Tadabbur Al Fatihah : Ayat 5
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمدلله رب العالمين،
والصلاة والسلام على رسول الله،
السلام عليكم..
Pertama sekali kita lihat 2 perkataan pertama iaitu..
إِيَّاكَ نَعْبُدُ
Dibaca.. Iyyaka na'budu..
Bermaksud " Engkau Sahaja yang kami sembah / abdikan diri..."
Persoalan yang timbul..
Apakah tujuan Allah menciptakan manusia?
Allah menciptakan manusia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyembahNya..
Maka, wajiblah kita menyembahNya dengan sepenuh hati.
Apakah yang dimaksudkan dengan menyembahNya / mengabdikan diri kepadaNya?
Inilah ikrar kita setiap kali memulakan solat..
Mentauhidkan Allah, mentaati Allah, beribadat kepadaNya segalanya untuk Allah SWT..
Inilah erti menghambakan diri kepada Allah..
Menghambakan diri kepada Allah SWT adalah dengan cara beribadat.
Tetapi, bagi menzahirkan ibadah dengan sebenar-benarnya adalah dengan menepati rukun ibadah.
Dengan cara ini, barulah ibadah kita berkualiti tinggi dan diterima Allah..
إن شاء الله..
Apakah rukun ibadah tersebut?
1. حبّ..
Disebut HUBBA. iaitu Cinta..
Kita beribadat kerana mencintai Allah..
Al-Baqarah:165 - (Walaupun demikian), ada juga di
antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi)
sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu
lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan
kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari
akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya
tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab
seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
Cinta selain Allah adalah kufur dan syirik, dosa yang tidak diampunkan Allah..
2. خَوف..
Disebut Khaufu.. Bermaksud TAKUT..
As-Sajdah:16 - Mereka merenggangkan diri dari tempat
tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud
dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan
perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Takut dengan Allah berbeza takut dengan makhluk..
Takut dengan singa kita lari..
Takut dengan penyelia kita benci..
Takut dengan bos kita pindah..
Tetapi..
Takut dengan Allah, kita semakin dekat, semakin menyembah Allah, semakin rapat, semakin akrab..
Inilah hamba yang taat setia..
Penghambaan dari hati..
3. رَجَاء..
Disebut RAJAA.. Bermaksud HARAP..
Az-Zumar:9 - "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang
yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri
sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna.
Orang yang mengharap Rahmat TuhanNya adalah orang yang berakal..
Ini merupakan gambaran Allah kepada orang yang sentiasa berharap kepadaNya..
Dengan ketiga - tiga rukun ibadah ini..
Kita akan mencapai perasaan kemanisan ibadah..
Beribadah dengan seikhlas hati, sedalam dalam hati.
Penuh kecintaan kepada Nama, Zat dan sifatNya,
Takut kepada Azab, Amaran dan SeksaanNya..
Berharap kepada Rahmat Kasih Sayang serta Redha Allah yang Maha Esa..
Kemudian.. Perhatikan pula pecahan ayat kedua iaitu
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ..
Dibaca wa iyyaka nas tai'n..
Bermaksud..
Hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan..
Kenapa kita perlu mohon pertolongan?
Al-'A`rāf:128 - (Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu,
lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah
dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
Para Rasul ini tidak memohon pertolongan daripada makhluk, tetapi kepada Allah.
Kerana mereka yakin bahawa permohonan mereka akan dikabulkan..
Kerana Allah pemilik dunia ini..
Kerana Allah yang menghendaki.
Dan inilah sifat orang bertaqwa..
Bagaimana kita memohon pertolongan?
Ini cara kita mohon dari Allah SWT..
1. Sabar..
2. Solat..
Sabar itu bukan duduk diam, tetapi berusaha menyelesaikan masalah. Berfikir dengan sabar, selesaikan dengan sabar.
Kemudian, solat untuk memohon dimudahkann urusan.
Kerana, dengan solat kita berdialog dengan Allah..
Ini merupakan cara Rasul memohon pertolongan.. Rasul merupakan contoh tauladan terbaik. Maka contohilah Rasulullah SAW..
Jika bukan Rasulullah SAW kita perlu contohi... Siapa lagi..
Bagi orang yang mahu berfikir..
Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.
Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.
Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir
Comments
Post a Comment