Menuju Jambatan Allah : Rukuk

 Bacaan dalam rukuk.

Bacaan di dalam rukuk merupakan bacaan yang disunatkan sahaja.

Dan ungkapan ini lebih kepada zikir dan tasbih.

Boleh juga dibaca doa tertentu.
 Contoh bacaan

1. سبحان ربي العظيم

Subhana Rabbial 'Azimi.

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung

HR Muslim.

2. سبحانك اللهم ربنا وبحمدك اللهم اغفرلي..

Subhanaka Allahumma Rabbana Wabihamdika Allahummaghfirli.

Maha suci Engkau ya Allah ya Tuhan Kami dan aku memujiMu, Ya Allah, ampunilah aku.

HR Bukhari dan Muslim.


3. سبح قدوس رب الملائكة والروح.

Subbuhu quddusu Rabbul Malaikati Warruh.

Ya Allah, Engkau Maha Suci, Maha Qudus, Engkaulah Tuhan Malaikat dan Roh.

HR Muslim

4. سبحان ذي الجبروت والملكوت والكبر ياء والعظمة.
Subhana zil Jabarut wal malakut wal kibri yaai wal azamah. 


Maha suci Engkau yang memiliki kuasa Mutlak, kerajaan yang luas dan memiliki kebesaran dan keagungan.

HR Abu Daud, At-Tirmizi dan An Nasaie.

5. اللهم لك ركعت، وبك ءامنت، ولك أسلمت، أنت ربيخشع سمعي وبصري ومخي، و عظمي وعصبي، وما استقلت به قدمي لله رب المين.

Allahumma laka raka'tu, wa bika amantu, wa laka aslamtu, anta rabbi khsyaa' samie, wa basari, wa mukhyi, wa azhmi wa asabiy, wa maastaqaltu bihi, qadamillahi Rabbil alamin.

Ya Allah, Ya Tuhanku, kepada Mu aku rukuk, kepada Mu aku beriman, kepadamu aku berserah. Sesungguhnya, telinga dan mataku, otak dan tulang ku, urat sarafku dan seluruh anggota yang menegakkan kakiku adalah tunduk kepada Allah pemelihara semesta Alam.
 Rukuk adalah penghormatan kepada Allah.

Tasbihnya adalah sunat dibaca ketika rukuk.​​

Allah pelihara dirinya daripada sifat - sifat Allah.

Kita bertasbih supaya membersihkan diri kita dari kesyirikan, sangkaan, gambaran dan khayalan.

Zikir ini sangat indah
Ungkapan orang yang melakukan zikir dan tasbih ini adalah untuk merasai keagungan Allah.

 kepatuhan dan ketaatan ketika susah atau senang.
 Maka, merasainya mampu melembutkan hati.

Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?