Tadabbur Al Fatihah : Ayat Pertama
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين
والصلاة والسلام على رسول الله
Ayat 1 di dalam al fatihah adalah basmalah.
Lafaz basmalah ialah...
Kita pastinya telah biasa dengan lafaz ini..
Allah telah memerintahkan kita supaya memulakan setiap perkara dengan basmalah.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-'alaq merupakan bukti perintah tersebut..
"bacalah" - إِقْرَأْ
Adalah kata dari fiil amar di dalam kaedah bahasa arab yang bermaksud arahan atau perintah..
Jadi, perkataan "bacalah" itu adalah arahan dari Allah.
Setiap perintah Allah itu merupakan kewajipan kita untuk mentaatinya.
Sunnahnya, membaca basmalah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan..
Agar kerja itu menjadi ibadah.
Kenapa perlu mengucapkan basmalah ketika mulai sesuatu perkerjaan?
Firman Allah di dalam surah al-a'raf ayat 180..
Al-'A`rāf:180 - Dan Allah mempunyai nama-nama yang
baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan
menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari
kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat
balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
Dengan nama - nama Allah yang indah.. Kita bertawassul.. Tawassul dengan Asmaul Husna
Apakah tawassul?
Tawassul
ialah taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah menerusi nama2Nya.
Ia bertujuan agar apa yang kita hajati diperkenan dan diberkati Allah
SWT
Firman Allah di dalam surah al maidah ayat 35..
Perkataan
الوسيلة
Disebut "Al-Wasilah"..
Adalah kata nama khas..
Bermaksud yang boleh menyampaikan.
Maka, perkataan
توسّل
Disebut "tawassul" adalah kata saranan.. Iaitu carilah oleh kamu jalan /cara untuk menyampaikan..
Inilah tawassul.. Berdasarkan ayat 35 surah al -
maidah, Kita perlu cari jalan untuk capai kejayaan..
Inilah juga yang dinamakan sebagai mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah..
Kejayaan yang kita ingin kecapi ialah syurga Allah SWT yang kekal abadi..
Bukan kekayaan didunia, atau kebahagiaan dunia yang sementara..
Apakah Asmaul Husna?
Ia adalah nama2 Allah yang indah..
Hadis Rasulullah SAW
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,
"sesungguhnya Allah itu mempunyai 99 nama, 100 kurang 1,sesiapa yang
memeliharanya akan memasuki syurga." Hadis riwayat bukhari.
Status Hadis
adalah Sahih.
Apakah nama2 Allah itu?
Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hashr ayat 22 - 24..
Al-Ĥashr:23 - Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan
melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha
Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan
Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha
Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Al-Ĥashr:24 - Dia lah Allah, Yang Menciptakan
sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang
Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya);
bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih
kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada
bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
3 Ayat dari surah Al - Hasyr ini menyatakan sebahagian daripada Nama - Nama Allah yang indah..
Inilah kehebatan sifat Allah pada namaNya
Akhir sekali, apakah kesimpulan dari makna basmalah?
Inilah makna yang tersirat pada Basmalah..
"Ku
mulai pekerjaanku ini dengan bertawassul menerusi kesemua Al-Asma
Al-Husna yang menjadi nama dan sifat bagi Allah yang Maha Pemurah kepada
semua makhlukNya di dunia. Lagi Maha Penyayang kepada hamba - hambaNya
yang beriman di dunia dan akhirat supaya beroleh perkenan dan keberkatan
pada apa yang aku lakukan"
Ini
adalah makna yang ada di dalam basmalah. Maka, dengan memulakan
pekerjaan dengan basmalah, setiap perkara akan menjadi ibadah kepada
Allah..
Dan ibadah itu akan memperolehi ganjaran di sisi Allah SWT..
Untuk makluman, perkongsian ini saya ambil dari kitab tadabbur Al - Fatihah karangan Ustaz Baharuddin Ayuddin.
Terbitan oleh penerbitan salafi, Selangor.
Rujukan daripada Tafsir Ibn Katsir
Comments
Post a Comment