Posts

Showing posts from 2015

Membaiki Pam Klas / Clutch Pam Perdana V6

Wilayah Tengah , 0730hr..Semenanjung Malaysia Se-awal pagi aku bertolak menuju ke Pinggiran Shah Alam menuju ke sebuah destinasi untuk menjalankan tugas sebagai mudim. Setibanya di sebuah perkampungan di tengah perjalanan menuju ke sana, Klas/ Clutch Pedal kereta Perdana V6 aku tiba - tiba menjadi ringan seperti tiada apa - apa yang di tolak. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang takdirNya ketika itu, Tidak banyak kenderaan dan kelajuan tidak tinggi lalu aku terus memperlahankan kenderaan aku serta merta menuju ke ruang tepi jalan untuk di berhentikan. Aku terus menukar gear ke Neutral, mujur boleh di tukar dan terus mematikan enji, lalu ku periksa pada pedal Klas/ Clutch kereta. Tiada kebocoran. Lalu ku terus membuka Bonet hadapan kereta dan memeriksa pam Klas/Clutch kereta. Tiada kebocoran atau ketidaknormalan.. Jangkaan aku, memang Pam Klas/ Clutch kereta ada masalah. Terus aku meminta bantuan adik aku dan membawa ke bengkel berdekatan untuk di periksa. ...

Cara Blocked/Sekat Panggilan dari Private Number/Unknown Number

Image
Pasti anda akan rasa terganggu jika telefon anda menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali atau private number atau unknown number. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tatacara untuk blocked/ sekat panggilan seperti ini bagi telefon Asus Zen 5 : 1. tekan apps phone di home screen anda. 2. tekan butang sebelah kanan atas (gambar shield / perisai) 3. selepas tekan, di bawah shield ini ada butang gambar titik bertindih 3 menegak dan tekan butang tersebut. 4. pilih settings / tetapan 5. pilih mode blocked/sekatan anda 6. Tanda pada blocked private calls / sekat panggilan private. 7. Selesai.... Untuk Telefon Android... 1. Tekan apps phone di home screen 2. tekan call logs 3. tekan button (recent apps key) kebiasaannya butang ini bertentangan dengan butang undo/back dan bersebelahan dengan butang menu/home 4. icon sebelah bawah akan terpapar,pilih call setting atau tetapan panggilan 5. tekan auto reject calls. 6. Pilih blocked unknowns calls. 7. Selesai....

Cara Batal pinjaman ASB CIMB

PERNAH Aku pernah buat pinjaman pelaburan untuk ASB di CIMB.. bermula tahun 2010 - 2015.. Kenapa aku berhenti? Sebab aku pernah dengar dan baca banyak artikel agama pasal saham ASB ni.. Sebagai seorang Muslim, Halal dan Haram pasti akan menjadi sebatian hidup kita. Maka mencari yang halal itu fardhu. Oleh yang demikian, aku telah membuat research sedikit tentang Halal dan Haramnya pelaburan dalam ASB ini. Antara jawapan yang aku perolehi : 1. Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pelaburan ASB ini hukumnya patuh syariah dan hukumnya diHARUSkan kerana darurat ekonomi orang islam 2. Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Pahang Memutuskan bahawa pelaburan ini tidak patuh syariah dan hukumnya HARAM kerana pelaburan yang bercampur dengan perniagaan riba dan unsur tidak pasti. 3. Majlis Fatwa Negeri Kelantan memutuskan bahawa pelaburan ASB adalah Halal kerana membantu mengukuhkan ekonomi orang islam dan darurat ekonomi islam. Oleh yang Demikian.... Banyak khilaf ulam...

Makan Malam di Bandar Taiping

Image
TAIPING, UTARA PERAK.... Ketika perut terasa lapar untuk mentelaah makanan.... Teringat medan selera sarkas berdekatan balai bomba Bandar Taiping... Pekena pulak makanan ni... Dengan nasi putih KARI AYAM PERU Air order ni je...... Jus Epal Layer Memang best la.... Ada juga Menu lain seperti Sup itik, Sup Ayam Kampung, Kari Ayam Kampung... Boleh la Disarankan pada orang untuk menjamu selera di sini pada waktu makan Malam... Harga Bergantung pada order... Yang Kari ayam peru ni... RM 18... tapi rasa nak pecah perut...punya banyak...siap ken bungkus lagi... boleh order yang kecik2 je.. Air Rm3.50... Lokasinya di Medan Selera Sarkas (Belakang Balai Bomba Taiping) Gerai NO.1 dari arah Taman Tasik Taiping... Bukan Dari arah Taiping Mall... 17/12/2015, Utara Perak  Gerai Char Kue Tiow Berdekatan Masjid Melayu Bandar Taiping (Masjid Lama), Sebelah Wakaf Pasar Tani Taiping. Char Kue Tiow  Aku memang peminat kue tiow, jadi gerai...

