Posts

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Image
​ Saya perkenalkan kitab yang digunakan terlebih dahulu.. Kitab yang digunakan adalah tafsir mini surah Ad - Dhuha karangan Ummu Ammar Amir dan Abu Ammar Romlie.. Kitab ini dibukukan khas untuk surah Ad Dhuha sahaja.. ​​ Dan rujukannya adalah dari tafsir karangan imam Ibn Katsir  Perkara pertama yang Dikongsikan malam ini ialah berkenaan Asbabun Nuzul  Iaitu, Sebab turunnya surah Ad - Dhuha.. Ketika di Mekah,  Rasulullah SAW pernah berasa teramat sedih. Kenapa?  Kerana Malaikat Jibrail as telah lama tidak datang menemui Rasulullah SAW..  Rasulullah SAW berasa amat risau mengapakah keadaan ini berlaku..  Sedangkan pada kebiasaannya, hampir setiap hari malaikat Jibrail as akan datang membawa ayat - ayat wahyu dari Allah SWT.  Memikirkan hal ini dalam keadaan yang amat sedih, menyebabkan Rasulullah SAW jatuh sakit..  Sakitnya Rasulullah SAW sehingga tidak mampu berdiri untuk menunaikan solat s...

Perkembangan Dakyah Gereja Di Tanah Melayu.

Perkembangan Dakyah Gereja Di Tanah Melayu. Tahukah Anda? Serangan ke atas Kota Melaka oleh Portugis adalah sebagai membalas dendam perang salib mereka - (... The last of the Crusades, an effort to attack Islam in flank and rear..) - Joseph H. Haines, ibid., hal. 59. Dendam ini turut memuatkan kisah penangkapan pejuang melayu yang menentang portugis dengan merantai mereka sambil dipaksa untuk : 1. Memecahkan kubur Sultan. 2. Memecahkan Masjid - masjid. Untuk diambil batu batanya bagi mendirikan kota A Farmosa yang kita banggakan??? Mereka juga dipaksa untuk membina gereja. Dilaporkan oleh Raja Manuel kepada Pope Leo X (pada 6 Jun 1513, Palang Salib telah menang ke atas Bulan Sabit di Kota Melaka) - ibid., hal. 60. Tulisan A. KARIM OMAR Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Malaysia. Dari Nota Pemikiran Islam Masa Kini,  Tajuk : Kristianisasi dan dakyah halus yang menyerap Ummat.  ​​  Susunan Timbalan Mufti Perak. ...

Menuju Jambatan Allah : Iktidal

​ ​​ Bacaan iktidal. Selesai rukuk, kita akan berdiri tegak semula. Gerakan iktidal ini seiring dengan bacaan zikir memuji Allah SWT. سمع الله لمن حمده. Sami Allahu Liman Hamidah. Allah mendengar sesiapa yang memujiNya. Kemudian, sunat digandakan dengan bacaan ربنا ولك الحمد. Ya Tuhan kami, dan segala pujian untuk yang Maha Terpuji.  Sanjungan ini secara pelbagai adalah untuk Allah. Dan Allah itu Maha mendengar. Alangkah janggal jika pujian itu hanya dibir kita sahaja tanpa lahir dari hati. Hati kita lalai ketika memuji. Dan tiada kesungguhan. Kerana Solat kita dilaksanakan untuk dipersembahkan kepada Allah.  Intisari pujian ini adalah dari hati kita yang benar2 ikhlas buat Allah. Melafazkan pujian yang singkat namun padat. Ungkapan indah ini adalah tanda Ubudiyyah (penghambaan) diri kita dengan sesungguh hati.  Jika ditambah dengan bacaan lain seperti 1. ربنا ولك الحمد كثرا طيبا مباركا فيه. Rabba...

Menuju Jambatan Allah : Rukuk

​  Bacaan dalam rukuk. Bacaan di dalam rukuk merupakan bacaan yang disunatkan sahaja. Dan ungkapan ini lebih kepada zikir dan tasbih. Boleh juga dibaca doa tertentu.  Contoh bacaan 1. سبحان ربي العظيم Subhana Rabbial 'Azimi. Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung HR Muslim. 2. سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفرلي.. Subhanaka Allahumma Rabbana Wabihamdika Allahummaghfirli. Maha suci Engkau ya Allah ya Tuhan Kami dan aku memujiMu, Ya Allah, ampunilah aku. HR Bukhari dan Muslim. 3. سبح قدوس رب الملائكة والروح. Subbuhu quddusu Rabbul Malaikati Warruh. Ya Allah, Engkau Maha Suci, Maha Qudus, Engkaulah Tuhan Malaikat dan Roh. HR Muslim 4. سبحان ذي الجبروت والملكوت والكبر ياء والعظمة. Subhana zil Jabarut wal malakut wal kibri yaai wal azamah.  Maha suci Engkau yang memiliki kuasa Mutlak, kerajaan yang luas dan memiliki kebesaran dan keagungan. HR Abu Daud, At-Tirmizi dan An Nasaie. 5. اللهم لك ر...

Menuju Jambatan Allah : Ringkasan Al Fatihah

Image
​ Setelah kita selesai membaca doa pembuka (iftitah), kita akan memulakan rukun qauli yang kedua selepas takbir.. Iaitu Bacaan Al Fatihah..  Membaca ayat-ayat di dalamnya dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi akan menusuki hati kita. Tambahan pula, memahaminya dengan sebenar-benar keimanan.. Al Fatihah merupakan induk Al - Quran.. Merangkul keseluruhan Al Quran.. Setiap satu dari tujuh ayatnya mengandungi persoalan agama yang besar. Ia pendek dan padat. Sarat dengan keseluruhan isi Al Quran.. Bagi mereka yang mahu memahami.. Oleh itu, Allah SWT telah memilih Al Fatihah sebagai kewajipan di dalam solat.  Al Fatihah secara ringkas.. 1. بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hakikat yang tidak dapat kita pisahkan daripada kehidupan kita kepada Allah. Allah menjadi sumber kekuatan dan penciptaan. Maka Allah berhak ke atas kita sepenuhnya. Kita membangkitkan perasan...