Ibu bapa : Fahami maksud mencorak anak.

✏️Ibu bapa : Fahami maksud mencorak anak.

بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 

Dalam Tazkirah Zohor di Masjid Lama Taiping, pada 18 April 2022, AF Ustaz Muhammad Adlin Nasri menyebut tentang ramainya Ibubapa ingin anak yang baik dan soleh. Dengan maksud baik pada hal dunia dan baik pada hal akhirat. 

Lalu ibubapa ini bersungguh-sungguh menadah tangan setiap kali sembahyang, bangun malam menangis mohon kepada Allah untuk menjadikan anaknya, anak yang soleh. 

Walau bagaimanapun, perbuatan dan sikap ibubapa ini tidak seperti itu. 

1. Mereka tidak mendidik anak dengan akhlak yang betul, ibubapa banyak membiarkan anak mereka belajar sendiri dari guru yang lain. Sedangkan ilmu tentang akhlak sahaja boleh diambil dari guru, didik dan membentuk akhlak itu datang dari ibu bapa. 

2. Bapa tidak membawa anak lelaki ke masjid dan surau untuk sembahyang berjemaah serta mendengar kuliah pengajian. Mereka tidak mahu mendidik supaya anak dekat dengan masjid. Sedangkan anak yang datang bermain, tidur ketika kuliah di masjid itu, lama kelamaan hatinya akan jatuh cinta dengan masjid. 
...
Saya menambah :

Tidak ramai yang mahu mendidik dan mencorak anak dengan betul. Inilah maksud mencorak dari Hadis Nabi SAW 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ ثُمَّ يَقُولُا أَبُو هُرَيْرَةَ وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ
{ فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ }

Dari Abu Hurairah ra, dia berkata; 

"Rasulullah SAW telah bersabda: 'Seorang bayi tidak dilahirkan (ke dunia ini) melainkan dia berada dalam kesucian (fitrah). Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi 

-sebagaimana haiwan yang dilahirkan dalam keadaan selamat tanpa cacat. Maka, apakah kalian merasakan adanya cacat? '

 Lalu Abu Hurairah berkata; 'Apabila kalian mau, maka bacalah firman Allah yang berbunyi: 

'…tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah.' 

(Ar Rum 30). 

HR al-Bukhari No. 4775.
....
Disebabkan kegagalan mencorak anak ini, hasil yang dilihat sekarang, masjid tidak dipenuhi dengan anak muda dan anak kecil. 

Itulah masa depan anak. Yang diimpikan anak soleh, tetapi sekadar berdoa meminta, tetapi tidak melaksanakan didikan. Akhirnya, tiada doa dari anak yang soleh selepas kita meninggal dunia. 

Kerana yang kita wariskan adalah kehebatan Berbahasa Inggeris, menyelesaikan masalah dengan kiraan, Fakta dengan sains, keuntungan dengan perniagaan, tanpa diperindah dengan agama. 

Sedangkan, jika kefahaman dunia digabung dengan kefahaman agama pastinya anak akan menjadi lebih hebat. 

الله اعلم 
 Mohd Nasyran 
Utara Perak.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih