Menuju Jambatan Allah : Ringkasan Al Fatihah
Setelah kita selesai membaca doa pembuka (iftitah),
kita akan memulakan rukun qauli yang kedua selepas takbir..
Iaitu
Bacaan Al Fatihah..
Membaca ayat-ayat di dalamnya dengan kefahaman dan kesedaran yang tinggi akan menusuki hati kita.
Tambahan pula, memahaminya dengan sebenar-benar keimanan..
Al Fatihah merupakan induk Al - Quran..
Merangkul keseluruhan Al Quran..
Setiap satu dari tujuh ayatnya mengandungi persoalan agama yang besar.
Ia pendek dan padat. Sarat dengan keseluruhan isi Al Quran.. Bagi mereka yang mahu memahami..
Oleh itu, Allah SWT telah memilih Al Fatihah sebagai kewajipan di dalam solat.
Al Fatihah secara ringkas..
1. بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Hakikat yang tidak dapat kita pisahkan daripada kehidupan kita kepada Allah.
Allah menjadi sumber kekuatan dan penciptaan.
Maka Allah berhak ke atas kita sepenuhnya.
Kita membangkitkan perasan terhutang budi dengan Kasih dan Sayang Allah dengan ayat di atas.
Inilah intisari dan jiwa solat kita.
Kita menyembah Allah yang telah memberi segalanya kepada kita.
Ar Rahman dan Ar Rahim ini yang paling menonjol di kalangan 99 nama Allah yang lain.
2. الحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Kalimah pujian ini kita sampaikan kepada Allah yang Maha Esa.
Kita mengucapkan kesyukuran atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.
Sekurang - kurang nikmat ialah kita diberi peluang bernyawa di bumi Allah.
Sebesar-besar nikmat adalah nikmat Hidayah Islam di dalam hati kita.
Di antara dua nikmat itu, banyak lebihan nikmat yang Allah kurniakan sama ada kita sedar mahupun tidak.
Ucapan yang kita ungkap setiap rakaat Solat kita adalah tanda kesyukuran kita.
Kerana kita tahu, kita akan kembali kepada Allah sama ada kita bersedia mahupun tidak.
Kita beriman ataupun kafir.
Kita taat atau engkar.
Ucapan ini juga adalah tanda tawaduk (rendah diri) kita di hadapan Allah.
Biarpun segalanya nampak seperti nikmat itu milik kita seorang di dunia..
Tetapi kita rendah hati mengakui bahawa nikmat itu datang atas kurniaan daripada kasih sayang Allah..
3. الرحمن الرحيم
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kita di dalam sedar atau tidak..
Kita memanggil Allah umpama kita memanggil Ibu dan Ayah kita..
Ya Rahman.. Ya Rahim..
Ampunilah dosa ku..
Hindarkanlah kesusahanku...
Buangkan penderitaan ku...
Selamatkanlah aku...
Sabarkanlah aku...
Tabahkan aku...
Ya Rahman... Ya Rahim..
Merintih hati sedalam - dalam rasa..
Merasai pelukan kasih dan sayang Allah kepada kita..
Umpama kasih sayang ibu bapa kita.. Malah berganda - ganda lebih lagi..
4. مالك يوم الدين
Yang memiliki hari pembalasan.
Ini bukti kewujudan akhirat. Tempat perhitungan kita yang terakhir.
Yang baik
Yang zalim
Yang taat
Yang engkar.
Semua di nilai dengan adil...
Hari itu tiada siapa yang berkuasa. Hanya Allah..
Tiada rasuah boleh diberi.
Tiada politik.
Segalanya ditangan Allah..
Dan ianya muktamad.
Sekecil - kecil dosa dan pahala akan dikira tanpa terlepas.
5. إياك نعبد وإياك نستعين.
Pada Mu kami meminta, Pada Mu kami mohon pertolongan.
Kita mengakui bahawa tiada lagi tempat kita bergantung.
