BAGAIMANA CARA UNTUK HAMIL JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR



Merancang untuk Hamil, tetapi hadapi masalah kitaran Haid? Baca apa kata Pakar :

S: Punca Kitaran Haid Tidak Tetap?
J: Akibat daripada kekerapan haid yang berkurangan, 

Haid tidak teratur boleh diertikan pendarahan ketika pertengahan haid (inter-menstrual bleeding) atau kitaran yang berpanjangan (prolonged cycle). Dengan senario seperti ini, Penilaian Perubatan yang teliti amat diperlukan untuk mendiagnos dan merawat situasi ini. 
Fibroids mungkin menjadi salah satu punca Ketidakaturan Haid.

Ketidakaturan Haid disebabkan oleh :
Kehadiran polyps atau fibroids di dalam sistem reproduktif (peranakan) wanita.

Ketidakseimbangan hormon tertentu pada wanita juga menjadi salah satu punca ini. Ia adalah disebabkan keadaan seperti  polycystic ovarian syndrome (PCOS).

Penyakit Kronik seperti diabetes (Kencing Manis) atau kegagalan  ginjal (Renal Failure)
Jarang berlaku haid seringkali menjadi tanda kepada gangguan ovulasi. Dengan rawatan perubatan yang betul, tahap ovulasi boleh diperbetulkan dan kehamilan dapat dicapai.

Q: Mengapa ketidakaturan haid mempengaruhi kadar peluang untuk hamil?
A: kekerapan rendah atau ketidakaturan haid berkait dengan ovulasi. Ovulasi amat penting bagi seorang perempuan untuk melepaskan telur (ovum) untuk persenyawaan, bagi menghasilkan embryo dan seterusnya hamil.
Ketidakaturan kitaran haid mengakibatkan proses untuk hamil menjadi lebih sukar dari kebiasaannya.

Q: Apa keutamaan yang perlu dilakukan  oleh wanita yang mempunyai ketidakaturan haid untuk hamil?

A: Idealnya, rundingan bersama pakar kesuburan amat disarankan bagi mengenalpasti punca ketidakaturan haid. seterusnya memahami masalah utama bagi memberikan rawatan terus kepada punca utama.

Kami percaya, dengan kekerapan haid yang betul sudah cukup untuk mencapai kehamilan.

Q: Selain faktor ubat-ubatan, adakah cara hidup yang berubah boleh menyebabkan wanita mengalami masalah ketidakaturan haid?
A: Faktor Obesiti boleh menjadi penyumbang kepada masalah ketidakaturan haid, Oleh itu, mengekalkan Body Mass Index (BMI) yang optimum menerusi diet dan senaman adalah permulaan terbaik jika ingin hamil.
Selepas pernilaian semula, jika masih terdapat masalah perubatan  dan seseorang wanita itu masih mempunyai BMI yang tinggi, mengurangkan berat  mungkin akan membantu dalam mengembalikan aturan kitaran haid seterusnya membantu dalam proses untuk hamil.
irregular Menstrual cycle
Mengekalkan gaya hidup sihat dan berat badan ideal kadangkala akan membantu dalam mengembalikan aturan kitaran haid kepada kitaran haid yang normal.
A: Dewasa ini, ramai wanita mengalamai masalah seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Apakah kesan yang didapati jika seorang wanita itu didiagnoskan dengan PCOS? Adakah rawatannya akan berubah?
A: PCOS adalah keadaan yang akan mengakibatkan kekurangan dalam ovulasi, dan juga, Ketidakaturan haid dan/atau Kitaran haid berpanjangan . Gejala ini akibat daripada pengeluaran lebihan hormon androgens, Hasilnya, Wanita PCOS akan mengalami jerawat, bulu pada wajah dan kenaikan berat badan.
Rawatan PCOS untuk wanita yang mendambakan kesuburan, Kebiasaannya, matlamat kami adalah untuk mendorong ovulasi melalui rawatan dan seterusnya menghasilkan kehamilan.

Jika faktor kesuburan tidak menjadi keutamaan, Perubahan atau olahan dalam gaya hidup seperti mengurangkan berat dan bersenam akan membantu dalam membalikkan semula tahap tidak ketidakovulasi seseorang (anovulation stage) dan sekaligus merubah risiko jangka panjang penyakit yang berkait dengan PCOS seperti Penyakit jantung (coronary heart disease), Kencing Manis (Diabetes) dan kemungkinan kanser dalam rahim ( endometrial cancer).
irregular Menstrual cycle
Jika anda mengalami masalah kitaran haid, dan anda ingin hamil, berjumpa dengan doktor adalah perkara terbaik untuk mengenalpasti masalah.
Q: Apakah nasihat anda untuk wanita yang mengalami ketidakaturan haid tetapi ingin hamil?
A: Perkara terbaik adalah melakukan penilaian perubatan yang betul untuk mengenalpasti punca masalah ketidakaturan haid. Seterusnya, rawatan tepat dapat disarankan selepas penelitian perubatan tersebut.

Ada masalah kitaran haid? Kami harap  jawapan daripada Dr. Roland Chieng akan memberi sedikit pencerahan tentang masalah anda. Sila kongsikan pendapat anda di bawah

Terima Kasih ....

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?