Menuju Jambatan Allah : Doa Iftitah

 Selepas dua azan dikumandangkan

1. Azan
2. Iqamah

Iaitu 2 seruan mengajak kita mendirikan solat.

Bermakna kita telah bersedia untuk memasuki pintu solat.
 Kita berdiri tegak (qiam) menetapkan niat untuk bersolat.

Lalu kita mengangkat tangan dan bertakbir..

Maka..

Takbir membesarkan Allah SWT itu telah memindahkan kita dari alam nyata ke alam menghadap Allah SWT..

Allah berada di hadapan kita.

Dialah yang wajib kita taati, wajib disembah daripada segala makhluk yang fana..
 Lafaz الله اكبر itu merupakan semboyan peringatan kepada kita bahawa kita ini kerdil..

Lemah..

Tidak memiliki apa2..

Allah yang telah memberi segalanya kepada kita..

Kecilnya kita dihadapan Allah yang Maha besar..
 Ketika membuka pintu solat dengan takbir..

Ketahuilah bahawa kita perlu memahami Rukun ketiga di dalam Islam iaitu Ehsan..

Sabda Rasulullah SAW :

انّ تعبد اللّه كأنك تراه،
فإن لم تكن تراه،
فإنه يراك،

Bermaksud
Sesungguhnya kamu menyembah Allah umpama kamu melihatNya,

Maka jika kamu tidak melihatNya,

Ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.
Selepas memasuki pintu solat..

Kita akan membaca doa pembukaan.

Ikrar para Muslimin dan Muslimat..
 الله أكبر كبيرا
Allahu akbar kabiraa.

Lafaz ini kembali mengagungkan Allah yang paling besar.. Maha Besar.. Bebas daripada kesyirikan..
 والحمد لله كثيرا
Walhamdulillahi kasiraa.

Lafaz memuji Allah yang sebanyak - banyaknya. Tanda kesyukuran kita atas segala limpah kurnia Allah kepada hambaNya. Nikmat terbesar buat kita adalah nikmat Islam.
 وسبحان الله بكرة و أصلا

Wa subhanallahi bukratau wa asilaa.

Lafaz menyucikan Allah setiap pagi dan petang. Kita membersihkan jiwa kita dengan menyucikan Allah kerana kadangkala kita bersangka buruk kepada Allah.

Inilah lafaz mentaqdiskan Allah..

Daripada sifat syirik dan tasybih
 وجهت وجهي للذي فطر السمٰوات والأرض.

Wajjahtu wajhiyalillazi fatarassama wa ti wal ardh.

Lafaz kita memberitahu bahawa kita hadap wajah kita kepada Allah yang mencipta kita, langit dan bumi yang menjadi tempat kita bersujud.

Menumpukan sepenuh perhatian untuk berhubung dengan Allah SWT melalui solat ini.
 حنيفا
Hanifa

Kita melafaz ikrar bahawa kita hamba yang berada di jalan yang lurus..

Hamba yang beriman sebagaimana diperintahkan.

Hamba yang tegak di atas jalan Tauhid..

Hamba yang menolak agama selain Islam..
 مسلما
Muslima

Kita mengaku bahawa kita ini Orang Islam,.

Iaitu orang yang menyerahkan seluruh jiwa raga untuk Islam
 وما أنا من المشركين.
Wamaa ana minal musyrikin.

Dan aku bukan dari orang musyrik.

Iaitu kita bukan penyembah berhala.

Kita bukan penyembah harta.

Kita bukan penyembah darjat.

Kita bukan penyembah pangkat.
 إن صلاة و نسكي
Inna Solati wa nusuki

Sesungguhnya Solatku, ibadahku, gerak geriku, percakapanku, amalanku, musafirku

Segala - galanya kerana Allah..

Bukan sebab lain..

Allah..
 ومحياي ومماتي لله رب العالمين.

Wa mahyaya wa mamati lillahi rabbil alamin.

Hidup dan matiku kerana Tuhan sekalian alam..

Hidup kita kerana nak beribadah kepada Allah. Bertauhidkan Allah.

Mati kita juga kerana Allah. Mentauhidkan Allah.

Jangan kamu mati melainkan kamu benar - benar beriman..
 لاشريك له
Laa syarikalahu

Kita akui sedalam dalam hati bahawa Allah tidak boleh disyirikkan. Kita perlu membebaskan diri kita dari fantasi dunia.

Fikiran manusia itu banyaknya mengikut nafsu.

Maka kita segarkan kembali fikiran ini dengan membuang kesyirikan besar dan kecil.
 وبذلك أمرت
Wabizalika umirtu

Demikianlah aku diperintahkan.

Memperakui amalan ibadah kita ini bukan rekaan. Tetapi sebagaimana ya g telah diperintahkan..

Pendirian yang teguh dan ikhlas
 وانا من المسلمين..
Wa anaminal muslimin.

Kita mengaku bahawa kita selama - lamanya dari kalangan orang yang beriman.

Iaitu orang islam.

Sentiasa bersama jemaah Islam.
 Ikrar ini dibaca ketika membuka solat.

Sabda Nabi SAW ketika salah seorang sahabat membaca doa iftitah ini.

Baginda melihat langit terbuka luas..

Lebih 30000,malaikat datang berebut untuk membawa lafaz doa yang ikhlas ini naik ke lauh mahfuz untuk dicatat..
 Hebatnya doa iftitah ini. Menghayatinya akan menambahkan lagi keimanan.

Doakan yang sangat doanjurkan oleh Nabi SAW..

Ucapkan dengan penghayatan dan keikhlasan paling dalam..​​

الله...😭
Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?