Ulama Mazhab Syafie : Ketinggian Ilmu Bahasa.

بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. 
✏️ Ulama Mazhab Syafie : Ketinggian Ilmu Bahasa. 

Dalam pembacaan kitab fiqh ibadah Mazhab Syafie, dapat dibuat analisis kecil tentang metodologi penulisan Imam Ibnu Hajar Al-Haitami as-Syafie RH tentang Fiqh Ibadah Mazhab Syafie iaitu Minhajul Qawim. 

Di dapati bahawa beliau menonjolkan kefahaman di dalam Tatabahasa (Nahu)  bahasa Arab. Beliau telah memberikan komentar kecil ketika membahaskan kitab Muqaddimah Al-Hadramiyyah karangan Imam Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhl RH.

Matan Muqaddimah Hadramiiyah ada menyebut dalam perkara sunat-sunat wudhuk :
ثم غسل الكفين، فان لم طهورهما كره غمسهما في الماء القليل ومائع قبل غسلهما ثلاث مرات، ثم المضمضة، ثم الاستنشاق. 
Kemudian membasuh dua belah tapak tangan, maka jika tidak diyakini kesucian kedua belah tapak tangan, dimakruhkan untuk mencelup kedua belah tapak tangan tersebut di dalam air mutlak yang sedikit dan sebarang cecair sebelum dibasuh kedua belah tapak tangan tersebut sebanyak 3 kali, kemudian berkumur-kumur,  kemudian memasukkan air ke dalam hidung. 

Imam Ibnu Hajar mengulas :

وأفهم عطفه بثم ان الترتيب
Dan aku fahami dari kata hubung yang digunakan oleh pengarang dengan menggunakan kalimah "ثم" yang merujuk kepada tertib susunan perbuatan. 
....
Dalam hal lain, matan menyebut tentang makruh wudhuk :
 والتنشيف بثوب
Dan mengeringkan wudhuk dengan kain

Imam Ibnu Hajar mengulas bahawa
وكأن المصنف تبع في قوله بثوب قول مجلى الأولى تركه
Dalam keadaan ini seakan-akan pengarang matan meletakkan pada kata-kata selepasnya dengan kalimah بثوب untuk menjelaskan bahawa perbuatan mengeringkan wudhuk dengan kain adalah lebih utama untuk ditinggalkan berbanding cara yang lain dalam perkara makruh wudhuk. 
...
Ulasan ini mempamerkan kefahaman Ibnu Hajar Al-Haitami dalam penguasaan bahasa Arab kerana perkataan ثم adalah tanda تَرْتِيْب اِنْفِصَال . Tertib yang ada senggang waktu beberapa ketika. Manakala perkataan بثوب yang ada huruf ب adalah tanda yang merujuk kepada ابتدا iaitu permulaan. Ibnu Hajar faham dengan maksud itu lebih diutamakan, kerana dimulakan kalimah ثوب dengan huruf ب. 
...
Semoga Allah merahmati para ulama yang berkhidmat untuk mazhab Syafie. Kerana usaha mereka memberi kefahaman kepada kita. 
..
Rujukan : kitab al-Minhajul Qawim Syarah al-Muqaddimah Al-Hadramiyyah karangan Imam Ibnu Hajar al-Haitami. 
..
Mohd Nasyran
al-Faqir 
2.52pm

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih