Posts

Showing posts from April, 2022

HAKIKAT PUJIAN DAN CELAAN MANUSIA

✏️HAKIKAT PUJIAN DAN CELAAN MANUSIA Malik bin Dinar berkata: "Semenjak aku mengenali manusia aku tidak pernah gembira dengan pujian mereka dan aku tidak pernah benci dengan celaan mereka." Beliau ditanya: "Mengapa begitu?" Beliau menjawab: "Kerana pujian dan celaan mereka itu sentiasalah berlebih-lebihan." [Sifah al-Sofwah, Ibnu al-Jauzi] ________________ Malik bin Dinar antara tokoh tabi'in yang masyhur dengan kewarakan dan kezuhudan. Beliau belajar dengan Anas bin Malik, al-Hasan al-Basri, Muhammad bin Sirin dan lain-lain. Beliau tidak makan kecuali dengan usaha tangannya sebagai penulis mushaf. Beliau pernah berkata: "Aku pernah membaca di dalam Taurat bahawa orang yang berkerja dengan tangannya sendiri akan berjaya dalam kehidupannya dan ketika matinya." Beliau meninggal dunia pada tahun 131 Hijrah dan ada beberapa pendapat tentang tahun kewafatannya. Channel Raudhah Al-Muhaddithin

Persoalan Haid di bulan Ramadan : Wajib terus imsak jika suci di tengahari?

Image
✏️ Persoalan Haid di bulan Ramadan : Wajib terus imsak jika suci di tengahari?  بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Imsak adalah perbuatan menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadan walaupun seseorang itu tidak berpuasa.  Sekiranya dia makan atau minum atau berjimak atau apa sahaja perkara yang membatalkan puasa, maka dia telah melakukan dosa.  Kewajipan melakukan imsak ini diletakkan ke atas orang yang tiada keuzuran atau tiada sebab untuk dia tidak berpuasa seperti  1. orang yang sengaja makan selepas masuk subuh, atau  2. Orang yang terlupa niat puasa pada waktu malam sebelum terbit fajar,  atau 3. Orang yang sengaja mengeluarkan air mani dengan tangan dan lain-lain.  Bagi yang ada keuzuran seperti orang sakit, musafir, perempuan haid atau nifas, mereka tidak diwajibkan imsak pada ketika itu.  Namun,  Persoalan yang timbul jika keuzuran it...

Allah "atas" arasy?

Image
✏️ Allah "atas" arasy? بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  Al-A'raf 7:54 إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓۗ أَلَا لَهُ ٱلْخَلْقُ وَٱلْأَمْرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ  Indeed, your Lord is Allah, who created the heavens and earth in six days and then established Himself above the Throne. He covers the night with the day, [another night] chasing it rapidly; and [He created] the sun, the moon, and the stars, subjected by His command. Unquestionably, His is the creation and the command; blessed is Allah, Lord of the worlds. Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya...

Ibu bapa : Fahami maksud mencorak anak.

✏️Ibu bapa : Fahami maksud mencorak anak. بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  Dalam Tazkirah Zohor di Masjid Lama Taiping, pada 18 April 2022, AF Ustaz Muhammad Adlin Nasri menyebut tentang ramainya Ibubapa ingin anak yang baik dan soleh. Dengan maksud baik pada hal dunia dan baik pada hal akhirat.  Lalu ibubapa ini bersungguh-sungguh menadah tangan setiap kali sembahyang, bangun malam menangis mohon kepada Allah untuk menjadikan anaknya, anak yang soleh.  Walau bagaimanapun, perbuatan dan sikap ibubapa ini tidak seperti itu.  1. Mereka tidak mendidik anak dengan akhlak yang betul, ibubapa banyak membiarkan anak mereka belajar sendiri dari guru yang lain. Sedangkan ilmu tentang akhlak sahaja boleh diambil dari guru, didik dan membentuk akhlak itu datang dari ibu bapa.  2. Bapa tidak membawa anak lelaki ke masjid dan surau untuk sembahyang berjemaah serta mendengar kuliah pengajian. Mereka tidak ...

