Tadabbur Al Fatihah : Pengenalan dan Istiazah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول الله
Sedikit pengenalan tentang Al - fatihah sebelum kita mula memahaminya
إن شاء الله..
Al - fatihah adalah surah Makiyyah. Iaitu surah yang diturunkan kepada Nabi SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.
Ia merupakan surah pertama di dalam Al-Quran Al-Karim yang mengandungi 7 ayat.
Ia antara surah yang diturunkan kesemua ayat sekaligus.
Al - fatihah memiliki pelbagai nama. Menurut imam Al Qurtubi, Al fatihah memiliki 12 nama.
Menurut Abu Hurairah RA, Al fatihah memiliki pelbagai nama.
Antara Nama - nama Al fatihah..
1. الفاتحة -
al fatihah(pembuka) .
2. ام الكتاب -
ummul kitab (ibu kitab).
3. السبع المثنى -
Al sab'u masani
(si tujuh yang berulang)
4. الكتاب العظيم
Al Quran al azim.
(Al -Quran yang agung)
Surah Al-Fatihah merupakan kesimpulan bagi keseluruhan Al - Quran.
Menurut Sheikh Ramadhan Al-Buti, memahami Al-Fatihah bermakna memahami keseluruhan Al Quran.
Kerana
itu, ia dibaca berulang - ulang pada setiap solat. Menjadi rukun kepada
semua solat. Tanpanya, atau tanpa satu huruf daripadanya, solat tidak akan
dikira (tidak sah).
Istiazah - الاستعاذة
Bermaksud pelindung
Dengan lafaz
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
Bermaksud :
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam/dikutuk.
Kenapa ada dua makna?
Direjam dan dikutuk.
Dalilnya ada di dalam firman Allah SWT di dalam Al quran :
'Āli `Imrān:36 - Maka apabila ia melahirkannya,
berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang
anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), -
dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan
memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya
aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan
peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan
yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".
Hujung ayat ini menyatakan makna yang pertama, iaitu yang kena rejam atau yang direjam.
Juga diberi makna yang dikutuk
Bermakna yang dikeluarkan dari rahmat Allah SWT
Makna yang kedua adalah yang kedua dari Firman Allah SWT di dalam surah Al Hijr ayat 17 - 18 :
Ia bermaksud direjam, rejam ini adalah rejaman dari api atau bintang kepada syaitan.
Firman Allah di dalam surah Al - Mulk ayat 5 :
Salah satu sebab Allah menciptakan bintang - bintang adalah untuk merejam syaitan.
Api di lawan dengan api.
Istiazah ini perlu dibaca sebelum membaca Al - Quran.
Sebahagian ulama mewajibkan untuk membacanya.
Perintah ini dikeluarkan oleh Allah di dalam surah An Nahl ayat 98 :
Lafaz istiazah yang kita selalu baca adalah ma'thur
(terus dari Nabi SAW) diriwayatkan di dalam Hadis Sahih Bukhari (5650)
Maka, membaca istiazah ini merupakan kewajipan kerana ia adalah perintah daripada Allah SWT dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Mengapa kita perlu baca?
Sebagai perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan di dalam hidup kita.
Syaitan sentiasa mengajak kita untuk menyertai mereka sebagai penghuni neraka.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al Fatir ayat 6...
Kita perlu mengenalpasti tipu daya syaitan ini sebagai langkah berjaga - jaga.
Bagaimanakah cara syaitan melakukan tipu daya mereka?
Iaitu...
Dengan memesongkan manusia daripada Al Quran.
Firman Allah SWT di dalam surah Az-Zukhruf ayat 36 - 37
Allah menyatakan firmanNya pada ayat 36 bahawa orang
yang tidak mengendahkan Al - Quran, Syaitan akan menjadi teman yang
menghasut di dalam hidupnya.
Firman Allah SWT pada Ayat 37 pula menyatakan bahawa hasutan Syaitan ini sangat licik sehinggakan orang menyangka diri mereka itu termasuk
di dalam orang yang menerima hidayah. Sedangkan sebenarnya mereka
sangatlah sesat..
Maka, pasti ada cara untuk kita tidak tewas dengan tipu daya mereka.
Siapakah golongan itu?
Mereka ialah golongan yang beriman dan sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat 99..
Allah beri pesan pada kita tentang tipu daya, tetapi
Allah SWT juga tidak lupa beritahu bagaimana hendak menghindari
hasutan.
Iaitu dengan beriman dengan sebenar benar iman. Bukan ikut - ikutan. Dan orang yang bertawakkal selepas beriman.
Iaitu
berusaha menangkis hasutan jahat syaitan, kemudian berserah diri hanya
kepada pada Allah SWT semata - mata iaitu takut hanya kepada Allah. Mengharap hanya
kepada pada Allah.
Bagaimana kita tahu bahawa kita tergolong di dalam orang2 yang beriman dan bertawakkal?
Mereka ialah orang -orang yang berpegang teguh kepada Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi SAW.
Sentiasa beramal dan menjadikan Al - Quran sebagai isi hati mereka.
Firman Allah SWT di dalam surah Al - Anfal ayat 2 - 4..
Al-'Anfāl:2 - Sesungguhnya orang-orang yang beriman
itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah
(dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada
Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Inilah golongan yang terselamat dari hasutan syaitan..
1.
Orang yang benar - benar beriman ialah sentiasa takut dengan Allah. Sebut nama
Allah, terus gementar. Baca ayat2 Allah bertambah iman mereka.
2. Orang yang mendirikan solat.
3. Orang bersedekah dari hasil yang dia dapat dari usahanya...
Inilah orang - orang yang Allah janjikan darjat kemuliaan yang tinggi di sisiNya.
Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.
Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.
Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir
Comments
Post a Comment