Posts

Schizophrenia

Fakta schizophrenia 🌹Penyakit mental paling ramai hidapi di dunia 🌹 pesakit akan hidapi gangguan psikosis 🌹punca penyakit masih tidak diketahui jelas namun menurut kajian ia adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia dalam otak 🌹pesakit akan alami beberapa tanda positif dan negatif 🌹 tanda positif 1 : paranoid iaitu mempercayai ada org lain cuba menganiaya atau memudaratkan pesakit walaupun hakikatnya tidak 🌹 tanda positif 2 : delusi kawalan iaitu mempercayai perbuatannya dikuasai oleh suatu kuasa luarbiasa dan dia tidak mampu menghalangnya seperti tgn dia dikuasai supaya menumbuk org lain 🌹tanda positif 3 : delusi pelik iaitu kepercayaan pelik seperti malaikat akan menyerang bumi 🌹 tanda positif 4 : delusi grandios iaitu percaya bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri melebihi org lain seperti mengaku dirinya dipilih tuhan 🌹 tanda positif 5 : delusi merujuk i...

PERKARA KHUSUS DALAM PENJAGAAN PESAKIT

PERKARA KHUSUS DALAM PENJAGAAN PESAKIT 1.       Rohani Sentiasa ingat bahawa sakit itu ujian dari Allah, Sentiasa menunaikan solat kerana solat itu tanda kita tidak lupa pada Allah serta mengabdikan diri kepada Allah. Juga tanda kita redha dengan ketentuan Allah 2.       Emosi Sentiasa menggunakan tutur kata yang lembut, Memahami kesusahan dalam penyakit yang dihidapi, sentiasa mesra serta memaniskan wajah. 3.       Fizikal Menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan yang terbaik untuk pesakit, menghantar ke tempat rawatan yang sesuai, sentiasa memantau jadual ubat ubatan pesakit. TUJUAN BERADAB 1.       Jiwa pesakit sangat sensitif kerana ketidakupayaannya 2.       Menjaga hubungan baik 3.       Meringankan bebanan yang ditanggung 4.     ...

Baiki Seat (Kerusi) depan kereta bengkok dan senget di Taiping

 Pinggiran daerah Kinta, Perak.......2012 Seat depan kereta aku dah bengkok sejak tahun 2012. Boleh duduk lagi sebab tak ganggu apa2. tapi tak sedap mata memandang sebab nampak tak best je. jadi aku biarkan dulu. Lagipun,  Fulus tak mengizinkan lagi sebab aku takut mahal pulak kena keluar PITIS... HEHE.. Bila kewangan aku mengizinkan aku pergi ke beberapa buah kedai untuk bertanyakan harga serta cara pembaikan seat yang telah lama bengkok ini. tapi malangnya, setiap kedai yang aku pergi semua tak dapat buat dan kena hantar ke pusat Bandaraya. Aku tanya juga tauke kedai tu kat mana nak hantar kalau kat Bandar. Dia tak nak bagitau. Jadi aku putuskan untuk tidak menghantar kepada dia. Disebabkan kerosakannya tidak mengganggu, jadi aku terus biar je.. 21/1/2016 - Pinggiran Bandaraya Utara Perak Sehinggalah tahun 2016 ini, baru lah aku terniat nak perbaiki selepas Cik Puan aku mengadu sakit belakang kerana seat yang bengkok ini. Aku pun pergilah survey kedai yang ad...

Membaiki Pam Klas / Clutch Pam Perdana V6

Wilayah Tengah , 0730hr..Semenanjung Malaysia Se-awal pagi aku bertolak menuju ke Pinggiran Shah Alam menuju ke sebuah destinasi untuk menjalankan tugas sebagai mudim. Setibanya di sebuah perkampungan di tengah perjalanan menuju ke sana, Klas/ Clutch Pedal kereta Perdana V6 aku tiba - tiba menjadi ringan seperti tiada apa - apa yang di tolak. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang takdirNya ketika itu, Tidak banyak kenderaan dan kelajuan tidak tinggi lalu aku terus memperlahankan kenderaan aku serta merta menuju ke ruang tepi jalan untuk di berhentikan. Aku terus menukar gear ke Neutral, mujur boleh di tukar dan terus mematikan enji, lalu ku periksa pada pedal Klas/ Clutch kereta. Tiada kebocoran. Lalu ku terus membuka Bonet hadapan kereta dan memeriksa pam Klas/Clutch kereta. Tiada kebocoran atau ketidaknormalan.. Jangkaan aku, memang Pam Klas/ Clutch kereta ada masalah. Terus aku meminta bantuan adik aku dan membawa ke bengkel berdekatan untuk di periksa. ...

Cara Blocked/Sekat Panggilan dari Private Number/Unknown Number

Image
Pasti anda akan rasa terganggu jika telefon anda menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali atau private number atau unknown number. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tatacara untuk blocked/ sekat panggilan seperti ini bagi telefon Asus Zen 5 : 1. tekan apps phone di home screen anda. 2. tekan butang sebelah kanan atas (gambar shield / perisai) 3. selepas tekan, di bawah shield ini ada butang gambar titik bertindih 3 menegak dan tekan butang tersebut. 4. pilih settings / tetapan 5. pilih mode blocked/sekatan anda 6. Tanda pada blocked private calls / sekat panggilan private. 7. Selesai.... Untuk Telefon Android... 1. Tekan apps phone di home screen 2. tekan call logs 3. tekan button (recent apps key) kebiasaannya butang ini bertentangan dengan butang undo/back dan bersebelahan dengan butang menu/home 4. icon sebelah bawah akan terpapar,pilih call setting atau tetapan panggilan 5. tekan auto reject calls. 6. Pilih blocked unknowns calls. 7. Selesai....

Cara Batal pinjaman ASB CIMB

PERNAH Aku pernah buat pinjaman pelaburan untuk ASB di CIMB.. bermula tahun 2010 - 2015.. Kenapa aku berhenti? Sebab aku pernah dengar dan baca banyak artikel agama pasal saham ASB ni.. Sebagai seorang Muslim, Halal dan Haram pasti akan menjadi sebatian hidup kita. Maka mencari yang halal itu fardhu. Oleh yang demikian, aku telah membuat research sedikit tentang Halal dan Haramnya pelaburan dalam ASB ini. Antara jawapan yang aku perolehi : 1. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pelaburan ASB ini hukumnya patuh syariah dan hukumnya diHARUSkan kerana darurat ekonomi orang islam 2. Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Pahang Memutuskan bahawa pelaburan ini tidak patuh syariah dan hukumnya HARAM kerana pelaburan yang bercampur dengan perniagaan riba dan unsur tidak pasti. 3. Majlis Fatwa Negeri Kelantan memutuskan bahawa pelaburan ASB adalah Halal kerana membantu mengukuhkan ekonomi orang islam dan darurat ekonomi islam. Oleh yang Demikian.... Banyak khilaf ulam...

Makan Malam di Bandar Taiping

Image
TAIPING, UTARA PERAK.... Ketika perut terasa lapar untuk mentelaah makanan.... Teringat medan selera sarkas berdekatan balai bomba Bandar Taiping... Pekena pulak makanan ni... Dengan nasi putih KARI AYAM PERU Air order ni je...... Jus Epal Layer Memang best la.... Ada juga Menu lain seperti Sup itik, Sup Ayam Kampung, Kari Ayam Kampung... Boleh la Disarankan pada orang untuk menjamu selera di sini pada waktu makan Malam... Harga Bergantung pada order... Yang Kari ayam peru ni... RM 18... tapi rasa nak pecah perut...punya banyak...siap ken bungkus lagi... boleh order yang kecik2 je.. Air Rm3.50... Lokasinya di Medan Selera Sarkas (Belakang Balai Bomba Taiping) Gerai NO.1 dari arah Taman Tasik Taiping... Bukan Dari arah Taiping Mall... 17/12/2015, Utara Perak  Gerai Char Kue Tiow Berdekatan Masjid Melayu Bandar Taiping (Masjid Lama), Sebelah Wakaf Pasar Tani Taiping. Char Kue Tiow  Aku memang peminat kue tiow, jadi gerai...