New World Order - Petanda Kiamat episod 11

New World Order merupakan perkara biasa bagi negara seperti Amerika dan Great Britain, namun, disebalik itu, terdapat perkara yang tersurat dan tersirat bagi umat islam di dunia ini. Gordon Brown dan David Cameron pernah membahaskan New World Order adalah bagus untuk dunia dan penduduknya.

Menurut Presiden George W. Bush sebelum ini pula, New world order boleh muncul dari kesulitan ketika peperangan sebelum ini.

1. Siapakah pemerintah dan siapa yang diperintah di dalam New World Order?

Umat islam kini sedang cuba dilenyapkan serta dileburkan dengan pelbagai cara dan konspirasi terancang khususnya selepas kejatuhan Uthmaniyyah. New World Order atau Pemerintahan Dunia Baru atau Tata Dunia Baru dikhabarkan seperti keindahan, seperti membina dunia yang baharu dan peradaban yang baharu dalam membina kecemerlangan dunia hari ini.

Namun hakikat sebenarnya, ia adalah istilah lama yang digunapakai semula untuk tujuan politik dimana halatuju New World ORder adalah untuk menguasai dunia melalui 3 ciri utama iaitu :
A. Politik
B. Ekonomi
C. Ketenteraan.

Ia merupakan konspirasi global dengan harapan mereka untuk menghilangkan nilai kebangsaan sesebuah negara dan perbatasan dunia secara menyeluruh.

Sekitar tahun 1958, Presiden PBB ketika itu, Mikhail Gobachev berkata bahawa New World Order bertujuan menjadikan dunia ini lebih terancang dan kemudiannya disambut baik oleh Presiden George W. Bush dengan menyatakan bahawa,
"Komitmen Kami adalah untuk menguatkan Amerika agar dapat memimpin dunia dengan undang - undang bukan secara kekuatan fizikal."
Tetapi hakikatnya, mereka menguasai dunia secara fizikal melalui 3 perkara utama iaitu Ekonomi, Politik dan Tentera.

Kini, Presiden Obama pula sentiasa bercakap tentang New World Order melalui TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) agar dapat menguasai ekonomi dunia tanpa sempadan.

Amerika telah mencapai target mereka dengan kuasa ketenteraan mereka sebelum ini melalui serangan ke atas negara Iraq dan kemudian mereka menyerang Syria serta di dokong oleh PBB tanpa berselindung.

Surah Ibrahim ayat 45 - 46

'Ibrāhīm:44 - Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?

'Ibrāhīm:45 - "Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".

'Ibrāhīm:46 - Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.

 2. Bagaimana bahaya New World Order berkait dengan umat islam?

Pertama, mereka mengawal ekonomi kerana kebanyakan negara islam adalah negara yang kaya dengan minyak. Misalnya negara Arab Saudi, Kuwait dan Iraq telah menjadi target mereka untuk dikuasai supaya kawalan ekonomi dan minyak di dalam tangan mereka.

Kedua, kekacauan pemikiran atau ideologi yang diterapkan kepada umat islam supaya lalai dan leka dengan dunia.

Hadith Riwayat Abu Dawud dan Ahmad :

Rasulullah bersabda "Hampir tiba suatu zaman dimana bangsa - bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang kelaparan mengerumuni hidangan." Salah seorang sahabat bertanya " apakah kerana jumlah kami yang sedikit?" Nabi Saw menjawab "Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi umpama buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al- wahnu" - Al Hadith
Al - wahnu itu adalah Cintakan Dunia

New World Order akan masuk meracuni pemikiran yang akan membogelkan akal kita dan menelanjangkan akhlak kita dan hasilnya, negara islam akan hancur kerana jauh dari cintakan Agama. Negara - negara seperti Palestin, Iraq, Libya dan Tunisia di serang oleh tangan - tangan gelap yang membawa kepada perpecahan.

Secret Society yang ditaja oleh Illuminati masuk ke dalam negara - negara islam secara terancang sejak tahun 1976 untuk menguasai ideologi dan ekonomi umat islam. Ini merupakan konspirasi yang merosakkan.

Sejak Tahun 1945, PBB telah ditubuhkan atas nama menjaga keamanan dunia, tetapi sejak itu juga, terdapat 177 peperangan telah berlaku di bawah pemerintahan PBB dan 70% peperangan terjadi di negara Islam. Ia merupakan perkara jelas bahawa PBB GAGAL membawa keamanan kepada dunia.

3. Bagaimana Umat Islam boleh membebaskan diri mereka daripada serangan New World Order yang menjajah pemikiran mereka?

 Prof. Dr. Yusuf Al- Qaradawi menyatakan secara jelas tentangan beliau dengan New World Order. Kita perlu ada kekuatan kepimpinan islam yang menentang New World Order secara total iaitu bersatu menentang New World Order. Kita juga perlu memahami konteks dunia hari ini, konteks agama islam itu sendiri dan kita perlu bangkit memperjuangkan agama islam secara menyeluruh.

4. Kenapa umat islam tidak mendapat kejayaan secara penuh?

Secara dasarnya, Israel masih gagal menguasai palestin walaupun telah berperang sejak tahun 1948. Di sebalik kegagalan Israel menguasai Palestin, ia menunjukkan bahawa umat islam Palestin berjaya mempertahankan Negara mereka dari dijajah, namun, umat islam tidak juga mendapat kejayaan penuh mempertahan Palestin.

Surah Ali Imran ayat 103

'Āli `Imrān:103 - Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

Kembalilah ke jalan Allah. Dalam ayat ini, Allah telah memerintahkan kita supaya berpegang teguh dengan tali agama Allah dan bersatu padu, bermakna, kekuatan islam datang dari kesatuan dan bukan perjuangan persendirian. Selagi mana islam tidak bersatu, maka kejayaan tidak akan dapat dicapai sacara mutlak.

5. Adakah kita boleh terlepas dari New World Order?

New World Order sebenarnya tiada kekuatan, tetapi mereka berjaya menwujudkan pakatan yang membawa kepada kekuatan. Mereka mewujudkan pakatan yang terdiri daripada hartawan - hartawan dunia. Mereka mewujudkan pakatan politik terdiri daripada negara - negara hebat seperti China, Perancis, Jerman, Britain dan Amerika. Mereka jua mewujudkan pakatan ketenteraan yang mempunyai senjata yang hebat.

Oleh itu, umat islam terus ketinggalan dalam membina kekuatan. Untuk membina kekuatan ini, kita perlu bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. sebaliknya, perpecahan dikalangan umat islam hari ini jelas menggambarkan kelemahan.

Umat islam hari ini lebih menumpukan kepada aspek pengumpulan harta sendiri - sendiri, menjaga negara sendiri yang menumpnag kemakmuran negara bukan islam yang lain.

Kita seharunya membangunkan peradaban dengan Agama Islam yang syumul melalui kekuatan Ilmu, Hati dan Perpadun yang diwarnai dengan warna - warna islam supaya kita dapat terlepas dari belengu New World Order.

6. Yahudi dan Kristian cukup benci dengan sistem khalifah islam, apakah kaitannya dengan New World Order?

New World Order diwujudkan oleh orang bukan islam terdiri daripada Kristian dan Yahudi. musuh tetap musuh dan mereka sama sekali tidak akan bersetuju dengan cara pemerintahan islam. Namun, kita perlu kekal dengan jalan islam kerana musuh tetap musuh, kawan kita adalah orang - orang yang beriman.

#Halaqahtv9
 Kiamat, ia pasti datang.
Bintang Ilmuwan - Ustaz Roslan Jamaluddin
Indikator Al-Quran - Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?