Fitnah Akhir Zaman : Gelap Malam
✏️Fitnah Akhir Zaman : Gelap Malam. Kita telah ditakdirkan Allah SWT menjadi Umat akhir zaman. Makna akhir zaman ini menurut Ulama adalah zaman Islam ditekan dari setiap penjuru sehingga Islam sangat asing dalam dunia. Melihat orang beramal dengan Islam adalah suatu kepelikan dan kemunduran. Berada di zaman ini, memerlukan kekuatan aqidah yang konkrit. Asas yang benar - benar utuh. Kerana "FITNAH" dalam maksud musibah dan bencana aqidah semakin berleluasa. Sehinggakan kita tidak mampu membezakan dengan jelas antara yang HAQ (Benar) dan BATIL (Salah). Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Abu Hurairah RA. بَادِرُوا بالأعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ المُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا. #الفتن #فتنة "Bersegeralah melakukan amalan soleh sebelum datangnya fitnah (musibah) seperti potongan malam yang gelap iaitu seseorang pada waktu pagi dalam...