Tiada lagi tempat berharap.
Selain Allah.
Seluruh hati kita perlu dipusatkan pada Allah yang Maha Esa.
Kita tidak lagi mengharap kepada makhluk.
Kita memyerah segalanya kepada Allah..
Kita berusaha dan berikhtiar.
Akhirnya, kita tawakkal kepada Allah.
6. اهدنا الصراط المستقيم.
Kurniakan kami petunjuk ke jalan yang lurus..
Ini kemuncak permohonan kita.
Memohon sebanyak mungkin hidayah (petunjuk) berkali - kali..
Agar kita sentiasa di dalam petunjuk Allah.
Kita akan di jaga oleh Allah dengan doa ini.
Kita sentiasa di dorong untuk beramal soleh.
Dan istiqamah melaksanakan perintah Allah..
Meninggalkan larangan Allah.
7. صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين.
Jalan orang yang Kau beri nikmat, bukan jalan orang yang Kau murkai, dan bukan jalan orang yang Kau telah sesatkan.
Kita memohon berada dijalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Allah beri nikmat (Islam)
Kita minta hindar dari jalan yang Allah Murka (Yahudi)
Kita minta hindar juga dari orang yang memilih jalan Sesat (Nasrani).
Nikmat Islam itu adalah jalan para Nabi dan Rasul.
Jalan yang bebas dari kesyirikan dan kemurkaan.
Jalan yang kita mohon akan membawa kita ke darjat yang tinggi di sisi Allah..
Siapa yang tidak mahu berjiran dengan Rasulullah SAW di Syurga Allah?
Pastinya kita mahu
Selesai membaca Al Fatihah, kita akan membaca آمين...
Ia bermaksud kabulkanlah..
Kita puji Allah dari awal..
Wahai Tuhanku.. Ku sebut dengan nama Mu yang Maha Pengasih dan Penyayang..
Segala pujian buatMu Tuhan Semesta Alam.
Tuhan yang Maha Pengasih Dan Penyayang..
Tuhan Yang memiliki Kerajaan dan berkuasa di hari pembalasan.
Ya Tuhan kami, kepada Mu kami meminta. Dan kepada Mu kami mohon pertolongan.
Kami mohon supaya Kau tunjuki jalan yang Benar (Islam)
Kami mohon Kau tunjuki jalan Para Nabi, Jalan Para Siddiqin, Jalan Para Syuhada dan Jalan Para Solehin.
Kami mohon hindari dari Jalan orang yang Kau Murkai dan Yang Telah Sesat..
Kabulkanlah Ya Allah..
Inilah permohonan kita setiap rakaat...
Doa yang tidak putus putus..
Bagi sesiapa yang tidak meninggalkan solat.
Maka, dia akan terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar..
Bagi yang meninggalkan solat, doa ini tidak akan sampai kepada Allah.
Maka, dia akan terus berada dalam gelumang dosa.
والعياذ بالله..
Ucapan amin ini adalah sunnah Rasulullah SAW..
Dalam hadis baginda
Daripada Aisyah RAA, Rasulullah SAW bersabda, tiada
yang paling didengki oleh orang Yahudi seperti dengkinya mereka kepada
ucapan "Salam" dan "Amin" di belakang imam.
Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah.
Hadis ini Marfu' daripada Aisyah
Status Hadis Hassan
Kelebihan menyebut amin ini disebut di dalam hadis Rasulullah SAW
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda "
apabila imam mengucapkan Amin, hendaklah kamu ikut serta menyebut amin
kerana sesiapa yang mengucapkan serentak dengan ucapan amin para
Malaikat, akan diampunkan dosanya yang lalu (dosa kecil).
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Status Hadis Hassan Sahih.
Inilah kepentingan Al Fatihah dan sebutan amin di hujungnya.
Ia membayangkan hasrat kita untuk mendapat hidayah Allah SWT.
Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.
Comments
Post a Comment