Tadabbur Al Fatihah : Ayat 4

​​بسم الله الرحمن الرحيم، 
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،

السلام عليكم..


Surah Al fatihah Ayat 4


 Perhatikan perkataan maaliki..

Ditulis...
مَٰلِكِ..

 Ia boleh dibaca dengan dua cara.

1. Maaliki مَالك dibaca ma dgn dua harkat.

2. Maliki مَلك dibaca ma dgn 1 harkat.


Kedua - dua bacaan ini memberi makna yang berbeza.. Tetapi menggambarkan sifat Allah SWT..

1. مالك
Dibaca dgn 2 harkat bermakna yang menguasai.

2. ملك

Dibaca dgn 1 harkat bermakna yang memiliki.

Ia tetap menggambarkan kehebatan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya

 Firman Allah di dalam surah Al Hadid Ayat 2 dan ayat 5


Perhatikan Perkataan

مُلْكُ
Mulku..
Difahami dengan 2 maksud iaitu menguasai dan memiliki.
 Inilah gambaran kekuasaan Allah kepada seluruh alam. Yang maha menghidup dan mematikan.

Yang maha berkuasa pada setiap sesuatu.

Pada Allah kita akan kembali.


 Kita tidak boleh lari dari kekuasaan Allah kerana Dia memiliki kita.

 Perkataan kedua ialah Al yau middin

Dibaca
اليَوْمِ الدِّينِ....

Apakah yau middin ini?


Firman Allah SWT di dalam surah Al Infitar ayat 17 - 19




 Yau middin bermaksud hari pembalasan.. Iaitu hari yang seseorang itu tidak berdaya untuk membantu orang lain atau diri sendiri.

 Ia merupakan hari dimana kita dikumpulkan di padang mahsyar untuk di hitung amalan.

Ketahuilah, bahawa hari itu sangat lah dahsyat..

Hanya Allah yang berkuasa pada hari tersebut


 Firman Allah SWT di dalam surah Al Ghafir ayat 16


Allah tanya manusia ketika itu,

Siapa yang berkuasa?

Allah sendiri beritahu.

Yang maha Esa.
Yang menguasai segalanya.

Tiada siapa yang boleh membantu melainkan Allah SWT.

Hari di mana tiada naungan melainkan naungan daripada Allah..

Maka, harapan kita hanya pada Allah untuk memohon dan meminta.

 Hari itu, kita tidak mampu tolong diri sendiri.

Apatah lagi orang lain.

Ayah, ibu, anak, sahabat. Semua buat hal sendiri.

Tidak peduli yang lain.

 Mengapa kita tidak boleh membantu orang lain atau diri kita sendiri?

Firman Allah SWT di dalam surah Yassin ayat 65

Di hari pembalasan itu, kita tidak mampu menjawab melainkan dengan izin Allah.

Yang berkata - kata bagi pihak kita ialah mulut, tangan, kaki.

 Segalanya terkunci melainkan ia berkata2 dengan izin Allah..

Inilah kehebatan Allah yang maha menguasai dan memiliki..

 Maka, apa yang kita lihat pada hari pembalasan nanti?


 Firman Allah SWT di dalam surah Al Zalzalah ayat 7 - 8



 Ya, kita diperlihatkan suratan amal kita. Baik mahupun jahat. Walaupun sebesar zarah.

Maknanya sekecil mana kebaikan dikira.

Sekecil mana kejahatan pun di kira. 

Segalanya akan di nilai dengan Adil oleh yang berkuasa...


 Ketika inilah, ramai manusia yang menyesal...

Merintih dan merayu kepada Allah SWT..

Mereka merasai lemahnya diri mereka.

Siapakah mereka itu?

 Firman Allah SWT di dalam surah Az-Zumar ayat 71


 Az-Zumar:71 - Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.


Mereka ini adalah manusia yang sombong. Menolak kebenaran Al Quran dan menolak seruan Rasulullah SAW...


 Mereka duduk di dalam neraka paling dalam jurangnya iaitu Jahannam

Zaman Rasulullah SAW pun ramai yang menolak seruan.

 Apalagi 1400 tahun selepas zaman Rasulullah SAW.

Makin ramai yang menolak.

Kita tanya diri kita.

Adakah kita orang yang menerima dakwah Rasulullah SAW sepenuhnya?

Atau hanya separuh sahaja.

Atau kadangkala sahaja.

Atau hanya seketika.

 Oleh itu, usah kita termasuk golongan sombong ini.

Marilah sama - sama bersedia untuk menghadapi hari tersebut.

Persediaan ini harus rapi dan tersusun.

Apakah persediaan itu?
 Firman Allah SWT di dalam surah Al-Kahfi ayat 110


 Al-Kahf:110 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
 Bersedia dengan.. 

1. Mantapkan aqidah kepada Allah yang Esa. Jangan ikut ajaran selain Islam. Aqidah yang benar adalah mengikut syariat Allah.. Bukan nafsu atau syaitan.

2. Tingkatkan amal soleh. Meninggalkan perkara yang sia - sia. Meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa.


 Perlu diingat, bahawa, kita tidak punya kuasa untuk membantu sesiapa pun termasuk diri kita di padang mahsyar..

Hanya bekalan aqidah yang benar dan amal soleh di dunia sahaja akan menjadi pembela kita.

Mari kita menjadi orang yang sentiasa memikirkan hal akhirat.

Kerana, tidak kira bila, kita pasti kembali kepadaNya..


Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.


Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.

Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?