Posts

Ibrah Transformasi Diri (Hijrah)

بسم الله الرحمن الرحيم 11.50am - Tapah Ceramah Transformasi Diri. Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Penulis Buku Travelog Haji. Ketika ceramah beliau : Adakah kita ini berdosa? Tanya beliau, maka hadirin semua menjawab "BERDOSA" Jawab beliau, "Benar" lalu beliau membacakan hadis "Dari Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda, setiap anak adam itu berdosa KECUALI yang berTAUBAT" - Al-Hadis. Tiba - tiba, penceramah mendekati ku, lalu menyentuh bahu ku sambil berkata "Tuan, ada dosa?" Aku menjawab "ada". Kemudian dia lanjutkan "apa dosa tuan, cuba cerita". Berderau darah dari kepala ke seluruh tubuh ku, sejuk jari - jari ku, berpeluh dahi dan tangan ku. Jantung berdegup laju. Penceramaah kemudian senyum dan berlalu dari ku. Ku terbayang, sekiranya persoalan itu ditujukan kepadaku ketika di Mahsyar, di hadapan Allah SWT. Apakah jawapan ku? Mampukah aku menjawab? Ku teringat Fi...

Doa Pertemuan dan Perpisahan

Image
Doa Para Ulama...

Hentikan Sifat Perkauman

Pada pandangan saya, sebaiknya kita buang sifat perkauman dalam hati kita kerana Allah telah menCIPTAkan kita terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum untuk kita saling mengenali, menghormati sesama sendiri. Allah berfirman : 22. Dan di antara tanda-tanda (kekuasaan)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu Sungguh, pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang mengetahui Surah Ar Rum ayat 22   Jika kita sentiasa menerbitkan rasa perkauman atau permusuhan, maka, kita termasuk di dalam orang yang melakukan DOSA BESAR. Allah telah memberi AMARAN kepada golongan ini melalui firmanNya 31. Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta laksanakanlah solat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah. 32 . yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan (Puak) . Setiap golongan(puak) merasa bangga dengan apa ya...

Amalan Ahli Korban sebelum Haiwan korban di sembelih

Soalan: Saya pernah mendengar, ada yang mengatakan bahawa terdapat hadith yang menganjurkan bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban agar tidak memotong kuku dan juga rambutnya apabila tiba sahaja 1 Zulhijjah. Sejauh manakah kebenaran anjuran ini? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:  مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَ...

Fakta dan Auta PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun ?

Image
PLUS kenakan DENDA jika pengguna lepak melebihi 1.5jam di RNR Gurun Dari fb Damar Wulan Bahaya menggunakan lebuhraya PLUS Gurun Pendang sekarang. Aku di denda 9.40 sen dan bayaran Tol sepatutnya 3.00.RM 9.40 sen adalah cas tambahan dikenakan sekarang jika dok lama melebihi 1.5 jam di RNR.(Rehat dan rawat) Gila ka apa ni..x boleh duduk lama di RNR..sampai di Tol pendang waktu nak bayar Tol kena denda..mmg sial.. Alasan Pihak PLUS mengesyaki jika duduk lama di RNR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya...ha...penipuan  haramjadah apa ni dari pengguna PLUS. Aku menghubungi 1800 88 00 00 dia pon x dapat memberikan jawapan pasti..persoalannya kenapa tidak diletakkan papan tanda di RNR gurun (TIDAK DIBENARKAN BEREHAT MELEBIHI 1.5 JAM) PLUS membuat undang undang ikut suka. 9.40 Sen adalah denda yang dikenakan. Fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=597138140470830&id=100005239478727 Post dan gambar di atas diambil dari...

Adab mesyuarat

ADAB BERMESYUARAT 1.       Mendengar Pandangan Orang Lain serta Bersangka Baik 2.       Menerima keputusan secara terbuka tanpa kritikan. 3.       Jika tidak bersetuju, ajukan hujah secara baik dan BERHEMAH. 4.       Jika keputusan telah dibuat selepas hujah diberi, BERLAPANG DADA dengan keputusan kerana apa yang kita mahu tidak semestinya baik untuk mesyuarat tersebut. 5.       Setiap orang punya pendapat masing – masing dan punyai MASA SEMPIT (SUSAH) berdasarkan keadaan. Maka, bertolak ansur adalah terbaik. 6.       Hindarkan perasaan dengki serta negatif yang boleh merosakkan suasana serta menimbulkan permusuhan. 7. Mungkin pendapat kita sekarang terpaksa ditolak orang lain kerana kemaslahatan mereka, Padahal, mungkin hari esok atau akan datang, orang lain terpaksa kita tolak pendapatnya ...

Ciri orang beriman yang berjaya

١. قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ٢. الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ٣. وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ٤. وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ٥. وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ٦. إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ٧. فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ٨. وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ٩. وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ١٠. أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ١١. الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ 1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman   2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;   3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;   4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);   5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - ...