Mengaku Salah

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. 

✏️ Mengaku salah. 

Antara sifat terpuji seorang manusia ialah mengiktiraf kesalahan diri, lalu mengaku salah dan memperbaiki kesalahannya. 

Hal ini sangat sukar dilakukan kerana pantang seorang manusia mengaku salah kerana takut dilihat lemah. 

Mereka lebih rela bermatian berjuang mempertahankan kesilapan dari mengakui kesilapan dan memperbaiki kesalahan. 

Ketahuilah, mengaku salah dan memperbaiki kesilapan adalah sifat terpuji di sisi Allah. 

Penghinaan orang? 

hinaan mereka tidak lain hanya debu yang tiada manfaat. Tidak memberi pahala jika dilayan, mungkin mendatangkan dosa jika dipedulikan. 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya: 

Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.

Riwayat Ibn Majah (4392).

Mohd Nasyran 
Utara Perak 
6.47pm

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih