Posts

Showing posts from October, 2018

Tadabbur Al Fatihah : Ayat 5

Image
​ بسم الله الرحمن الرحيم،  الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، السلام عليكم.. Surah Al Fatihah Ayat 5  Pertama sekali kita lihat 2 perkataan pertama iaitu.. إِيَّاكَ نَعْبُدُ Dibaca.. Iyyaka na'budu.. Bermaksud " Engkau Sahaja yang kami sembah / abdikan diri..." Persoalan yang timbul.. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia?  Firman Allah SWT di dalam surah Az - Zariat ayat 56  Allah menciptakan manusia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyembahNya.. Maka, wajiblah kita menyembahNya dengan sepenuh hati.  Apakah yang dimaksudkan dengan menyembahNya / mengabdikan diri kepadaNya? Firman Allah SWT di dalam Surah Al - An'am  Inilah ikrar kita setiap kali memulakan solat.. Mentauhidkan Allah, mentaati Allah, beribadat kepadaNya segalanya untuk Allah SWT..  Inilah erti menghambakan dir...

Tadabbur Al Fatihah : Ayat 4

Image
​ ​​ بسم الله الرحمن الرحيم،  الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله، السلام عليكم.. Surah Al fatihah Ayat 4  Perhatikan perkataan maaliki.. Ditulis... مَٰلِكِ ..  Ia boleh dibaca dengan dua cara. 1. Maaliki مَالك dibaca ma dgn dua harkat. 2. Maliki مَلك dibaca ma dgn 1 harkat. Kedua - dua bacaan ini memberi makna yang berbeza.. Tetapi menggambarkan sifat Allah SWT.. 1. مالك Dibaca dgn 2 harkat bermakna yang menguasai. 2. ملك Dibaca dgn 1 harkat bermakna yang memiliki. Ia tetap menggambarkan kehebatan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya  Firman Allah di dalam surah Al Hadid Ayat 2 dan ayat 5 Perhatikan Perkataan مُلْكُ Mulku.. Difahami dengan 2 maksud iaitu menguasai dan memiliki.  Inilah gambaran kekuasaan Allah kepada seluruh alam. Yang maha menghidup dan mematikan. Yang maha be...

Tadabbur Al Fatihah : Ayat 3

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله،  السلام عليكم.. Surah Al fatihah Ayat 3 Jika diperhatikan 2 perkataan ini. Ia adalah antara nama - nama Allah yang indah  Tetapi, dua nama ini merupakan nama yang paling agung.  2 nama ini terbentuk daripada sifat Allah yang Maha Agung. Berasal dari kata akar yang sama iaitu رَحِمَ.. Di sebut Rahima. Yang memiliki 2 maksud iaitu kasih dan sayang.   Apakah perbezaannya?  Ar RAHMAN bermaksud segala puji kesyukuran kepada Allah yang Maha pengasih. Yang telah melimpahkan kurniaanNya kepada SEMUA makhluk di dunia ini. Tidak kira tumbuhan, haiwan, manusia, jin.. Tidak kira taat mahupun engkar. Allah melimpahkan kasihNya kepada setiap makhluk tanpa memilih.  Sebagaimana perkataan Nabi Harun As melalui firman Allan SWT di dalam surah Taha ...

Tadabbur Al - Fatihah : Ayat 2

Image
​  بسم الله الرحمن الرحيم،  الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسول الله،   bagi surah Al fatihah Ayat 2 Di dalam ayat ini terdapat lafaz hamdalah  Iaitu Alhamdulillah الحمد لله.. ​​   Bermaksud segala puji bagi Allah.  Juga terdapat lafaz Rabb..  Iaitu Rabbul 'Alamin..  رب العالمين.... Bermaksud Tuhan sekalian / semesta alam Bagi lafaz hamdalah, ia merupakan lafaz kesyukuran. Kata ibnu Abbas, iaitu seorang sahabat Nabi SAW yang sangat dalam ilmu Al qurannya. Menyatakan bahawa..  Alhamdulillah adalah ucapan daripada orang yang bersyukur.  Lafaz Rabbul 'Alamin pula bermaksud.. Tuhan Semesta / Sekalian alam. Apakah maksud Rabbul Alamin ini?    Firman Allah SWT yang merakamkan dialog antara Firaun dan Nabi Musa AS bersama Nabi Harun AS. Di dalam surah As-Shu'ara ayat 16,23 dan 24 ...