Tadabbur Al Fatihah : Ayat 3
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،
السلام عليكم..
Surah Al fatihah Ayat 3
Tetapi, dua nama ini merupakan nama yang paling agung.
2 nama ini terbentuk daripada sifat Allah yang Maha Agung.
Berasal dari kata akar yang sama iaitu
رَحِمَ..
Di sebut Rahima.
Yang memiliki 2 maksud iaitu kasih dan sayang.
Apakah perbezaannya?
Ar
RAHMAN bermaksud segala puji kesyukuran kepada Allah yang Maha
pengasih. Yang telah melimpahkan kurniaanNya kepada SEMUA makhluk di
dunia ini.
Tidak kira tumbuhan, haiwan, manusia, jin..
Tidak kira taat mahupun engkar.
Allah melimpahkan kasihNya kepada setiap makhluk tanpa memilih.
Rahman di situ bermaksud kasih yang melimpah ruah.
Oleh
itu, kita pastinya sedar bahawa setiap manusia, haiwan, tumbuhan atau
apa sahaja makhluk akan menerima manfaat di dunia.
Yang kafir turut kaya
raya, mampu makan dan minum. Hidup dengan bahagia.
Ini adalah nikmat daripada Allah SWT sebagai tanda kasihNya pada ciptaanNya sendiri..
Namun, apakah nikmat Kasih yang paling besar kepada makhluk?
Kasih
Nya Allah kepada makhluk ialah diajarkan Al-Quran kepada manusia
sebagai pedoman dan petunjuk. Firman Allah SWT di dalam surah Ar
Rahman ayat 1-2 :
Al-Quran bukan
hanya turun untuk orang Islam, bahkan untuk semua makhluk. Kerana ia
merupakan ajaran terus daripada Allah SWT tanpa keraguan padaNya.
Namun..
Terpulang kepada manusia untuk berfikir bagaimana untuk memahami isi kandungan Al-Quran
Bagaimana Allah mengajarkan Al-Quran?
Allah mengajarkannya melalui pembimbing yang diutuskanNya iaitu Rasul yang terpilih.
Al-Jumu`ah:2 - Dia lah yang telah mengutuskan dalam
kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad
s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan
membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka
Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai
hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi
Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Allah kata, Dia telah utuskan Rasul di kalangan orang2 arab yang "ummiyyin"..
Apa itu ummiyyin, ummiyyin itu jahil dalam agama, mengamalkan agama ikut - ikutan dari cerita nenek moyang.
Rasul ini diutus untuk mengajarkan ayat2 Allah yang agung.
Untuk apa?
Untuk beritahu bahawa dunia ini ada pencipta yang patut disembah, dan Pencipta itu adalah Allah.
Juga untuk mengajarkan hukum dan syariat Islam yang sebenar. Ikut peraturan yang betul.
Padahal sebelum ini mereka itu sangat sesat.
Mengapa Allah mengajarkan Al-Quran?
Asalnya manusia itu dalam kesesatan yang nyata.
Kerana itu Al-Quran diturunkan dan Rasul diutus.
Supaya manusia memiliki panduan untuk menjalani hidup serta menerima hidayah Allah SWT.
Oleh itu, manusia tidak akan diseksa sebelum datang keterangan yang jelas lagi nyata
Al-'Isrā':15 - Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk
(menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang
didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang
sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh
dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami
mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk
menerangkan yang benar dan yang salah).
Kita tidak menanggung dosa orang lain. Apa yang kita buat, kita sendiri yang menanggungnya..
Buat baik dapat ganjaran sendiri.
Buat jahat dapat balasan sendiri..
Kemudian,
Allah janji, Allah tidak akan azab sesiapapun selagi tidak diutuskan
Rasul untuk memberitahu apa yang benar disisi Allah dan Apa yang salah di
sisi Allah.
Allah maha adil, maka, sifatNya yang adil itu ada di dalan Ar Rahman itu.
Apa yang dimaksudkan dengan Ar RAHIM?
Ar RAHIM itu adalah sifat penyayang Allah SWT kepada hambaNya yang tunduk PATUH..
Iaitu orang yang BERIMAN kepadaNya.
Dengan cara memberi taufiq ke jalan yang benar supaya dapat membebaskan diri dari Zulumat kepada Nur..
Zulumat (kegelapan / kekufuran)
Nur (cahaya / Keimanan)
Firman Allah SWT di dalm Surah Al Ahzab ayat 43
Hujung ayat mengatakan (رحيما) rahmat (sayang Allah) itu melimpah - limpah buat orang yang beriman..
Ini bukti bahawa sayang Allah hanya kepada yang beriman sahaja.
Apakah sifat penyayang Allah ini berita gembira buat orang yang beriman?
Ya, ia merupakan khabar gembira buat semua orang yang beriman..
Firman Allah SWT di dalam surah Al Ahzab ayat 47
Ia merupakan keampunan, keredhaan dan masuk ke dalam syurga Allah di akhirat nanti..
Inilah perbezaan AR-RAHMAN dengan AR-RAHIM..
Kasih Allah, kita akan nikmati di dunia..semua makhluk merasainya
Sayang Allah kita akan nikmati Di akhirat.. Hanya yang beriman dan beramal soleh sahaja yang akan menikmatinya.
Rasulullah SAW bersabda bahawa 99 sifat Allah akan dirasai manusia. 1 daripada di dunia dan yang lainnya ketika di akhirat...
Maka bersyukurlah kita dengan Allah atas ajaran Al quran kepada kita supaya kita memiliki panduan untuk ke Syurga Allah.
ALLAH Tidak membiarkan kita terkontang kanting tanpa panduan lengkap..
Jadikanlah Al Quran sahabat kita. Moga - moga kita termasuk di dalam orang yang diredhai Allah SWT.
Juga bakal menerima berita gembira di akhirat kelak..
Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.
Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.
Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir
Comments
Post a Comment