Kemunculan Imam Al-Mahdi - petanda kiamat episod 15
1. Setelah kejatuhan zaman khalifah Uthmaniyyah, umat islam amat memerlukan pemimpin untuk membawa islam lebih baik dari hari ini, Apakah pemimpin yang di sebut2 di dalam Hadis benar2 akan menjadi kenyataan?
Dalam sebuah perjuangan agama ini, para ulama berbincang panjang, terutamanya apabila ia berkait dengan tanda2 kiamat besar. Antara perkara yang dibincangkan dalam kitab - kitab mereka adalah munculnya Imam Al-Mahdi Al-Muntazar.
Dalam tradisi pengajian islam, kita dapati isu ini dibincangkan dalam bab akidah, iaitu dalam bab tanda - tanda kiamat, sebaris dengan perbincangan kemunculan Nabi Isa AS dan Dajjal.
Dalam hal ini juga, terdapat hadis2 yang berkaitan, walaupun hadis ini tidak sesahih Imam Bukhari dan Muslim, tetapi isu ini diceritakan oleh Imam Abu Daud, Imam At-Tirmizi dan Imam An-Nasa'i.
Seorang ulama dari Arab Saudi iaitu Syeikh Abdul Aziz Bin Baz menyatakan bahawa perbincangan tentang Imam Al-Mahdi ada nas yang tidak boleh ditolak mentah2.
Ahli Hadis bernama Syeikh Al-Muhsin Al-Ahmad Al-Ibad telah mengumpulkan sebanyak 36 kitab berkaitan kemunculan Imam Al-Mahdi.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz |
Dalam sejarah para sahabat, seramai 26 orang sahabat bercakap tentang kemunculan Imam Al-Mahdi termasuk Abu Huzaifah dan Ibnu Abbas.
Ini menunjukkan bahawa kesahihan Imam Al-Mahdi ini tidak boleh ditolak sama sekali. Sekiranya ada diantara kita menyatakan ia sebagai dongeng atau palsu, ia sama sekali ditolak.
Cuma kita perlu faham bagaimana situasi ini tidak terkeluar dari batas2 hukum akidah kita.
Kesimpulannya, berdasarkan hadis2 Nabi SAW, sememangnya Imam Al-Mahdi wujud dan berada di alam nyata.
Ayat2 berkenaan Imam Al-Mahdi tidak disebut di dalam Al-Quran, tetapi, tanda2 berkenaan dengannya disebut secara umum.
2. Mengapa umat islam berasa teruja dengan kedatangan Imam Al-Mahdi?
Salah satu dari tanda kiamat Kubra adalah kemunculan Imam Al-Mahdi, ertinya, umat islam sejagat berbincang dan perincikan hal ini secara meluas dan yang tinggal adalah pegangan yang tidak terkeluar dari batas agama.
Drwasa ini, kita telah menemui ramai orang yang mengaku sebagai Imam Al-Mahdi Al-Muntazar termasuklah Imam Hassan Al-Askari dari golongan syiah sedang menanti untuk dimunculkan. Ini adalah penipuan belaka kerana tidak akan muncul Imam Al-Mahdi melainkan atas kekuasaan Allah SWT suatu ketika nanti.
3. Dalam jurus agama, kita harus kembalai kepada Al-Quran dan hadis. Imam Al-Mahdi tidak disebut di dalam Al-Quran tetapi diceritakan di dalam Hadis. Mohon pencerahan.
Bila disebut Al-Mahdi, saya ingin kembali kepada isu pertama, iaitu kesepakatan ulama tentang Al-Mahdi iaitu Hadis Sahih dari Al-Hakim yang ditafsirkan oleh Ibnu Taimiyyah, Al-Qurtubi, Ibnu Qayyim Al- Jawziyya, Imam As-Suyuti dan Ibnu Hajar Asqalani.
Menunjukkan bahawa meyakini Al-Mahdi adalah suatu kefardhuan. Kita tidak boleh mengingkari kedatangan Imam Al-Mahdi kerana ada Hadis Nabi yang menyebut tentang Al-Mahdi :
Hadis riwayat An-Nasa'i, Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim."Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah" Al-Hadith
Menunjukkan ia suatu kebenaran kerana telah diriwayatkan sejak lama dahulu dan disokong oleh sahabat.