Penipu Homestay (scammer)

Saya sendiri telah tertipu dgn scammer ni...sila berhati2 jika hendak sewa homestay...pastikan anda periksa terlebih dahulu homestay kerana penipuan homestay berlaku walaupun kes terpencil...elak dari berurusan dgn individu yang menggunakan nombor telefon 01123137179, 0195788310, 0108837843,0103942193, 01133173148, 0175810847 bernama Affandi Shahabuddin , akaun maybank 159012694908, akaun cimb 09020110609525..individu ini sgt aktif menipu dgn bisnes homestaynya... Maklumat terkini dari pembaca entry ni..23/11/2015 " Untuk yang dah ditipu... ni nombor telefon rumah Affandi Shahabuddin.  04-9775471 dan ni almt rumah Lot 69, Jln Sg Repoh, 01000 Kangar, Perlis.  Jumpa di facebook , mungkin dah jadi sesuatu kt dia yg buat dia menyesal." Penipuan online homestay booking lain.. (Copy dari scammer.blogspot) Ramai yg dah tertipu termasuk sy..berhati2 semua..  Pengajaran buat sy dan semua.. Sila berhati..kalu ade sesape yg tahu marilah same2 cri pen...

Adakah florida berbahaya?

Adakah Fluoride/Florida Berbahaya? Mari Membaca Dakwaan 1 :Fluoride penyebab kanser Jawapan : Menurut Institut Penyelidikan Negara, (oktober 2011) kajian yang dilakukan ke atas nilai tetap kandungan fluorida di dalam tulang menunjukkan bahawa  kanser tiada kaitan langsung dengan fluoride. Selin itu, berdasarkan kajian Jabatan AlamSekitar berkaitan kesihatan, tiada bukti menyatakan bahawa fluoride menjadi bahan penyebab kanser. Dakwaan 2 : Fluorida merbahaya kerana menjadi penyebab Fluorosis Jawapan : Fluorosis adalah keadaan kerosakan gigi yang meninggalkan kesan tompokan putih dan seterusnya menyebabkan gigi mereput. Ia tidak sakit dan ia tidak menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Ia adalah akibat daripada penyerapan flourida yang tinggi pada gigi dan gusi, Ini kerana, ubat gigi mengandungi kadar kepekatan fluorida yang lebih tinggi daripada air. Ia banyak berlaku pada kanak - kanak yang sedang membesar kerana penyerapan tinggi berlaku pada umur kanak -...

Musim Haji dan Cabarannya untuk tahun 2015

Image
Musim Haji Kembali oleh  Maryn McKenna Kali terakhir diperiksa, penyakit MERS—Middle East Respiratory Syndrome, adalah disebabkan oleh virus yang berkait dengan  worldwide SARS epidemic pada tahun  2003. Ia telah berada dalam Negara Amerika selama 3 tahun, Namun begitu, ia mencetus era kelam kabut dunia apabila terjadinya outbreak di Korea. Walaubagaimanapun, MERS tiada di Korea sejak bulan July. Secara mengejut, virus ini terus menyerang negara pertama ia bermula iaitu Arab Saudi. Perlu diambil perhatian, kerana dalam hanya tempoh sebulan, Arab Saudi akan menjadi kawasan ibadah paling ramai di dunia buat orang islam iaitu HAJI. Ketika awal kejadian MERS , terdapat kritika antarabangsa (sebahagiannya ditulis oleh saya ) bahawa kerajaan terbabit tidak telus tentang maklumat jangkitan virus tersebut. Akibatnya. Kementerian Kesihatan Saudi terus membuat laporan secara online hampir setiap hari tentang  setiap kes MERS.  Permulaan Jun, segala...

15 Makanan yang membantu meningkatkan prestasi seks lelaki

Image
Ditulis oleh Dana Santos     Sebelum membeli belah, mungkin anda patut membeli kesemua atau sebahagian dari 15 makanan ini yang membantu menambah kehebatan anda di ranjang. Ganti viagra dengan makanan ini! Viagra mungkin melonjak tahap seksual anda ke tahap maksimum. Namun, selain harga yang mahal, ia mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, loya, ketidakhadaman dan kemerahan pada kulit. Sebelum menggunakan ubat - ubatan untuk meningkatkan prestasi anda, mengapa anda tidak mencuba makanan semulajadi sedia ada? 15 Makanan yang dapat meningkatkan potensi seks anda : 1. Susu Segar Susu suam menenangkan anda dan dapat membantu anda tidur lena. Untuk tenang tetapi berjaga, resepi tradisional dari india menambah lada hitam dan serbuk kacang almond untuk membantu anda berjaga malam untuk mengadakan seks. Hakikatnya , resepi susu ini secara tradisinya diberikan kepada pengantin pada malam pertama. Ia juga dijadikan sebagai fo...

