Merry Christmas

✏️Apa itu Merry Christmas?

Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan).

Christmas pula bermaksud 

“The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church” 

Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik.

Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Christ.

Mæsse pula bermaksud sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik.

Mæsse juga bermaksud Mass yang merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation. 

Ia juga berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia diguna pakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata: 

"Ite missa est" 

Bermaksud “Upacara ini telah tamat. Bersurailah dalam keamanan (The Mass is ended. Go in peace).”

Oleh itu, Crīstesmæsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang tarikh kelahiran Jesus Christ.

 Sambutan ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi kelahiran Jesus bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya. 

Namun, sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens menerusi novella beliau yang terkenal, A Christmas Carol.
...

Sumber dari Oxford Dictionary.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?