Allah "atas" arasy?

✏️ Allah "atas" arasy?

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 
Al-A'raf 7:54

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ ٱسْتَوَىٰ عَلَى ٱلْعَرْشِ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَ يَطْلُبُهُۥ حَثِيثًا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتٍۭ بِأَمْرِهِۦٓۗ أَلَا لَهُ ٱلْخَلْقُ وَٱلْأَمْرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ 

Indeed, your Lord is Allah, who created the heavens and earth in six days and then established Himself above the Throne. He covers the night with the day, [another night] chasing it rapidly; and [He created] the sun, the moon, and the stars, subjected by His command. Unquestionably, His is the creation and the command; blessed is Allah, Lord of the worlds.

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
...
Kata guru saya ketika membahaskan Aqidah Tauhidiyyah dan Kharidah Bahiyyah, perkataan على dalam ayat yang dipasangkan dengan استوى merujuk kepada makna darjat bukan tempat. 

Dalam kata lain. Terjemahan "kemudian Ia bersemayam di atas Arasy" merujuk kepada Allah tetap kekal pada darjat yang paling atas walaupun ada ciptaan yang hebat dan agung. ia tidak langsung menggugat darjat Allah yang paling Agung. Allah kekal sebagai satu-satunya Tuhan tunggal yang wajib disembah. 

"Atas" bukan bermaksud arah atau tempat kerana jika perhatikan bumi yang sfera. Bagi orang di utara atas tu sememang di atas, 

Bagaimana dengan yang di barat, di timur dan di selatan. Apabila dia menunjuk ke atas "langit" adakah masih di atas? 

Kerana itu ulama Aqidah Asy-Sya'irah dan Maturidi tidak mentafsir secara literal, tetapi memilih untuk mentakwil kalimah tersebut. Alasannya kerana Allah tidak bertempat seperti makhluk. 

Secara logiknya, sememangnya "atas" bukan bermaksud tempat. Jika tidak, ia akan menjadi masalah pemahaman sekiranya diperhatikan pada bentuk bumi itu sendiri. 

Disebabkan itu juga, terdapat golongan yang percaya bahawa bumi ini rata seperti hamparan kerana ingin menyokong perkataan atas itu bermaksud tempat bagi Allah. Sekiranya dia ubah pandangan bahawa bumi ini sfera, maka, teori "atas" sebagai tempat Allah terbatal. 
....
Makna استوى : bersemayam, ia bermaksud tetap berada di atas, kekal di atas berdasarkan lisan Arab. 

Makna العراش : Istana, lambang kemegahan kerajaan.

الله اعلم.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih