Zakat Fitrah : Kesilapan Seorang Bapa

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين 

✏️ Zakat Fitrah : Kesilapan Seorang bapa atau wali. 

Apabila tiba Ramadan, perkara yang tidak akan terlepas ialah zakat fitrah. Zakat fitrah wajib bagi setiap Islam yang melalui fasa Ramadan dan Syawal. 

Ramai para suami dan bapa akan membayar fitrah untuk tanggungannya. Tetapi terlupa bahawa ada hukum lain disebaliknya. 

Untuk anak yang belum baligh, tiada masalah, 
Tetapi, bagi anak yang sudah baligh, bapa tidak boleh bayar zakat anak yang baligh. Kecuali dengan izin anaknya. 

Bapa wajib minta izin anaknya yang telah baligh untuk bayar zakat fitrah. 

Ia sebagai mana disebut oleh Imam Taqiyuddin asy-Syafi'e :
.....
Sekiranya seseorang itu mengeluarkan zakat fitrah untuk anaknya yang masih kecil, hukumnya adalah diharuskan walaupun anak itu kaya. Kerana harta anak kecil tertahan dari dimilikinya. Maka, bahawasanya pemilikan harta itu adalah hak bapanya yang kemudian bapanya mengeluarkan zakat fitrah atas nama anaknya. Kedudukan Datuk disamakan dengan bapa.

Berbeza dengan anak yang sudah baligh, Bapa tidak boleh mengeluarkan zakat fitrah kecuali dengan izin anaknya yang baligh. Anaknya itu dianggap sama seperti ajnabi iaitu bukan ahli keluarga.
...
Kifayatul Akhyar Fi Khalli Ghayatil Ikhtisor

Karangan Imam Taqiyuddin Abi Bakr bin Muhammad bin Abdil Mukmin al Khisni al-Husaini al-Dimasyqi asy-Syafie
....
Maka, perbetulkan mana yang silap. Mohon izin sebelum bayar zakat bagi anak yang telah baligh. 
الله اعلم
Mohd Nasyran
Utara Perak

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih