Viral Kelebihan Puasa Di Aplikasi Whatsapp.

Viral Di dalam media sosial tentang kelebihan berpuasa

A. Maklumat Penting Untuk dikongsi bersama
Rumusan Fisiologi Puasa.
Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.
Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindak balas kimia gliceride dengan glicerol menukarkan glicerol kpd glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.
Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.
Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.
Fasa 5 - Hari Raya Syawal
Badan jadi tak tentu arah..nafsu makan membuak tatkala terlihat ketupat dan rendang. Lemak baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas. Darah menjadi naik dengan cepat naik ketika acc bank tiada berbaki..dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila gaji.. lama lagi nak masuk...
Terima kasih


B. Penyembuhan Berganda di Ramadhan dengan Aloetherapy
Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.
Fisiologi ini dibantu dengan minum AVG sebanyak 120ml sewaktu berbuka dan bersahur. Telan 1-2 kapsul AS Dan Kunyah 3-4 biji bPlln. Lebih baik jgn makan Nasi dan menu yang rendah kalori shj untuk minuman. Usus diberi rehat penuh. Seluruh tenaga digunakan untuk pemulihan hati, paru2 bila di ikuti dengan terawih pada mlmnya.
Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.
Fisiologi ini dibantu dengan AVG Dan AS. Diikuti dengan protein ULite bersama BPlln. Boleh mulakan Nasi separuh cawan setiap hidangan dengan kalori dibawah 600c. Ini memangkinkan proses detoksifikasi di peringkat pernafasan Dan dengupan jantung. Anda Akan mula senang berpeluh Dan badan berasa sedikit penat.
Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.
Fisiologi kesakitan dibantu dengan meneruskan jus tinggi tenaga AVG dan pembersih pembuluh darah AS. Serta vitamin terlengkap di dunia BPlln.
Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.
Fidiologi stabil sehingga pesakit Gastrik mahu pun Kanser Dah mula selesa dan boleh terus berpuasa sehingga fasa penyembuhan berlaku. Ramai pesakit takut berpuasa kerana nasihat pakar Alopati kerana mereka perlu ambil ubat selepas makan. Sedangkan pakar Naturopati mengalakkan pesakit makan ubat sblm makan. Ini membolehkan pesakit Puasa dan sembuh dari kesakitannya.
Subhanallah, sila share😊👍


C. Maklumat Penting utk dikongsi bersama
Rumusan Fisiologi Puasa.
Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.
Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindak balas kimia gliceride dengan glicerol menukarkan glicerol kpd glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.
Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.
Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.
Terima kasih



Ada 3 versi yang hampir serupa dan rasanya versi 1 & 2 tu sudah ditokok tambah ...
yangg dikira tidak elok lebih2 lagi yg ada promo produk aloevera tu
sebenarnya mesej yg nak disampaikan adalah kesan positif berpuasa ..yang simple tetapi dicantikkan dgn istilah sains ...namun penggunaannya agak tidak tepat
inilah yang kadang2 kita ditegur bila menggunakan istilah sains/medik tapi tak tepat

versi 1 utk menyindir perilaku ketika kita menyambut hariraya
versi 2  ...alahaiii ..nak promo produk aloevera
dan versi 3 rasanya yg original.

Artikel tersebut berkisar pada fisiologi tubuh ketika dalam melakukan ibadah berpuasa yang disusun mengikut fasa di dalam bulan ramadhan ...
mesejnya simple ...

puasa dapat membantu dalam proses pencernaan dan sekaligus bertindak sebagai 'detoksifikasi'

Namun dengan diselitkan beberapa istilah medik ..mungkin ianya nampak lebih 'gah'
maka semua akan merasakan ianya satu perkara yang perlu dihebahkan bersama ...
secara dasarnya ..apa yg dinyatakan dalam artikel tersebut ada yang tepat, ada yang kurang tepat
Fasa 1 - Hari 1-2
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.
Glikogen ... atau Glycogen ...telah disebut
Tahukah anda apa itu glycogen?
Dalam bab ini ..ianya menyentuh ilmu kimia ..di mana jika kita tiada asas ilmu tersebut kita tidak akan faham dengan mudah.

Glycogen ialah sejenis polisakarida (Polysaccharide)

Pernah dengar polysaccharides yang selalunya terdapat pada label makanan ..

Glycogen ialah sejenis polisakarida daripada glukos yg berperanan menyimpan tenaga pada tubuh.Polisakarida ialah daripada keluarga karbohidrat. Pada tubuh manusia, glykogen dihasilkan lazimnya pada sel-sel hati dan juga otot-otot.
Glykogen merupakan simpanan bekalan tenaga jangka panjang yang terdapat pada hati dan otot.
Pada hati tersimpan oleh sel-sel hati (liver) manakala yang pada otot tersimpan pada tisu adipose, iaitu tisu yg menyimpan lemak
Glykogen yg ada pada otot akan ditukarkan kepada glukos oleh sel otot ketika berlakunya aktiviti seperti senaman manakala glykogen yg ada pada hati bertukar kepada glukos untuk digunakan pada seluruh tubuh termasuk sistem saraf pusat.
Terdapat juga satu lagi istilah iaitu Glucagon jadi ada 2 istilah yg agak sama bunyi iaitu
GLYCOGEN dan GLUCAGON.
walaupun kenyataan itu tak sebut glucagon ..eloklah kita faham perbezaan diantara keduanya glycogen adalah dari keluarga karbohidrat ... manakala glucagon adalah sejenis hormon ..kedua2nya berperanan yg berbeza.
glycogen terdapat dalam jumlah yang banyak dihati dan sedikit di otot dan ginjal
manakala glucagon dihasilkan di pankreas.
Peranan Glycogen ialah sebagai sumber bekalan tenaga manakala Glucagon adalah hormon untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah yang dirembeskan oleh pankreas saat kandungan gula dalam darah menjadi berkurangan ...
jadi peranan Glucagon adalah berlawanan dengan peranan insulin yg juga dirembeskan oleh pankreas saat kandungan gula meningkat ...
starch itu kanji kan dalam bahasa melayu dan kanji adalah dari keluarga karbohidrat.
dan Glycogen itu adalah sejenis kanji dan sebab itu digelar polysaccharides ...
terdapat monosaccharide dan disaccharides ... dalam ilmu kimia ianyanya menjurus kepada kandungan molekul

mono = satu  di = dua dan poly=banyak

jadi Glycogen tak sama dengan Glucose ...Glycogen ialah sejenis kanji (starch) yg merupakan polimer daripada glukos dan terdapat pada cytoplasma sel dan mempunyai peranan penting dalam kitaran glukos dengan membekalkan tenaga apabila terbit keperluan glukos yang mendadak.
cytoplasma sel adalah ruang di dalam sel ...
kalau sel itu diibaratkan seperti sebiji telur ..cytoplasma adalah apa?
kuning telur ke putih telur? ia adalah putih telur ...
Ketika tubuh memerlukan tenaga, hanya glukogen yang tersimpan pada hati sahaja yg dapat membekalkan tenaga tersebut dan bukan daripada otot.
glycogen daripada otot hanya dapat membekalkan tenaga ketika hendak bergerak atau bersenam.
Ini adalah kerana kandungan glykogen pada otot adalah lebih kecil berbanding yg tersimpan pada hati iaitu sekitar 1-2% sahaja daripada jumlah kepadatan otot tersebut.
Terdapat juga sebilangan kecil glikogen pada ginjal, sel darah merah dan putih, sel otak dan juga pada uterus ketika berlakunya kehamilan sebagai bahan pencernaan pada embryo.
Maka kenyataan artikel walupun ada kebenarannya namun ianya tidak menepati secara keseluruhan tindak balas tubuh ketika berlakunya perubahan dari sudut pemakanan yang berlaku pada fasa awal berpuasa. Kerana bukan hanya otot yg akan terjejas secara keseluruhannya.

Tidak ada alasan mengapa hanya dikira hari pertama dan kedua sahaja, sedangkan ianya tergantung pada cara pemakanan ketika berbuka dan bersahur dan bukan pada jumlah hari berpuasa.

ketika awal ramadhan 


segala sel dalam tubuh menjalani proses pertukaran pada pola pemakanan dimana sel2 akan mula mengatur semula peranan dan kerja masing - masing..
umpama kita buat kerja shift, semua jadual biasa terpaksa diubah suai.
Tetapi ..sekiranya kita sudah mulakan puasa sunnat pada bulan rejab dan sya'ban atau secara berterusan mengamalkan beberapa puasa sunnat seperti isnin dan khamis atau 3 hari dalam sebulan atau selang seli .. sel2 tiada terkesan dan tidak semua akan mendapat tindak balas badan seperti pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

kita pindah ke Fasa 2

Fasa 2 - Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Istilah Gliceride dan Glicerol digunakan di dalam kenyataan ini.

Ternyata penggunaan istilah gliceride dan glicerol, walaupun nampak klinikal namun telah disalah gunakan.
Jika kita sebut istilah itu dengan kawan2 tentu mereka menyangka waa... HEBAT nye kita
walaupun kita main sondol je
melainkan yg dengar itu adalah orang yang berilmu.


Glicerol (Glycerol) adalah sejenis cecair yang jernih, tidak berbau dan bersifat manis pada rasa. Ianya banyak digunakan dalam industri makanan sebagai pemanis dan juga sebagai bahan pelembab dalam industri farmasutikal.
Glyceride terhasil dari glycerol dan bukan sebaliknya seperti yg dibayangkan oleh kenyataan tersebut. ‘Berlakunya tindak balas kimia gliceride dengan glicerol menukarkan glicerol kpd glukosa’ yg membawa andaian bahawa gliceride bertindak dengan glicerol untuk menghasilkan glukosa.
samada yang menulis itu tersalah tulis atau dia copy dari mana2 .. wAllahu a'lam
Pada tubuh manusia, glicerol merupakan sejenis karbohidrat yang wujud secara alami dan boleh digunakan sebagai bekalan tenaga untuk tubuh dimana ianya seperti rantaian yg terlekat padanya elemen asid lemak (fatty acids) dan diberikan istilah ‘triglycerides’.
secara dasarnya ..apabila tubuh memerlukan tenaga ... bekalan tenaga boleh didapatkan dari beberapa saluran...
Daripada glukos yg tersimpan disel hati atau daripada lemak yg tersimpan di tisu adipose.
Maka dalam keadaan berpuasa ..yang hanya tidak lebih dari 14 jam .... bekalan tenaga sudah mencukupi sekiranya kita bersahur dengan sumber makanan yg sempurna kandungannya. Misalnya 3 biji kurma dan segelas air atau pun susu sudah memadai.
Apabila tubuh menggunakan tenaga daripada bekalan lemak, glicerol dan asid lemak akan dirembeskan kesaluran darah. Kesan kandungan glycerol pada darah tidak sama dengan glukos dimana ianya tidak terikat pada protin atau lemak sepertimana glukos dan sukros yang akan memburukkan lagi keadaan bagi pesakit kencing manis.

Maka glycerol dan glukos adalah bahan yang berbeza

walaupun kedua2nya terkait dengan KEMANISAN, namun dua bahan ini adalah tidak sama. Maksud tak sama / berbeza ini ialah struktur molekul kimianya.

Glukos dalam darah akan menjalani satu proses reaksi dengan protein dan lemak
sehingga terhasil satu keadaan yang bahaya khusus bagi pesakit diabetes. Ia terhasil daripada makanan manis yang diambil oleh manusia.

Glycerol tiada kesan seperti itu. Glycerol hanya akan keluar apabila tiada bekalan tenaga dari luar seperti tidak makan selama beberapa hari. Apabila tiada sumber makanan, maka tiada sumber tenaga, oleh itu, tubuh bertindak mengeluarkan tenaga simpanan di dalam Hati dari bentuk asid lemak (Fatty Acid) dan menukarkan bahan ini ke bentuk Glycerol seterusnya dilepaskan ke dalam saluran darah sebagai bekalan tenaga.

1. Glycolysis
2. Glycogenolysis
3. Glycogenesis
4. Gluconeogenesis


Glycolysis - ialah laluan metabolisma yang menukarkan glukos kepada ‘pyruvate’ dimana terhasil Adenosine TriPhosphate (ATP) iaitu Bahan apaian dari proses Glycolysis.

maksudnya glukos yang terdapat pada makanan yg kita masukkan kedalam sistem pencernaan akan melalui proses metabolisma dan menghasilkan tenaga yg disebut ATP
Gluconeogenesis, juga dikenali dengan (GNG) ialah laluan metabolisma yang menghasilkan glukos daripada bahan yang bukan dari keluarga karbohidrat seperti lactate, asid amino dan glycerol.
Glycogenesis ialah proses menguraikan glycogen di mana molekul glukos dilekatkan pada rantaian glycogen sebagai simpanan bekalan. Proses ini berlaku pada organ hati ketika tubuh dalam keadaan berehat dan juga dipicu oleh rembesan insulin ketika kandungan glukos menjadi tinggi seperti selepas masuknya makan yang tinggi kandungan karbohidrat.
secara dasarnya.... glukos yg disimpan dalam hati akan bertukar menjadi glycogen ...
dan apabila tubuh memerlukan tenaga ..glycogen akan dirembeskan semula dalam bentuk glukos
Glycogenolysis adalah proses penguraikan/pemecahan glycogen kepada ‘glucose-6-phosphate’ sejenis glukos yang akan memasuki ruang selular. Lemak yang dipecahkan berlaku bukan hanya pada hari ketiga berpuasa malahan penguraian lemak adalah di antara proses yg berterusan didalam sistem pencernaan yang berlaku sebaik sahaja makanan memasuki laluan pencernaan.

Organ detoks pada tubuh bukanlah hanya paru-paru seperti yang dibayangkan oleh kenyataan tersebut...Namun yang lebih penting adalah hati dan ginjal.

Terdapat beberapa organ detoks dalam tubuh.

Paru-paru mendetoks gas melalui proses pernafasan,

Kulit juga mendetoks dgn menghadkan kemasukan toksin dari luar,
ketika kulit melalui proses detoksifikasi, kelenjar sebaceous akan merembeskan cecair yang berminyak ...
Apabila kita muntah atau terkena diarhea ...
ianya juga satu ciri detoks bagi sistem pencernaan
Ginjal mendetoks melalui kumuhan dari air kencing.
Hati merupakan organ detoks yang paling utama dengan proses penapisan dan penghasilan elemen kimia yg membantu dalam proses pencernaan.
maka kenyataan yg hanya menyebut paru2 sebagai organ detoks akan tidak sempurna
kenyataan "Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi."
kenyataan ini agak tergantung ...
antibodi tidak dihasilkan gitu2 saja,tentu ada pemicunya.
maka ianya seakan2 ketika berpuasa tubuh kita dipenuhi dgn bahan asing dan musuh2 sehingga sel darah putih mula aktif sedangkan kita tak makan apa2 pun selama beberapa jam.
Fasa 3 - Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.
Kenyataan pada fasa 3 ini sangat bercelaru. Sememangnya proses detoks itu berlaku secara berterusan kecuali organ2 detoks seperti hati dan ginjal mempunyai masalah.
Mungkin apa yg dimaksudkan ialah hati dan ginjal akan dapat berfungsi dengan lebih baik dalam keadaan berpuasa kerana kurangnya aktiviti penapisan disaat perut sedang kosong
Fasa 4 - Hari 16-30
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.
Mungkin apa yg dimaksudkan ialah regenerasi sel darah merah menjadi lebih cepat dgn keadaan tubuh yang kurang toksin dan ianya tidak berlaku HANYA pada hari ke-16
ianya berlaku secara berterusan bagi orang yang sihat.

Oleh itu artikel tadi ..ada benarnya cuma ianya disampaikan dgn cara yg agak 'komplikated' dan dihiasi istilah2 medik/sains

Sebagai Tambahan...

sel2 otak yang secara lazimnya memerlukan glukos untuk berfungsi tidak disebut langsung dalam kenyataan ini.

Sel neuron ini juga adalah berupaya menjadi lebih aktif dengan melakukan ibadah2 seperti solat terawih, solat sunnat yang lain serta Tilawah Alquran
kerana sekiranya kita mengikut apa yg disebut dalam hadith tentang puasa..dgn menjaga nafsu amarah, perilaku yang sopan dan sebagainya ...  ...
ianya akan membuat sel neuron sibuk dgn menterjemahkan isyarat2 ibadah pada otak kerana tiada banyak pemikiran yang songsang atau yang buruk ketika berpuasa.
Hanya puasa org islam je yang ada ...kerana orang selain islam pun ada istilah puasa ..contoh sebelum pembedahan atau mengambil ujian2 klinikal tertentu
sebab puasa kita, terselit mukjizat dan ada kesan kerohanian yang hebat
maka itu .. tak perlu bimbang ...
semua sel2 dan organ2 Allah SWT dah bekalkan bekalan 'reserve' macam reserve tank pada moto kapcai kita dan org yg kata kena gastrik hanya pada bulan ramdhan ...ermmm
jgn tipu ...sel dan organ semua ada kerja yang mereka tidak pernah ponteng.
Allah dah tetapkan ...
sekian sajalah sedikit perkongsian  yang terbit dari kenyataan tadi
maka yang tokok tambah produk tu ...
sebaiknya kita promo makanan sunnah dan makan yang berkhasiat yang lain seperti kurma, zaitun, buah tin, kismis ....semua adalah sumber kaya dengan tenaga

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?