Posts

Showing posts from 2016

Amalan Ahli Korban sebelum Haiwan korban di sembelih

Soalan: Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah. Sejauh manakah kebenaran anjuran ini? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:  مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَ...

Fakta dan Auta PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun ?

Image
PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun Dari fb Damar Wulan Bahaya menggunakan lebuhraya PLUS Gurun Pendang sekarang. Aku di denda 9.40 sen dan bayaran Tol sepatutnya 3.00.RM 9.40 sen adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.(Rehat dan rawat) Gila ka apa ni..x boleh duduk lama di RNR..sampai di Tol pendang waktu nak bayar Tol kena denda..mmg sial.. Alasan Pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya...ha...penipuan  haramjadah apa ni dari pengguna PLUS. Aku menghubungi 1800 88 00 00 dia pon x dapat memberikan jawapan pasti..persoalannya kenapa tidak diletakkan papan tanda di RNR gurun (TIDAK DIBENARKAN BEREHAT MELEBIHI 1.5 JAM) PLUS membuat undang undang ikut suka. 9.40 Sen adalah denda yang dikenakan. Fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=597138140470830&id=100005239478727 Post dan gambar di atas diambil dari...

Adab mesyuarat

ADAB BERMESYUARAT 1.       Mendengar Pandangan Orang Lain serta Bersangka Baik 2.       Menerima keputusan secara terbuka tanpa kritikan. 3.       Jika tidak bersetuju, ajukan hujah secara baik dan BERHEMAH. 4.       Jika keputusan telah dibuat selepas hujah diberi, BERLAPANG DADA dengan keputusan kerana apa yang kita mahu tidak semestinya baik untuk mesyuarat tersebut. 5.       Setiap orang punya pendapat masing – masing dan punyai MASA SEMPIT (SUSAH) berdasarkan keadaan. Maka, bertolak ansur adalah terbaik. 6.       Hindarkan perasaan dengki serta negatif yang boleh merosakkan suasana serta menimbulkan permusuhan. 7. Mungkin pendapat kita sekarang terpaksa ditolak orang lain kerana kemaslahatan mereka, Padahal, mungkin hari esok atau akan datang, orang lain terpaksa kita tolak pendapatnya ...

Ciri orang beriman yang berjaya

١. قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ٢. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ٣. وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ٤. وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ٥. وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ٦. إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ٧. فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ٨. وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ٩. وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ١٠. أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ١١. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman   2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;   3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;   4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);   5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - ...

Manusia Yang Lupa Budi Allah

Firman Allah SWT : وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan,  دَعَانَا merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya,   مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَىٰ ضُرٍّ مَسَّهُ ۚ ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan. [Surat Yunus 12]

Petanda Kiamat - Turunnya Nabi Isa As (episod 19)

Image
Surah An Nisa Ayat 157-158   An-Nisā':157 - Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. An-Nisā':158 - Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 3 perkara dari ayat ini menerangkan tentang : 1.        Nabi Isa AS TIDAK DIBUNUH 2.        Nabi Isa AS TIDAK DISALIB 3.    ...

CIRI CIRI MEREKA YANG MEMPEROLEHI KEMENANGAN DISISI ALLAH DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA

Firman Allah SWT : التَّائِبُونَ 1. orang-orang yang bertaubat الْعَابِدُونَ 2. orang-orang yang beribadat  الْحَامِدُونَ 3. orang-orang yang memuji Allah السَّائِحُونَ 4. orang-orang yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam) الرَّاكِعُونَ 5. orang-orang yang yang rukuk السَّاجِدُونَ 6. orang-orang yang yang sujud الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ 7. orang-orang yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ ۗ 8. orang-orang yang serta yang menjaga batas-batas hukum Allah وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ 9. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). [Surat At-Taubah 112]

CIRI CIRI ORANG YANG BERTAQWA

Image
[CIRI CIRI ORANG YANG BERTAQWA BERDASARKAN AYAT KE 134 DARIPADA SURAH ALI IMRAN] Firman Allah SWT : الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاء  Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,  وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ dan orang-orang yang menahan kemarahannya, َ  وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.  وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. -Nota Kuliah Tafsir-

3 GOLONGAN AHLI SYURGA DAN 5 GOLONGAN AHLI NERAKA

Tazkirah Ringkas: Dari 'Iyadh ibn Himar al-Mujasyi'i, (dia menyebutkan) bahawa RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda: قَالَ وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاَثَةٌ   Dia (Allah ta'ala telah) berfirman: Dan Ahli syurga itu ada 3 golongan : ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ   Seorang pemilik kekuasaan (pemerintahan) yang adil, dermawan, lagi disepakati (oleh Allah dan masyarakat) وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ   Dan seorang yang pemurah, lagi lembut hati kepada setiap yang mempunyai hubungan kerabat dan (juga kepada) seseorang muslim وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ   Dan seorang yang menjaga kehormatan dirinya, (sekaligus berterusan) berusaha memelihara maruahnya, (dalam keadaan) memiliki ramai ahli keluarga (untuk diperhatikan) . - قَالَ - وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ   Dan Dia bersabda , Manakala ahli neraka itu 5 golongannya: الضَّعِيفُ الَّذِي لاَ زَبْرَ ل...

Terlepasnya Ikatan Dajjal - petanda kiamat episod 17

Image
1. Siapakah Dajjal dan Apakah ia sebenarnya? Hadis riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim. Rasulullah SAW bersabda "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini sejak Allah menciptakan Nabi Adam AS dan keturunannya, yang lebih dahsyat daripada Dajjal. Aku adalah nabi terakhir, dan kamu sekalian adalah umatku yang terakhir pula. Dajjal pasti keluar di tengah - tengah kalian. Jika ia keluar, sedang aku di antara kalian, maka aku akan mengalahkannya. Musuhnya Allah adalah pengganti setiap muslim." Al Hadith. Fitnah di sini dimaksudkan sebagai huru-hara dan malapetaka. Berdasarkan hadis sahih, Nabi SAW menampakkan kepada kita bahawa Dajjal Al Masih ini adalah manusia. Ini kerana Nabi SAW menggambarkan Dajjal ini seperti Ibnu Khattan. Rasulullah SAW menyatakan dalam beberapa riwayat bahawa, Dajjal ini gemuk, badannya besar, rambutnya kerinting, dahinya besar yang menunjukkan Dajjal ini Manusia. Dajjal ini, sebelah matanya tiad...