Pemerintahan Imam Al Mahdi - petanda kiamat episod 16
1. Sebaik sahaja dibai'ah dan dinobatkan sebagai pemimpin umat islam, apakah antara tugas yang pertama dilakukan oleh Muhammad Bin Abdullah Mahdi?
Munculnya imam Al Mahdi adalah ketentuan Allah swt. Bukan ketentuan dan kemahuan dari manusia. Bukan juga dirancang oleh manusia.
Kita berdalilkan Hadith Nabi SAW berdasarkan seorang ulama yang mengumpul sebanyak 36 buah kitab yang membicarakan tentang Al Mahdi. Serta 26 orang sahabat Nabi SAW yang membicarakan tentang Al Mahdi.
Apabila Al Mahdi muncul, ia membawa kepada nilai kebaikan sejagat terutama pada dunia akhir zaman yang kita lalui ini. Al Mahdi muncul sebagai tanda kiamat bakal berlaku dan membangunkan sistem dunia ketika itu.
Imam Al Mahdi akan membangunkan 3 perkara iaitu:
1. Penyelamat umat sejagat iaitu pemerintah yang akan memerintah dan membela seluruh umat manusia termasuk islam dan bukan islam.
2. Menentang sebarang bentuk kezaliman dan penindasan di muka bumi sejak sekian lama termasuk kejayaan Yahudi melalui PBB dan New World Order.
3. Membimbing umat ke jalan Allah SWT. Berdasarkan sebuah kitab karangan Syeikh Maher Ahmad As Sufi iaitu 'kiamat sudah dekat', Al Mahdi akan perelokkan akidah umat islam.
Hadith riwayat muslim dan Ahmad
"Pada akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah - limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya" Al-Hadith
Khalifah ini menurut ulama adalah Al Mahdi yang akan membawa keamanan dan keberkatan kepada umat sejagat.
Ini adalah aspek kemunculan Al Mahdi ketika manusia di dalam kegelapan dan kejahilan.
2. Adakah umat islam dan orang kafir yang akan menentang imam Al Mahdi?
Dari perbincangan ulama, Syeikh Maher Ahmad As Sufi dari UAE menyebut, penentangan ke atas Imam Al Mahdi bermula dengan pemerintah Syam (Syria).
Digambarkan pemerintah Syam (Syria) akan memburu Al Mahdi hingga ke Kota Mekah untuk membatalkan hasrat perjuangan Al Mahdi. Namun akhirnya, Allah akan musnahkan tentera Syam (Syria) di padang pasir antara Mekah dan Madinah.
Allah menghukum pemerintah Syam (Syria) dengan menenggelamkan ke dalam bumi.
Dalam analisis lain pula, akan berlaku peperangan antara Al Mahdi dengan Rom.
Ini merupakan hikmah Allah SWT yang dikirimkan kepada Al Mahdi. Al Mahdi tidak akan tewas, bahkan Al Mahdi akan bangkit dan memerintah dunia sebagai khalifah. Dia akan dimatikan dengan dunia telah aman dan umat manusia solat ke atas jenazahnya.
Surah An Nur ayat 55
An-NÅ«r:55 - Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Janji Allah itu pasti dan Allah tidak memungkiri janji.
3. Imam Al Mahdi akan terlibat dalam siri peperangan dan salah satu kemuncak peperangan itu adalah peperangan Al malhamah Al Khubra atau barat menyebutnya sebagai peperangan Armageddon. Beri pencerahan.
Musuh yang utama ketika itu adalah Dajjal. Di samping itu, terdapat peperangan dengan musuh lain antaranya ialah tentera Rom atau Konstantinopol.
Para ulama tidak banyak membincangkan hal peperangan ini kerana kurang dapatan dari sudut riwayat Hadith. Tetapi yang penting adalah, Al Mahdi sememangnya memimpin tentera untuk berjuang memerdekakan akidah dan pengabdian kepada Allah SWT.
Disebut dalam riwayat, terdapat tentera panji hitam yang akan berjuang memberi sokongan bersama sama Al Mahdi dan Nabi Isa As bertujuan menentang kecelakaan yang dibawa musuhnya.
Yang penting, imam Mahdi adalah pembawa keadilan dan menentang kezaliman.
4. Terdapat hebohan di media sosial yang menyatakan wujudnya tentera panji hitam, bahkan di Malaysia dan Indonesia telah wujud perkara seperti ini.Apakah tentera Panji hitam yang wujud ketika ini tentera yang bakal menyokong Al Mahdi?Bagaimana membezakan tentera panji hitam asli dengan yang palsu?
Dalam hadith Nabi SAW yang disebut oleh Ibnu Majah, Pasukan tentera panji hitam ini tidak akan wujud sehingga munculnya Imam Al Mahdi.
Maka, selagi Imam Al Mahdi tidak lahir, pasukan tentera panji hitam ini tidak akan wujud dan jika ada yang mengaku sebagai tentera tersebut atas nama perjuangan, ia hanyalah dakwaan palsu.
Hadith Sahih dari Ibnu Majah
"Apabila kamu lihat nanti, (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai'ahlah dengannya walaupun harus merangkak di atas salju kerana sesungguhnya, dia adalah Khalifullah Al Mahdi" Al Hadith
Hadith ini jelas menunjukkan daripada Nabi SAW, bahawa tidak akan muncul pasukan Panji Hitam melainkan apabila muncul Imam Al Mahdi.
5. Berapa lamakah pemerintahan yang dilaksanakan oleh Imam Al Mahdi?
Muslim telah meriwayatkan Sabda Nabi SAW
"Akan senantiasa ada segolongan dari umat aku yang berperang kerana perintah Allah. Mereka dimenangkan oleh Allah atas musuh mereka. Tidak memberi mudarat kepada mereka orang - orang yang menyelisihi mereka, hingga datang hari kiamat dan mereka di atas yang demikian itu."Al HAdith
Diceritakan melalui Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Al Hakim, disahihkan oleh Al Albani, Imam Mahdi akan memerintah selama 7 -8 tahun sahaja.
Tempoh singkat dan tidak lama. Banyak perjuangan berlaku ketika itu, perjuangan dakwah, perjuangan kebenaran.
Disebutkan bahawa, Al Mahdi dibangkitkan dalam lingkungan usia 30 - 40 tahun. Umur yang masih kental dan gagah.
Abu Said Al Khudri RA menceritakan bahawa Nabi SAW bercerita kepada para sahabat tentang siapakah Al Mahdi. Nabi SAW mengkhabarkan kepada kami itulah tempoh dia bersama umat iaitu 7 tahun.
6. Apakah tanggungjawab umat islam kepada perjuangan Imam Al Mahdi?
Ketika itu, tiada jalan selamat yang boleh menenangkan hidup kita melainkan kita kembali kepada kebenaran agama.
Sabda Nabi Saw
"Islam datang berdagang, kembali berdagang"
Orang yang berjaya adalah orang yang bersama kebenaran. Apabila Allah munculkan Imam Al Mahdi, bermakna Allah ingin cuba menyelamatkan kita.
Umat islam perlu menjaga hak terhadap pemerintah yang mereka yakini iaitu Imam Al Mahdi.
Apabila berbicara tentang Imam Al Mahdi, kita perlu lihat dengan hati dan penuh keinsafan. Sekurang-kurang, kita meyakini akan datang cabaran yang semakin besar buat umat islam.
Surah Al Qasas ayat 5
Al-QaÅŸaÅŸ:5 - Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).
Mudah mudahan kita menjadi orang yang sentiasa memohon pertolongan Allah.
7. Bagimana umat islam boleh menjadikan Imam Mahdi sebagai motivasi buat mereka?
Imam Al Mahdi yang dibicarakan adalah tentang ilmu akidah umat islam hari ini. Imam Al Mahdi dibicarakan sama tarafnya dengan Nabi Isa AS dan Dajjal.
Jika kita buka lembaran sejarah para ulama, dari kitab Ibnu Qayyim termasuk Al Kahfi dalam kitab Al Fitan Wa Malahim, didapati bahawa, mereka tidak pernah memisahkan isu kehidupan umat akhir zaman.
Imam Mahdi datang untuk membawa kembali keadilan yang hilang.
Kita perlu ada kajian menyeluruh tentang hadith. Terdapat ulama yang menolak tetapi menolak kerana perkara tersebut tidak perlu dibincangkan secara terperinci.
Bintang Ilmuwan ustaz Roslan Mohamed
Indikator Al Quran ustaz Tirmizi Ali
#Halaqahtv9
Indikator Al Quran ustaz Tirmizi Ali
#Halaqahtv9
Comments
Post a Comment