalu diukir tulisan ini : من اراد العلم النفيس،  فعليه بمحمد بن ادريس، Barang siapa yang ingin ilmu yang berharga, Maka ianya ada bersama Muhammad bin Idris, *Muhammad bin Idris adalah nama sebenar Imam Syafie. Pada keesokan harinya, Imam Syafie datang ke masjid itu, lalu terlihat tulisan tersebut lantas menulis di bawahnya perkataan ini : وكيف لايكون كذلك،  وهو تلميذك يامالك، Bagaimana terjadi sebegitu, Sedangkan dia adalah anak muridmu wahai Malik. ... Kata guru kami, mereka ber...