Tadabbur Al - Fatihah : Ayat 2

 بسم الله الرحمن الرحيم، 
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،

 bagi surah Al fatihah Ayat 2


Di dalam ayat ini terdapat lafaz hamdalah

 Iaitu Alhamdulillah

الحمد لله..
​​
 Bermaksud segala puji bagi Allah.
 Juga terdapat lafaz Rabb..

 Iaitu Rabbul 'Alamin..
 رب العالمين....
Bermaksud
Tuhan sekalian / semesta alam

Bagi lafaz hamdalah, ia merupakan lafaz kesyukuran. Kata ibnu Abbas, iaitu seorang sahabat Nabi SAW yang sangat dalam ilmu Al qurannya. Menyatakan bahawa..


 Alhamdulillah adalah ucapan daripada orang yang bersyukur.
 Lafaz Rabbul 'Alamin pula bermaksud..

Tuhan Semesta / Sekalian alam.

Apakah maksud Rabbul Alamin ini? 

 Firman Allah SWT yang merakamkan dialog antara Firaun dan Nabi Musa AS bersama Nabi Harun AS. Di dalam surah As-Shu'ara ayat 16,23 dan 24



 Nabi Harun dan Nabi Musa AS.. Diperintahkan Allah untuk berdakwah kepada Firaun dengan menyatakan bahawa

"Allah itu Rabbul Alamin.. (Tuhan Sekelian Alam)..

Firaun yang sombong tanya balik dengan angkuh. " apa dia tuhan sekalian alam itu"

Nabi Musa menerangkan "Rabbul Alamin itu Tuhan yang memilik dan mentadbir langit dan bumi serta yang ada diantara keduanya.
 Apa maknanya.
Maknanya Allah lah Tuhan yang tiada lain bagiNya.. Dia miliki alam ini dari langit sampai ke bumi ini dan yang ada di dalamnya.

Kita ini milik Allah..
Maka, perlu akui bahawa ada Tuhan yang jaga alam ini iaitu Allah..
 Inilah bukti bahawa Rabbul 'alamin merupakan Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam..

Yang memiliki alam ini dan patut disembah. 

Kita sebagai hambanya perlu ada rasa syukur sebagai salah satu tanda kita tidak melupai Allah.

 Maka, apakah jalan kesyukuran kita kepada Allah yang telah mentadbir alam ini dengan Sifat Rahman dan RahimNya?
 Kesyukuran itu adalah sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah.

Dengan cara tunduk dan patuh.

Taat dan menabdikan diri kepada seluruh perintah Allah SWT yang tercatat di dalam Al quran.

Firman Allah di dalam surah Az- zumar ayat 66

Allah kata hendaklah engkau menjadi dari orang yang bersyukur.

Bagaimana bersyukur?

Dengan menyembah Allah dan taat.

Bagaimana sembah Allah dan taat?

1. Mendirikan solat fardhu.

2. Melakukan kebaikan (amar ma'ruf)

3. Cegah kejahatan (nahi mungkar)
 Jadi, jika kita tidak taat pada Allah bermakna kita tidak bersyukur.

Apakah lawan kepada syukur?
 Lawan syukur adalah kufur.

Kufur merupakan dosa besar kerana menafikan kekuasaan Allah.

Kufur di dalam keadaan menerima limpah nikmat digelar Istidraj.
 Dari 'uqbah bin amir, sabda Rasulullah SAW..

"Apabila engkau melihat seorang hamba itu diberi oleh Allah dunia (nikmat) di dalam keadaan dia melakukan maksiat yang ia sukai, maka, tidak lain itu adalah ISTIDRAJ."

Rasulullah SAW kemudian membaca ayat dari surah Az Zumar ayat 44

Kemudian Rasulullah SAW menyambung sabdanya :

"Maka tatkala mereka melupai peringatan yang telah diberikan kepada mereka, kami pun membuka semua pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira, dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami seksa mereka dengan tiba - tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa".

Hadis riwayat imam Ahmad.

Status hadis Sahih.
 Menerima nikmat yang besar dan banyak di dunia, merupakan ujian. Jika kita melupai Allah, maka, Allah akan melupai kita.

 Bagaimana kita tidak lupai Allah?


 Sentiasalah melafazkan pujian kepada Allah SWT atas nikmat yang telah dikurniakan dengan seikhlas hati.

 Firman Allah SWT di dalam surah Al-An'am ayat 1...



 Perhatikan perkataan الظلمت dan perkataan والنور...


 Ia diterjemah dengan makna Gelap (zulumat) dan Terang (Nur)..

Maksud disebalik perkataan ini adalah 

Kekafiran/kekufuran (Gelap)

Cahaya Hidayah / Islam (Nur)

 Nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam. Kerana ia akan membawa kita ke Syurga Allah yang kekal Abadi. Syurga dimana kita bersama para Rasul untuk melihat Allah.

Bayangkan jika kita masih dalam kegelapan iaitu kafir atau kufur.. Dapatkah kita nikmati syurga Allah? 

 Maka, syukurilah nikmat ini dengan memelihara akidah kita.

Pelihara dari segala sudut. Bukan sekadar sesetengah perkara. Tetapi segala perkara. 

Moga2 kita akan mati di dalam keadaan beriman kepada Allah..

Seterusnya melayakkan kita menikmati Syurga Allah SWT..

Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.

Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.

Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?