Isu Imam Al-Mahdi adalah isu yang berkait rapat dengan peradaban masa hadapan kerana ancaman, kezaliman yang menampakkan dunia semakin runtuh. Ketika itu akan muncul seorang penyelamat, termasuk Nabi Isa As. Kerana itu Allah wujudkan Imam Al-Mahdi ketika kemunculan Nabi Isa untuk bersatu bagi menghapuskan kebatilan. Bumi akan subur ketika itu dengan kemewahan dan kemakmuran.
Sabda Nabi SAW daripada Al-Hakim dan disahihkan oleh Al-bani :
"Bila muncul Al Mahdi, dalam leadaan Allah menurunkan banyak hujan, bumi subur dan menyebabkan harta semakin hari semakin banyak. Ternakan juga semakin bertambah dan ia menguasai bumi."- Al-Hadith
Surah Az-Zukhruf ayat 61.
Az-Zukhruf:61 - Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan yang lurus.
Bila Imam Al-Mahdi akan muncul? Allahu'alam. Kita tidak tahu secara akal tetapi itulah kenyataan yang akan berlaku.
Tiada ayat Al-Quran menceritakan tentang Imam Al-Mahdi, tetapi tanda2nya difirmankan secara umum melalui :
Surah An-Nur ayat 55.
An-NÅ«r:55 - Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
3 perkara penting di dalam ayat ini :
A. Mereka digantikan menjadi khalifah dimuka bumi ini.
B. Agama ini disebarkan diseluruh dunia dan dirasai umat manusia.
C. Mereka digantikan rasa takut dengan perasaan keamanan dan dapat menyembah Allah SWT dengan keleluasaan tanpa menyekutukan Allah SWT.
5. Wujud individu yang mengaku diri mereka sebagai Imam Al-Mahdi, siapakah nasab keturunan Imam Al-Mahdi secara terperinci berdasarkan perkara sebenarnya.
Ulama telah berbincang tentang nasab keturunan Imam Al-Mahdi, Hadis dari Imam Abu Daud menyebut bahawa, Imam Al-Mahdi merupakan 'itrah iaitu keturunan daripada Fatimah Binti Muhammad SAW. Datangnya individu ini dengan nama Muhammad Bin Abdullah. Akhlaknya adalah seperti Nabi SAW. Itu antara yang disebut
Hadith Riwayat At-Thabrani :
"Telah bersabda Rasullullah SAW, sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah swt akan mengutuskan seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Diwaktu itu, langit tidak menahan setitis pun tiyisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman - tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun." Al - Hadith.
Ibnu Hajar Asqalani memyebut di dalam kitabnya :
"Ini adalah manusia yang memang sebai - baik manusia dengan akhlak perilakunya, hidupnya penuh ketaatan kepada Tuhan dalam melaksanakan tutur agama"
Bermakna, ini manusia hebat yang membawa keamanan dan kebahagiaan kepada umat ketika kezaliman berleluasa, akhlak runtuh, ibadah tidak seberapa, umat hilang peradaban dan kepimpinan runtuh.
Imam Al-Mahdi merupakan manusia yang terpilih oleh Allah SWT. Dia merupakan anugerah Allah kepada umat manusia untuk membawa keadilan dan keselamatan umat manusia setelah umat manusia hidup di dalam penindasan dan kesempitan dalam satu tempoh yang lama.
Kehadiran Imam Al-Mahdi juga adalah untuk memperelok akhlak, peribadi, tingkah laku umat manusia. Akhlaknya, akhlak Rasulullah, ibadatnya ibadat Rasulullah, perangainya perangai Rasulullah. Bahkan fizikalnya seperti Rasulullah.
Mengenali Imam Al-Mahdi bukan berdasarkan ikut - ikutan, tetapi perlu berdasarkan ilmu dan nas yang tepat supaya kita tidak terjebak ke dalam penipuan.
6. Kemunculan Imam Al-Mahdi pasti ada tujuan dan misinya, apa kaitannya dengan umat islam?
Ibnu Hajar Asqalani merupakan seorang ulama hadith yang masyhur. Dalam kitabnya, Al-Qaulul Mukhtasar Fi Alamati Al Mahdi Al Muntadzar. Ia merupakan kitab khas iaitu bicara tentang Al-Mahdi.
Terdapat individu yang mengaku diri mereka sebagai Imam Al Mahdi sebagai contohnya pada tahun 485, Muhammad Samud mengaku sebagai imam mahdi. Sekitar tahun yang sama Muhammadi Al Furqan Al Qasaniyah mengaku sebagai imam mahdi.
Ini termasuk dakwaan dari golongan syiah melalui imam mereka yang ke-12 sedang bersembunyi, disembunyikan dan akan muncul sebagai Imam Mahdi Al Muntadzar bernama Muhammad Al Hassan Al Askari. Ini semua satu penipuan dan dakwaan palsu.
Tidak kurang dakwaan dari Malaysia serta Indonesia.
Pada hakikatnya, kemunculan Imam Al-Mahdi merupakan ketentuan Allah SWT dan bukan pilihan manusia, bukan perancangan dari sesiapa pun.
Hadith riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud :
"Al-Mahdi itu berasal dari keturunanku, lebar dahinya dan panjang (mancung) hidungnya. Dia akan memenuhi bumi dengan kelurusan dan keadilan, sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman, dia akan berkuasa selama 7 tahun." AL-Hadith.
Misi dan visi kemunculan Imam Al-Mahdi adalah untuk menghancurkan kezaliman terutamanya dari tangan jahat Dajjal dan membangunkan peradaban. Selain itu, Imam Mahdi hadir untuk menegaskan bahawa Alam ini adalah hak mutlak Allah SWT dengan disertai oleh Nabi Isa AS.
Surah Al-Qasas ayat 5.
Al-QaÅŸaÅŸ:5 - Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).
7. Apakah sebenarnya keadaan dunia sebelum kehadiran Imam Al Mahdi?
Dunia semakin parah, dunia semakin dizalimi.
Kata Ibnu Katsir dalam kitabnya Al Fitan Al Malaahim:
"Saya berpendapat kemunculan Al Mahdi terjadi ketika Nabi Isa turun dengan tujuan untuk mengembalikan dunia daripada kezaliman sosial"
Turunnya Imam Al Mahdi untuk menyatukan umat. Dunia ketika itu berpecah, hancur dan kejahatan berleluasa.
8. Adakah Imam Al-Mahdi akan ditentang? Siapakah penentangnya? Bagaimanakah Imam Al-Mahdi akan dibai'ah dan dimasyhurkan sebagai pemimpin?
Akan ada penentangan di dalam kemunculan Imam Al-Mahdi Al-Muntadzar, ia suatu perkara tabi'i.
Nabi SAW bersabda :
"Akan datang satu kelompok umatku yang inginkan kebenaran, mereka akan dizalimi, dimudaratkan, dicerca dan dicela" al-hadith.
Ketika itu, akan ada penentangan yang menyatakan Imam Mahdi ini tidak layak untuk memimpin.
Ibnu Hajar Asqalani menyatakan bahawa, penentangan ke atas Imam Al Mahdi ini datang dari peringkat masyarakat.
Lahirnya Imam Al-Mahdi adalah di Madinah, dia akan menjelajah keseluruh dunia dan akan ditentang oleh musuhnya.
Akhirnya, yang musnah adalah penentang - penentang ini oleh Allah SWT.
Menurut kitab karangan ulama, Imam Al Mahdi ini akan dibai'ahkan sebanyak 2 kali. Bai'ah kali kedua adalah di Mekah iaitu di antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad.
Ketika itu, umat telah nampak bahawa Al Mahdi merupakan penyelamat buat mereka kerana ketika itu, dunia telah kekeringan. Kekeringan keadilan, kekeringan keimanan, kekeringan kebahagiaan.
"Akan datang Al Mahdi untuk memenuhkan kembali timbangan keadilan, kebaikan" Al Hadith.
Walaupun ada masyarakat yang menentang, tetapi umat telah percaya bahawa, Al-Mahdi hadir sebagai penyelamat.
Surah As Sajadah ayat 24
As-Sajdah:24 - Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.
Yang jelas, imam Al Mahdi akan lahir dalam tempoh ini, iaitu fasa masa ke empat. Kiamat semakin hampir, ia pasti datang.
Bintang Ilmuwan ustaz Roslan Mohamed.
Indikator Al-Quran ustaz Tirmizi Ali.
#halaqahtv9
Indikator Al-Quran ustaz Tirmizi Ali.
#halaqahtv9
Comments
Post a Comment