BAGAIMANA CARA UNTUK HAMIL JIKA KITARAN HAID TIDAK TERATUR

Image
Oleh  Minoli Almeida   Merancang untuk Hamil, tetapi hadapi masalah kitaran Haid? Baca apa kata Pakar : S: Punca Kitaran Haid Tidak Tetap? J: Akibat daripada kekerapan haid yang berkurangan,  Haid tidak teratur boleh diertikan pendarahan ketika pertengahan haid (inter-menstrual bleeding) atau kitaran yang berpanjangan (prolonged cycle). Dengan senario seperti ini, Penilaian Perubatan yang teliti amat diperlukan untuk mendiagnos dan merawat situasi ini.  Fibroids mungkin menjadi salah satu punca Ketidakaturan Haid. Ketidakaturan Haid disebabkan oleh : Kehadiran polyps atau fibroids di dalam sistem reproduktif (peranakan) wanita. Ketidakseimbangan hormon tertentu pada wanita juga menjadi salah satu punca ini. Ia adalah disebabkan keadaan seperti  polycystic ovarian syndrome (PCOS). Penyakit Kronik seperti diabetes (Kencing Manis) atau kegagalan  ginjal (Renal Failure) Jarang berlaku haid seringkali menjadi tanda kepada ganggua...

10 Fungsi Penting Placenta (Uri) Semasa Kehamilan

Pendahuluan Placenta adalah organ yang sangat berguna ketika kehamilan, ia memainkan peranan yang sangat penting ketika kehamilan untuk menjamin kesihatan dan kelangsungan bayi anda di dalam rahim. Ia akan lahir seketika lewat selepas bayi anda dilahirkan. Mengapa Placenta ini Penting? Fungsi utama placenta adalah membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk bayi di dalam kandungan. kebiasaannya berat placenta ialah 1:6 dari bayi. Ia tiada sel sel saraf. dan ia juga bukan dikawal oleh sistem saraf tunjang mahupun otak anda.Setiap minit ketika kehamilan, lebih kurang 550 milliliters darah dipam ke uterus (rahim) untuk menukar nutrien pada placenta untuk bayi anda. 10 Fungsi Penting Placenta (Uri) Semasa Kehamilan: Placenta (Uri) memberikan peranan yang cukup penting sepanjang trimester kehamilan bagi memastikan kelahiran yang selamat.  Antara Fungsi Placenta ialah: 1. Fungsi utama placenta ialah membekal nutrisi yang mencukupi kepada bayi. Sebelum da...

Katakan tidak pada BULI : 8 cara menjaga anak dari BULI

BULI Sinonim dengan penderaan.. mari kita katakan tidak kepada buli dengan cara mendidik anak - anak kita cara pencegahannya... 1. Bina keyakinan dan jati diri anak anda. 2. Galakkan anak anda untuk berkawan 3. Kekalkan hubungan rapat dengan anak. 4. Pantau perubahan sikap anak anda 5. Bina hubungan rapat dengan cikgu anak anda 6. Ajar anak cara menangani buli dan cara mengelaknya 7. Ajar anak anda untuk menghalang pembuli membuli orang lain. 8. Akhirnya, ajar anak anda supaya tidak menjadi pembuli. Sumber : asianparenting.com

"MAAF Kosong - Kosong"

Bermaafan, fahami istilah 'kosong-kosong' - Mufti SYAMSIAH SAHAT | 15 Julai 2015. KUALA LUMPUR:  "Minta maaf, kita kosong kosong ya." Ayat ini biasa kita dengar atau luahkan apabila bermaaf-maafan pada hari lebaran.    Namun dengan hanya meluahkan ayat ini adakah kita mendalami makna 'kosong-kosong' itu?    Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, istilah 'kosong-kosong' mungkin merupakan istilah santai orang zaman sekarang, namun istilah berkenaaan harus diterjemah dengan hati yang ikhlas melambangkan betapa kita telah memaafkan segala kesalahan seseorang tanpa meninggalkan sedikit parut pun dalam hati kita.    "Di dalam Al-Quran dalam beberapa ayat ada disebut mengenai maaf iaitu disebut 'faafu wasfahu', makna "faafu" - 'hendaklah kamu maafkan' manakala 'wasfahu' - 'buka lembaran baharu umpama sehelai muka surat kosong'.    "Ini bermakna bila kamu bermaafan deng...

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Image
PENDAHULUAN Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di  artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin  sebelum ini.   Iaitu  :- رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال  بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ  ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM   Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nam...