Ulama Mazhab Syafie : Ketinggian Ilmu Bahasa.

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.  ✏️ Ulama Mazhab Syafie : Ketinggian Ilmu Bahasa.  Dalam pembacaan kitab fiqh ibadah Mazhab Syafie, dapat dibuat analisis kecil tentang metodologi penulisan Imam Ibnu Hajar Al-Haitami as-Syafie RH tentang Fiqh Ibadah Mazhab Syafie iaitu Minhajul Qawim.  Di dapati bahawa beliau menonjolkan kefahaman di dalam Tatabahasa (Nahu)  bahasa Arab. Beliau telah memberikan komentar kecil ketika membahaskan kitab Muqaddimah Al-Hadramiyyah karangan Imam Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhl RH. Matan Muqaddimah Hadramiiyah ada menyebut dalam perkara sunat-sunat wudhuk : ثم غسل الكفين، فان لم طهورهما كره غمسهما في الماء القليل ومائع قبل غسلهما ثلاث مرات، ثم المضمضة، ثم الاستنشاق.  Kemudian membasuh dua belah tapak tangan, maka jika tidak diyakini kesucian kedua belah tapak tangan, dimakruhkan untuk mencelup kedua belah tapak tangan tersebut di dalam air mutlak yang sedikit...

Zakat Fitrah : Kesilapan Seorang Bapa

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين  ✏️ Zakat Fitrah : Kesilapan Seorang bapa atau wali.  Apabila tiba Ramadan, perkara yang tidak akan terlepas ialah zakat fitrah. Zakat fitrah wajib bagi setiap Islam yang melalui fasa Ramadan dan Syawal.  Ramai para suami dan bapa akan membayar fitrah untuk tanggungannya. Tetapi terlupa bahawa ada hukum lain disebaliknya.  Untuk anak yang belum baligh, tiada masalah,  Tetapi, bagi anak yang sudah baligh, bapa tidak boleh bayar zakat anak yang baligh. Kecuali dengan izin anaknya.  Bapa wajib minta izin anaknya yang telah baligh untuk bayar zakat fitrah.  Ia sebagai mana disebut oleh Imam Taqiyuddin asy-Syafi'e : ..... Sekiranya seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah untuk anaknya yang masih kecil, hukumnya adalah diharuskan walaupun anak itu kaya. Kerana harta anak kecil tertahan dari dimilikinya. Maka, bahawasanya pemilikan harta itu adal...

Mengaku Salah

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.  ✏️ Mengaku salah.  Antara sifat terpuji seorang manusia ialah mengiktiraf kesalahan diri, lalu mengaku salah dan memperbaiki kesalahannya.  Hal ini sangat sukar dilakukan kerana pantang seorang manusia mengaku salah kerana takut dilihat lemah.  Mereka lebih rela bermatian berjuang mempertahankan kesilapan dari mengakui kesilapan dan memperbaiki kesalahan.  Ketahuilah, mengaku salah dan memperbaiki kesilapan adalah sifat terpuji di sisi Allah.  Penghinaan orang?  hinaan mereka tidak lain hanya debu yang tiada manfaat. Tidak memberi pahala jika dilayan, mungkin mendatangkan dosa jika dipedulikan.  Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ Maksudnya:  Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ada...

Jadi Orang Terbaik.

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.  ✏️ Jadi Orang Terbaik.  Tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk menjadi yang terbaik. Cukup menjadi orang yang menjaga diri dari menjadi ancaman buruk orang lain.  Tidak perlu mengadu domba kelemahan orang lain, mengatakan keburukan orang lain untuk naik di atas.  Orang lain selamat dari lidah dan perbuatan kita. Yang mana kita bermanfaat pada orang lain. Orang sentiasa berharap kepada kebaikan kita. Kita telah menjadi yang terbaik.  Sabda Rasulullah SAW : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ  فَقَالَ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ  " قَالَ : فَسَكَتُوا  فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ  فَقَالَ رَجُلٌ : بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ  أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا  قَالَ : " خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ  ...