10 Fungsi Penting Placenta (Uri) Semasa Kehamilan
Pendahuluan
Placenta adalah organ yang sangat berguna ketika kehamilan, ia memainkan peranan yang sangat penting ketika kehamilan untuk menjamin kesihatan dan kelangsungan bayi anda di dalam rahim. Ia akan lahir seketika lewat selepas bayi anda dilahirkan.
Mengapa Placenta ini Penting?
Fungsi utama placenta adalah membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk bayi di dalam kandungan. kebiasaannya berat placenta ialah 1:6 dari bayi.
Ia tiada sel sel saraf. dan ia juga bukan dikawal oleh sistem saraf tunjang mahupun otak anda.Setiap minit ketika kehamilan, lebih kurang 550 milliliters darah dipam ke uterus (rahim) untuk menukar nutrien pada placenta untuk bayi anda.
10 Fungsi Penting Placenta (Uri) Semasa Kehamilan:
Placenta (Uri) memberikan peranan yang cukup penting sepanjang trimester kehamilan bagi memastikan kelahiran yang selamat. Antara Fungsi Placenta ialah:
1. Fungsi utama placenta ialah membekal nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Sebelum darah diterima oleh bayi,ia melalui placenta melalui tali pusat yang bersambung dengan bayi.
2. Selain itu, placenta juga berfungsi umpama buah pinggang atau ginjal; ia menapis darah yang masuk kepada bayi dari bahan - bahan berbahaya yang mungkin mengancam nyawa bayi dalam kandungan.
3.Placenta juga bertindak seumpama paru - paru kepada bayi dalam kandungan dengan membekalkan oksigen melalui tali pusat.
4.Placenta juga mengeluarkan bahan kumuh bayi anda ke sistem peredaran darah anda yang mana ia akan di kumuh melalui badan para ibu dalam bentuk urin ( air kencing).
5. Placenta juga bertindak sebagai penapis jangkitan kepada bayi anda dari badan ibu dengan menjadi pengasing darah anda dengan darah bayi anda.
6. Kebanyakan hormon yang dihasilkan oleh placenta dari tubuh anda mempunyai kiraan laktos yang maksimum dimana ia memastikan kadar gula dalam darah sentiasa mencukupi untuk diedarkan kepada bayi anda di dalam kandungan.
7. Placenta juga membantu mempercepatkan penghadaman sumber makanan dari ibu untuk disalurkan kepada bayi dengan lebih cepat.
8. Placenta bertindak memerangkap oksigen yang disedut oleh ibu untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah untuk membantu oksigen beredar kepada sistem bayi anda, melalui tali pusat bayi anda. Ini merupakan salah satu fungsi penting yang dilakukan oleh placenta seterusnya menghalang bayi anda dari menelan cecair amniotik, yang boleh membawa kepada bahaya.
9. Placenta menghasilkan sebilangan hormon wanita yang tepat seperti progesterone dan estrogen untuk menghentikan kebarangkalian pengecutan pada rahim sebelum bayi anda cukup bulan untuk dilahirkan. Ia juga membuka jalan untuk maternal tissues dan rahim untuk proses kelahiran.
10. Ketika proses kehamilan, Placenta akan bergerak manakala rahim akan berkembang dan membesar.Ia menjadi fungsi biasa placenta untuk kekal pada paras rendah ketika hamil, namun begitu, placenta bergerak ke bahagian puncak rahim pada peringkat seterusnya ketika hamil untuk membiarkan pangkal rahim (cervix) terbuka ketika proses kelahiran.
Sumber: momjunction.com
By Dr. Divya
By Dr. Divya
Comments
Post a Comment