Posts

Showing posts from June, 2016

Nama pejuang Badar Al Kubra - 2 Hijrah

Satu lagi peristiwa besar yang terjadi dalam agama Islam pada 17 Ramadhan adalah peristiwa *Perang Badar*. Ia terjadi pada *17 Ramadhan, tahun Kedua Hijrah* di Hijaz. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang (82 Muhajirin dan 231 Ansari),  Maksud Golongan Muhajirin ialah: Pengikut Rasulullah s.a.w yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Maksud Golongan Ansar ialah: Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam terdiri dari kaum Aus & Khazraj. (mereka membantu perjuangan Rasulullah di Madinah). Dari Surah *At-Taubah, ayat 100 ...*  "Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari golongan "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama...

Peperangan Bulan Ramadhan dan Syawal di Zaman Rasulullah SAW

2 Siri Peperangan Umat Islam di zaman Rasulullah   Diantara pengajaran yang dapat kita ambil kearah penjanaan ukhuwwah islamiyyah adalah yang terselit pada setiap ‘Ghazwah’ dan ‘Sariyyah’. Ghazwah adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW, sedangkan Sariyyah adalah peperangan yang dipimpin oleh sahabat Beliau yang bermaksud bahawa Rasulullah SAW tidak turut bersama dimedan pertempuran. Al-Qur’an merakamkan beberapa peperangan yang mengandung hikmah dan ibrah bagi manusia. sebagai wadah dalam melayari kehidupan dan pertimbangan dalam mengambil apa jua tindakan. Malangnya sejarah peperangan Rasulullah SAW dan pengajaran yang terselit padanya tidak dimasukkan dalam kurikulum pengajian Islam sehingga ramai diantara kita tidak pernah tahu akan intipati dan pengajaran daripada peristiwa tersebut yang pastinya dapat diguna-pakai sebagai panduan. Jika ditinjau dari intipati setiap peperangan yang berlaku dalam sejarah islam..ianya lebih mencerminkan pengajara...

Pemerintahan Imam Al Mahdi - petanda kiamat episod 16

Image
1. Sebaik sahaja dibai'ah dan dinobatkan sebagai pemimpin umat islam, apakah antara tugas yang pertama dilakukan oleh Muhammad Bin Abdullah Mahdi?   Munculnya imam Al Mahdi adalah ketentuan Allah swt. Bukan ketentuan dan kemahuan dari manusia. Bukan juga dirancang oleh manusia. Kita berdalilkan Hadith Nabi SAW berdasarkan seorang ulama yang mengumpul sebanyak 36 buah kitab yang membicarakan tentang Al Mahdi. Serta 26 orang sahabat Nabi SAW yang membicarakan tentang Al Mahdi. Apabila Al Mahdi muncul, ia membawa kepada nilai kebaikan sejagat terutama pada dunia akhir zaman yang kita lalui ini. Al Mahdi muncul sebagai tanda kiamat bakal berlaku dan membangunkan sistem dunia ketika itu. Imam Al Mahdi akan membangunkan 3 perkara iaitu: 1. Penyelamat umat sejagat iaitu pemerintah yang akan memerintah dan membela seluruh umat manusia termasuk islam dan bukan islam. 2. Menentang sebarang bentuk kezaliman dan penindasan di muka bumi sejak sekian lama termasuk kejay...

Resepi Inti Kebab Roti (11 Bahan)

Bahan - Bahan 1. Daging Kisar 200g 2. Bawang besar 1biji 3. Bawang putih 3ulas 4. Serbuk Lada Hitam setengah sudu teh (ikut selera) 5. Sos Cili (2 sudu Besar) 6. Mayonis (1 sudu besar) 7. Daun Bawang (3 Sudu Besar) 8. Garam (secukup rasa) 9. Minyak zaitun (3 sudu besar) 10. herba campuran (mixed herbs) setengah sudu teh 11. Tomato Cara Penyediaan. 1. Cincang Tomato, bawang putih, bawang besar dan daun bawang (guna chopper senang) 2. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi. 3. Selepas bawang naik bau dan layu (jangan sampai hangit, daging akan berubah rasa), masukkan daging cincang dan gaul rata hingga daging berubah warna kelabu. 4. Tabur serbuk lada hitam, herba campuran dan garam kemudian gaul rata dengan api yang paling besar. 5. Kecilkan api dan masukkan Tomato cincang,Daun Bawang cincang, sos cili, dan mayonis kemudian kacau rata sehingga likat dan berkilat. 6. Siap di hidang bersama apa - apa jenis roti. nota ...

Kemunculan Imam Al-Mahdi - petanda kiamat episod 15

Image
  1. Setelah kejatuhan zaman khalifah Uthmaniyyah, umat islam amat memerlukan pemimpin untuk membawa islam lebih baik dari hari ini, Apakah pemimpin yang di sebut2 di dalam Hadis benar2 akan menjadi kenyataan? Dalam sebuah perjuangan  agama ini, para ulama berbincang panjang, terutamanya apabila ia berkait dengan tanda2 kiamat besar. Antara perkara yang dibincangkan dalam kitab - kitab mereka adalah munculnya Imam Al-Mahdi Al-Muntazar. Dalam tradisi pengajian islam, kita dapati isu ini dibincangkan dalam bab akidah, iaitu dalam bab tanda - tanda kiamat, sebaris dengan perbincangan kemunculan Nabi Isa AS dan Dajjal. Dalam hal ini juga, terdapat hadis2 yang berkaitan, walaupun hadis ini tidak sesahih Imam Bukhari dan Muslim, tetapi isu ini diceritakan oleh Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi dan Imam An-Nasa'i. Seorang ulama dari Arab Saudi iaitu Syeikh Abdul Aziz Bin Baz menyatakan bahawa perbincangan tentang Imam Al-Mahdi ada nas yang tidak boleh ditolak mentah2...

New World Order - Petanda Kiamat episod 11

Image
New World Order merupakan perkara biasa bagi negara seperti Amerika dan Great Britain, namun, disebalik itu, terdapat perkara yang tersurat dan tersirat bagi umat islam di dunia ini. Gordon Brown dan David Cameron pernah membahaskan New World Order adalah bagus untuk dunia dan penduduknya. Menurut Presiden George W. Bush sebelum ini pula, New world order boleh muncul dari kesulitan ketika peperangan sebelum ini. 1. Siapakah pemerintah dan siapa yang diperintah di dalam New World Order? Umat islam kini sedang cuba dilenyapkan serta dileburkan dengan pelbagai cara dan konspirasi terancang khususnya selepas kejatuhan Uthmaniyyah. New World Order atau Pemerintahan Dunia Baru atau Tata Dunia Baru dikhabarkan seperti keindahan, seperti membina dunia yang baharu dan peradaban yang baharu dalam membina kecemerlangan dunia hari ini. Namun hakikat sebenarnya, ia adalah istilah lama yang digunapakai semula untuk tujuan politik dimana halatuju New World ORder adalah untuk menguasai duni...

Viral Kelebihan Puasa Di Aplikasi Whatsapp.

Image
Viral Di dalam media sosial tentang kelebihan berpuasa A. Maklumat Penting Untuk dikongsi bersama Rumusan Fisiologi Puasa. Fasa 1 - Hari 1-2 Gula dalam badan menurun. Jantung berdegup perlahan. Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah. Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau. Fasa 2 - Hari 3-7 Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindak balas kimia gliceride dengan glicerol menukarkan glicerol kpd glukosa. Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak. Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa. Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi. Fasa 3 - Hari 8-15 Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga ...