✏️Adab dan Tawadu'

✏️Adab dan Tawadu'

Tempoh hari, guru kami menceritakan bagaimana ulamak tua dan ulama muda hidup harmoni walaupun berbeza pandangan. 

Sebab utamanya adalah adab. Dikisahkan kepada kami salah satu riwayat adab Imam besar Mazhab iaitu al-Imam Malik dan al-Imam al-Syafie.

Ketika Imam Syafie sedang mengajar disebuah masjid (disebut sebagai Masjid Nabawi), Imam Malik datang menyamar sebagai pendengar tanpa disedari oleh Imam Syafie. Usai mendengar, maka Imam Malik ke sebuah dinding di masjid tersebut lalu diukir tulisan ini :

من اراد العلم النفيس، 
فعليه بمحمد بن ادريس،
Barang siapa yang ingin ilmu yang berharga,
Maka ianya ada bersama Muhammad bin Idris,

*Muhammad bin Idris adalah nama sebenar Imam Syafie.

Pada keesokan harinya, Imam Syafie datang ke masjid itu, lalu terlihat tulisan tersebut lantas menulis di bawahnya perkataan ini :

وكيف لايكون كذلك،
 وهو تلميذك يامالك،
Bagaimana terjadi sebegitu,
Sedangkan dia adalah anak muridmu wahai Malik.
...
Kata guru kami, mereka berlumba untuk duduk di tempat paling bawah kerana sikap tawadu' mereka. Disebabkan ini, para ulama terdahulu sentiasa harmoni. Khilaf mereka adalah rahmat Allah yang membuktikan keluasan ilmu. Bukan pencetus perbalahan antara mereka.
...
Kisah di atas diceritakan oleh guru kami Ustaz Syakirin bin Hussin. Saya ambil semula dari :
مشاهدة النسخة كاملة : قصة في ادب الائمة الاربعة
Ditulis oleh :
حماد الحسين
Hamad al-Husin.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?