Menuju Jambatan Allah : Iktidal
Bacaan iktidal.
Selesai rukuk, kita akan berdiri tegak semula.
Gerakan iktidal ini seiring dengan bacaan zikir memuji Allah SWT.
سمع الله لمن حمده.
Sami Allahu Liman Hamidah.
Allah mendengar sesiapa yang memujiNya.
Kemudian, sunat digandakan dengan bacaan
ربنا ولك الحمد.
Ya Tuhan kami, dan segala pujian untuk yang Maha Terpuji.
Sanjungan ini secara pelbagai adalah untuk Allah.
Dan Allah itu Maha mendengar.
Alangkah janggal jika pujian itu hanya dibir kita sahaja tanpa lahir dari hati.
Hati kita lalai ketika memuji. Dan tiada kesungguhan.
Kerana Solat kita dilaksanakan untuk dipersembahkan kepada Allah.
Intisari pujian ini adalah dari hati kita yang benar2 ikhlas buat Allah.
Melafazkan pujian yang singkat namun padat.
Ungkapan indah ini adalah tanda Ubudiyyah (penghambaan) diri kita dengan sesungguh hati.
Jika ditambah dengan bacaan lain seperti
1. ربنا ولك الحمد كثرا طيبا مباركا فيه.
Rabbana walakal hamdan kasiran tayyiban mubarakan fihi.
Ya Tuhanku, segala pujian yang sangat untuk yang Maha Terpuji, segala kebaikan dan segala keberkatan di dalam nya.
2. ربنا ولك الحمد ملء السموات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد.
Rabbana walakal hamdu mil assamawati wamil ardhi wamil amaashikta min shay inn ba'da.
Ya Tuhan kami, kepada Mu pujian sepenuh semesta langit dan seluruh bumi dan sepenuh apa sahaja daripada yang selepas nya.
Keindahan solat bukan pada rakaatnya perbuatan.
Tetapi pengertian ungkapan dari hati buat yang Maha Pencipta.
Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.
Kitab yang akan digunakan adalah tulisan Tuan Haji Yusoff Zaky Yacob bertajuk Menuju Jambatan Allah.
Comments
Post a Comment