Resepi Inti Kebab Roti (11 Bahan)
Bahan - Bahan
1. Daging Kisar 200g2. Bawang besar 1biji
3. Bawang putih 3ulas
4. Serbuk Lada Hitam setengah sudu teh (ikut selera)
5. Sos Cili (2 sudu Besar)
6. Mayonis (1 sudu besar)
7. Daun Bawang (3 Sudu Besar)
8. Garam (secukup rasa)
9. Minyak zaitun (3 sudu besar)
10. herba campuran (mixed herbs) setengah sudu teh
11. Tomato
Cara Penyediaan.
1. Cincang Tomato, bawang putih, bawang besar dan daun bawang (guna chopper senang)2. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi.
3. Selepas bawang naik bau dan layu (jangan sampai hangit, daging akan berubah rasa), masukkan daging cincang dan gaul rata hingga daging berubah warna kelabu.
4. Tabur serbuk lada hitam, herba campuran dan garam kemudian gaul rata dengan api yang paling besar.
5. Kecilkan api dan masukkan Tomato cincang,Daun Bawang cincang, sos cili, dan mayonis kemudian kacau rata sehingga likat dan berkilat.
6. Siap di hidang bersama apa - apa jenis roti.
nota kaki :
Daun bawang boleh diganti dengan sayuran lain seperti kobis, timun dan sebagainya.
Hidangan ini untuk hidangan 1-2orang ikut kekuatan selera. :p
*Gambar lupa nak ambil masa buat....hehe..lain kali la ek..
Comments
Post a Comment