Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda.
Memahami Khawarij : Sebuah percambahan minda.
Khawarij adalah sebuah golongan yang muncul selepas peristiwa Tahkim antara Saidina Ali bin Abi Talib RA dan Muawiyyah bin Abu Sufyan. Kumpulan ini telah luput dek zaman, namun, pemikiran, ideologi dan falsafah kumpulan ini kekal berlegar dalam dunia sehingga hari ini.
Ciri-ciri khawarij :
1. Mereka membenci Saidina Ali bin Abi Talib RA dan menganggap Saidina Ali RA serta penyokongnya adalah kafir.
2. Mereka sangat yakin bahawa seorang mukmin yang melakukan dosa besar telah menjadi kafir.
3. Mereka menghalalkan pembunuhan orang yang bermusuh dengan mereka walaupun dari kalangan orang Islam.
4. Mereka menganggap Islam hanya boleh ditegakkan melalui jalan peperangan sahaja.
5. Sumber rujukan mereka hanyalah al-Quran semata-mata.
Menurut Imam an-Nawawi RH, Khawarij adalah kelompok pelaku bida’ah yang sangat meyakini bahawa orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka. Mereka tidak mahu menghadiri sembahyang jumaat dan sembahyang berjemaah di Masjid.
Menurut Ibnu Taimiyyah, Khawarij adalah kelompok yang gemar menghunus pedang serta berperang. Mereka sangat kasar, suka membangkang terutamanya kepada Jemaah yang menentang kemungkaran dan maksiat yang mereka lakukan.
Oleh itu, kita perlu melihat ciri-ciri ini dengan betul. Bukan sekadar mendengar kata-kata orang, mengambil dari sumber yang tidak tepat. Seterusnya meletakkan tanda kepada seseorang atau sesuatu kumpulan.
Yang jelas, selepas kita kenali watak dan ciri kelompok ini, seharusnya kita menjauhi mereka. Pemikiran mereka merosakkan masyarakat. Tindakan mereka memudaratkan dunia ini.
الله اعلم
Sumber dari :
Sukring, S. (2016). Ideologi, Keyakinan, Doktrin dan Bid’ah Khawarij: Kajian Teologi Khawarij Zaman Modern. Jurnal Theologia, 27(2), 411-430.
Khir, M. F. A. (2017). Mendepani Ekstremisme: Pengajaran Daripada Sejarah Kemunculan Khawarij (Encountering Extremisme: Lesson from the History of the Emergence of Khawarij). Journal of Al-Tamaddun, 12(2), 115-125.
Comments
Post a Comment